Pernah tak korang ada saudara mara, bila pinjam barang mereka tak akan pulang semula?
Aku ada, yaitu makcik aku. Post ni pun aku buat sebab nak lepaskan geram dengan makcik aku sebab buat macam ini dekat mak aku.
Kisah ini berlaku waktu aku masih kecil lagi, mak dan ayah aku ni suka beli emas dan ayah aku pun suka belikan mak aku barang kemas. Memang dari dulu lagi ayah aku tak pernah berkira dengan keluarga.
Emas harga RM8000 begitu je ayah aku belikan untuk emak aku, tak berkira dengan dia. Tapi yang jadi permasalahannya yaitu makcik aku.
Bila nampak je mak aku pakai emas mesti dia minta pinjam dan kalau tak bagi pinjam sampai bergaduh dengan mak aku.
Jadi bila dah gaduh dan stress dengan bebelan makcik aku, mak aku pun bagi lah pinjam. Lagipun makcik aku pun adik beradik dengan mak aku.
Jadi mak aku bagi lah pinjam emas yang pada tahun 2007, harganya dalam RM8000. Sekarang ni tak silap dah naik puluhan ribu.
Al kisahnya beberapa hari, minggu atau bulan mak aku bagi pinjam. Mak aku nak lah balik emas tersebut, tapi korang tahu apa makcik aku buat? Dia kata hilang kau bayangkan emas berat harga RM8000 selamba badak je cakap hilang?
Kami sudah tentu syak makcik kami jual dekat kedai pajak walaupun dia tak nak mengaku, bila mak aku cerita pun dia cakap makcik aku pergi jual emas itu.
By the way aku tak ingat sama ada emas tersebut makcik aku cakap dia jual atau pun hilang. Sebab kisah lama kan, sekarang ni tengok pasal penipuan emas terdetik nak kongsi kisah pinjam emas.
Sekarang ni aku dah besar, aku fikir giler lah, wei RM8000 tahun 2024 pun mahal giler sekurang-kurangnya nak kerja 6 bulan baru boleh beli emas RM8000 selepas berjimat cermat.
Kalau keluarga aku kaya tak apa lah juga, ini keluarga aku pun biasa-biasa cuma alhamdulillah aku dikurniakan ayah yang rajin kerja dan solat. Jadi rezeki itu sentiasa ada untuk kami makan, minum dan bayar sewa rumah.
Cakap pasal ayah aku, kewarakan dia sampai mak aku puji walaupun dah meninggal dunia. Sikit sikit
“Dulu ayah kau dengar je azan terus pergi solat”
“Dulu ayah kau tak pernah berkira dengan keluarga”
Hahahahaha, mak aku banding kan aku dengan laki dia sendiri.
Ok sambung semula pasal makcik aku. Aku tak tahu apa jadi pada tahun tersebut sebab aku pun tak minat tengok gaduh-gaduh ni.
BTW aku perasan ayah aku pun dah tak belikan mak aku emas lagi dah, sebab dia tak nak makcik aku jual macam itu je. (Mungkin ada kot dan aku tak nampak, yelah bukan 24 jam aku dengan mak aku.)
Apa jadi dekat makcik aku?
Kalau ikutkan nak je buat report polis, tapi ahli keluarga kan dan dia pun ada anak-anak sedang membesar. Jadi kes itu terkubur dekat situ.
Sekarang nak minta balik emas tersebut memang tak lah, harga pun dah naik puluhan ribu daripada angka RM8000 tersebut. Mak aku dah tak bagi pinjam lagi dah, dia nak emas ke apa ke, mak aku dah tak bagi pinjam.
Satu lagi tambahan, aku tak pasti makcik aku dah bercerai atau belum dengan suami dia waktu kes ini berlaku. Rasanya sudah sebab itu dia nak sangat emas yang mak aku pakai, untuk dipajakkan.
Sebelum ada yang bertanya, makcik aku ni bukannya tinggal sebelah rumah, kira kira 20-30 minit juga nak pergi rumah dia naik kereta.
Hubungan kami masih ok, mak aku dengan dia pun dah tak sebut pasal emas. Sekarang ni alhamdulillah makcik aku dah berubah sikit, mula jaga solat.
– Tanjiro (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit