Pinjaman Peribadi Untuk Surirumah

Assalamualaikum semua. Berdasarkan tajuk diatas mesti korang tahu kan. Aku perkenalkan diriku, umur 30-an sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Sebelum ni aku seorang kerani di salah satu syarikat di KL dan pada awal tahun baru aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana tidak tahan dengan sikap bos tambahan lagi kos taska anakku semakin mahal.

Setiap bulan gaji habis bayar taska dengan kos harian pergi kerja membuatkan aku membuat keputusan untuk menjaga anak2 di rumah.

Suamiku sokong apa jua keputusanku, apabila aku telah menjadi suri rumah aku cuba mencari kerja2 online untuk menambah pendapatanku walaupun sikit.

Aku terpedaya dengan satu pelaburan yang mengatakan akan mendapat modal yang tinggi tetapi akhirnya bila nak dapat pulangan tu aku perlu membayar sejumlah wang untuk memudahkan proses pengeluaran tu.

Bila aku bayar mereka keluarkan aku dari group pelaburan tersebut dan barulah aku tersedar yang aku telah ditipu.

Aku juga mempunyai komitmen yang perlu dibayar setiap bulan ditambah pula baru lepas ditipu membuatkan aku untuk mencari loan untuk cover kehidupanku.

Suamiku baru juga buat loan awal tahun membuatkan dia tidak boleh buat loan lagi tetapi dia akan membantuku bayar jika aku dapat buat pinjaman peribadi.

Bermulalah kisahku mencari tempat pinjaman peribadi di internet, kebanyakkan tempat yang aku cuba semua kata mereka boleh tolong tetapi perlu bayar sejumlah cas dan terus loan akan lulus.

Aku pun dengan bodohnya terus membayar dan selepas tu terus senyap. Bila aku tanya lambat saja reply n last2 aku diblock.

Sebab aku mencari loan sebab sebelum raya aku dah banyak pinjam dengan ahli keluarga dan kawan, tiada siapa yang dapat membantuku lagi sebab itu aku ingin mencari tempat pinjaman.

Aku hanya perlukan RM4,000 saja untuk ku simpan dan modal niaga. Sekarang aku niaga online saja.

Setiap malam aku menangis memikirkan macam mana nak banyar hutang2 kawan, walaupun mereka tak tanya tapi kita kena faham yang mereka juga nak pakai duit.

Sampai aku terfikir nak pinjam dengan A*long tetapi terus aku fikirkan keluargaku n aku tak mahu tambahkan lagi masalah yang sedia ada ni.

Kalau para pembaca ada idea untukku selesaikan masalah ni atau dengan sesiapa yang boleh membantuku aku hargai sangat.

Aku boleh bayar pinjaman setiap bulan tapi statusku sebagai suri rumah membuatkan loanku susah untuk approve. Setiap bulan aku boleh bayar pinjaman dengan bantuan suamiku. Aku perlukan 4k sahaja.

Aku berharap para pembaca janganlah kecam, mental aku dah tak stabil memikirkan hal ni. Aku harap korang dapat beri idea berkenaan masalah aku ni.

Sekian, Terima Kasih..

– Puan Kentang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *