Pinjaman Pelajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Aku perlukan pendapat orang yang pernah lalui apa aku hadapi sekarang. Aku merupakan mahasiswa di sebuah IPTA. Masalah aku adalah berkaitan dengan pinjaman pelajaran.

Aku didesak keluarga untuk membuat pinjaman pelajaran yang mana aku dah jelaskan pada mereka aku tak mahu buat. Bagi aku lucu untuk aku buat pinjaman tersebut kerana keluarga aku jauh lebih mampu untuk menanggung kos pengajian aku. Kalau aku buat permohonan sekalipun, aku yakin pegawai yang terima permohonan aku tu akan gelak dan terus tolak permohonan aku. End up, aku terasa hati dengan apa yang mak ayah aku cakap tentang diri aku disebabkan kedegilan aku.

Mak ayah aku kata, aku akan jadi pelajar yang tak ambil berat tentang pelajaran sebab aku tak de hutang yang hendak dibayar selepas habis pengajian. Aku tak dapat nak faham apa rasionaliti disebalik kata-kata tu. Kalau ada sesiapa yang boleh bantu aku faham, silalah tinggalkan komen. Dari aku form 1 sampai sekarang, aku memang masuk sekolah or institusi pengajian yang ditanggung oleh kerajaan. Tak pernah terlintas dalam kepala aku nak main-main atau sambil lewa walaupun hidup aku ditanggung kerajaan. Keputusan exam aku pun not bad. Aku sentiasa pastikan kecemerlangan yang aku peroleh walau susah macam mana aku kena tanggung dalam belajar.

Dalam soal belajar aku tak pernah lagi kecewakan mak ayah aku. Bila dah pandai cari duit, aku mulakan bisnes online aku dan buat kerja part time. Aku rasa setakat ni aku masih boleh tanggung diri aku. Tak mewah tapi cukup dan selesa. Aku takkan minta duit dari mak ayah selagi aku boleh berjimat dengan duit yang aku ada. Dan biasanya, kalau aku tiada duit, aku tak cerita pun kat mak ayah aku. Aku sangat rasa bersalah bila terima duit dari mak ayah aku. Jika dipaksa baru aku terima.

Aku sangat terasa hati, kerana cara mak ayah aku cakap ibarat terbeban menanggung aku belajar. Sedangkan, aku tak meminta pun pada mereka untuk tanggung aku belajar. Aku usaha dengan cara aku sendiri sebab aku selesa bergitu. Setakat ni, belajar okay bisnes pun okay. Bisnes ni macam hobi bagi aku. Boleh release tension sambil belajar.

Jika ada yang terfikir mungkin mak ayah aku ada bebanan hutang sebab tu mereka suruh aku pinjam untuk belajar. Ketahuilah family aku orang senang. Mereka bebas hutang sebab rumah dan kereta dah habis bayar. Personal loan pun tak de.

So, aku rasa tak ada tujuan untuk aku buat pinjaman pelajaran. Sebab tu aku tak mahu berhutang untuk belajar. Apa yang aku patut buat, untuk fahamkan mak ayah aku yang aku okay dan tak perlu buat pinjaman pelajaran. Tolong aku please, aku penat didesak setiap hari sampai aku rasa sangat jauh hati dengan family. orang lain pakat balik kampung, aku habiskan masa lepak kat Uni sebab sakit hati.

– Shawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit