Pinjaman Pelajaran

Salam dan Hai gaisss.

Sedikit mukadimah. Saya kahwin muda sebaik sahaja grad universiti. Penat cari kerja yang tak kunjung tiba waktu tu, saya ambil keputusan untuk berkahwin.

Lepas kahwin barulah berduyun duyun offer kerja datang. Suami waktu tu sudah pun bekerja. Rezeki dia Alhamdulillah cepat berbanding saya.

Dalam keluarga, pada waktu itu saya anak pertama yang melanjutkan pelajaran ke universiti.

Saya telah melakukan satu kesilapan dimana saya telah menolak tawaran biasiswa yayasan negeri dan mengambil pinjaman ptptn. Puncanya kerana biasiswa saya ketika itu agak lewat proses bayarannya.

Bimbang tak dapat masuk final exam, saya pun batalkan biasiswa dan mohon ptptn. Itulah kesilapan kurang bijak yang tak dapat saya lupakan.

Hingga anak dah dua, barulah saya dapat langsaikan hutang ptptn tersebut.

Walaupun bayaran kadang2 tak konsisten tapi saya tak pernah berniat tak nak bayar walaupun Adam A*** berguling guling minta mansuh ptptn.

Saya tetap berpegang pada hukum, hutang wajib dibayar.

Baiklah, selama ini saya tak ambil kisah sangat tentang scholar atau pinjaman pelajaran anak, sehinggalah anak sulung saya habis SPM.

Apa yang pasti kami memang ada saving untuk setiap anak- tabung haji ( daftar haji terus), ASB dan insurans pelajaran. Kami daftar semua ni pada umur anak seawal 6 bulan.

Walaupun waktu awal kawen, gaji fresh grad memang fresh betul, kami cuba juga istiqomah menyimpan. Niat kami supaya anak2 nanti tidak terbeban seperti kami menanggung hutang belajar.

Ok berbalik kepada anak, sebaik habis SPM, Alhamdulillah anak saya mendapat keputusan kategori cemerlang. Of course anak orang lain pun ramai cemerlang juga.

Mungkin kami datang awal, A+ banyak lagi waktu tu. Joke aje jangan serius sangat gais.

Jadi, bermulalah episod anak saya memohon segala macam scholarship dan ada juga convertible loan dari well known agency ni.

Anak bernasib baik bila dia dapat full scholarship ke sebuah IPTS dalam course yang dia minati.

Semasa kami mendaftar di ipts dan mendengar taklimat penaja, ada beberapa parents yang bertanyakan soalan sekiranya anak mereka mendapat tawaran convertible loan tu, bolehkah mereka tarik diri dan adakah mereka perlu bayar balik kepada penaja.

Kebetulan yang bertanya tu, duduk sebelah saya, saya pun bertanya pada dia “Tapi itu convertible loan kan puan? Yang ini full scholar.”

Niat bukan nak kepochi tapi memang naif soalan ku itu. Maklumlah anak pertama lepas SPM, symptom mak2 baru nak up tu masih ada.

Parents tu jawab, “Memang ini full scholar, tapi yang program tu walaupun convertible loan, tapi ke oversea.”

Ok baiklah dipendekkan cerita, anak saya pun dapat tawaran convertible loan tu, ke UK negara pilihannya, cuma course aje yang tak dapat seperti diminta. Anak saya memang bercita cita nak study abroad dalam bidang pilihan dia.

Saya dan suami hanya ikutkan sahaja dia pegi interview biasiswa atau convertible loan yang dimohon. Kami tidak pernah meletakkan syarat2 untuk ambil course2 tertentu.

Semuanya kami serahkan pada minat anak- anak. Sebaik mendapat tawaran itu, umpama orang mengantuk disorongkan bantal lah anak saya.

Kami pada mulanya seronok juga tapi apabila melihat term & condition yang tertera pada surat tawaran, terus tertutup selera.

Terus terbayang citer hindustan Vadh kat Netflix yang pasal mak bapak hutang ahlong sebab nak hantar anak belajar kat US.

Anak pulak hampeh selfish terus tak balik2 tolong bayarkan hutang macam dijanji. Ops.. Sori2 back to my story.

Kisahnya kos keseluruhan tawaran pinjaman adalah sebanyak RM1.1 juta dan perlu dibayar semula 10% dari jumlah itu sekiranya mendapat 1st class.

Sekiranya tak dapat first class, jumlah bayaran semula akan menjadi lebih lagi mengikut peratus bayaran balik yang ditetapkan. Saya mula membuat kajian sendiri dengan mengikuti grup di FB tentang halatuju pelajar.

Di dalam grup tu, memang banyak pertanyaan2 dari ibubapa yang naif macam saya, yang meminta pandangan untuk membuat pilihan biasiswa (local uni) atau convertible loan (overseas).

Dalam perbincangan2 tersebut, kebanyakan parents menyokong untuk ke oversea.

Bila saya ajukan soalan macamana plan nak tolong anak bayar loan yang mencecah ratus ribu itu, rata2 mereka menjawab,

1) InsyaAllah gaji lepasan overseas besar & boleh bayar (iyeke? Boleh dapat 10k ke?)

2) Minta anak2 kerja kumpul duit dulu disana (mudah ke nak dapat kerja? Tak banyak birokrasi kah? Urusan permit visa dan sebagainya) 

3) Kerja part time sambil belajar untuk kumpul duit sebelum habis belajar (takut juga ganggu belajar. Tak semua cekal macam penulis arkitek jalanan Teme Abdullah tu)

Mungkin saya berfikiran kolot atau apa, tapi saya masih fobia memikirkan pinjaman pelajaran saya dulu.

Walaupun jumlahnya tak sampai 30k, tetapi perit juga nak membayar di awal2 kerja dan nak memulakan hidup.

Oleh itu, kami sebulat suara mengambil keputusan untuk menolak tawaran itu dan kami terangkan baik2 kepada anak sebab keputusan itu diambil.

Kami lebih memikirkan kesan jangka masa panjang untuk masa depan anak. Study abroad ni memang memerlukan financial yang strong juga, walaupun loan tu dah meliputi wang sara hidup.

Cuti- cuti sem nanti tentu nak balik juga bercuti. Takkan kawan balik, kamu nak stay petik apple kat sana.

Pada mulanya muncung juga anak bujang saya tu. Tapi kami tak mendesak, kami bagi dia masa untuk dapatkan opinion dari guru2 dia.

Dan saya cakap pada anak “You will thank me later sebab buat decision ini.”

Setelah anak bertanyakan guru2nya, ternyata pandangan kami sama – yang lebih memikirkan hutang puluhan/ ratusan ribu tersebut berbanding keseronokan belajar oversea.

Cumanya ada kawan- kawan anak yang berbeza pandangan dan merasa seolah anak saya menolak rezeki.

Mungkin jiwa muda anak- anak lebih cenderung nak belajar overseas. Yelah kalau full scholarship siapa pun tak mahu kan?

Kami bersyukur, akhirnya setelah anak kaji sendiri dan minta pandangan guru2nya, dia akhirnya memilih untuk stay di IPTS sekarang dengan full scholar. Oversea tu tak lari mana. InsyaAllah bila2 boleh pergi (ayat memujuk).

Dari situasi ini, barulah saya tahu sangat berbeza keadaan 20 tahun lebih dahulu dengan sekarang.

Dulu, yang belajar ke oversea ni kebanyakan full scholar. Tapi sekarang kebanyakan adalah convertible loan walaupun pelajar2 ni semua Ace students.

Sangat kesian saya rasa sebab seolah tiada privilege pun untuk pelajar2 cemerlang ini. Habis belajar, loan pula menunggu.

Itu sahajalah luahan saya yang sedikit terkejut dengan scenario melanjutkan pelajaran sekarang. Dengan ekonomi yang tak menentu ini, kami kalau boleh nak membantu anak-anak memulakan hidup.

Setiap anak kami dah belikan rumah walaupun hanya apartment, cukuplah untuk mereka memulakan hidup, dan buat masa ini disewakan untuk investment. Itu cara kami sebab belajar dari kekurangan/ kekangan parents kita dahulu.

Sekarang lebih banyak medium untuk cari ilmu kewangan dan parenting. Ini hanyalah pandangan saya yang tidak mahu membebankan anak dengan loan belajar.

Kalau ada yang berbeza pendapat, kita raikan sahaja. After all semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak masing2 kan?

Itu sahaja secebis pengalaman dari ibu muda dalam mendepani urusan belajar anak remaja. Terima kasih kerana membaca.

Semoga ada pengajaran yang dapat dikongsi bersama.

– Mak BBNU (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *