Pinjaman Wang Berlesen

Hai semua pembaca. Aku dulu pernah bekerja dengan agensi pinjaman berdaftar. Memang tak lama kerja situ tapi aku dah merasa jawatan 3 department.

Masa tu, hari- hari terfikir nak berhenti kerja. Memang ada rasa serba salah. Rasa kesian dengan orang yang terikat dengan pinjaman tak masuk akal ni.

Fikirlah beribu kali kalau ada terniat nak buat pinjaman dari agensi Pinjaman Wang Berlesen atau Kredit Komuniti.

Syarikat tu memang berdaftar, tapi di sebaliknya ada perkara yang disembunyikan. Boleh dikatakan sisi gelap la tu. Aku rasa semua syarikat pinjaman berlesen sama macam ni juga.

Nak buat pinjaman ni, dokumen kene lengkap. Syarat pun ketat, ada check citos bagai. Antara syarat untuk buat pinjaman mestilah kena kerja lebih 3bulan ada payslip dan gaji masuk bank.

Nak tahu tak sebab apa perlu gaji masuk bank, sebabnya nanti syarikat tu yang akan simpan kad bank si peminjam.

Kad bank akan dipegang sehingga habis bayaran pinjaman. Ni satu kesalahan ni, mana boleh suka hati nak simpan kad bank orang.

Setiap bulan, bila waktu gaji si peminjam, ada staff yang akan keluarkan semua gaji tersebut. Lepas dah tolak bayaran bulanan pinjaman, baki gaji si peminjam akan dipulangkan.

Budak – budak yang ditugaskan untuk cucuk kad ATM kebanyakan muka yang baik-baik je. Muka “innocent”.

Untuk pengiran pinjaman tu diluar bidang aku, jadi aku tak berapa pasti. Yang aku yakin, harga memang cekik darah.

Ada dua pengiraan, ada yang bunga setiap bulan naik.. dan satu lagi pengiraan pinjaman dah campur bunga, setiap bulan bayaran tetap.

Untuk buat pinjaman yang banyak, si peminjam akan diberi kontrak peminjam.. Setiap helaian perlu tandatangan. Ada la dalam 7@8 helai.

Dan ada sehelai tu, dokumen kosong. Masa aku jadi kerani, dokumen kosong yang dah di tandatangan tu aku kena “copy print” satu muka surat “agreement”.

Aku tak ingat isi kandungannya. Tapi ni memang dah kira syarikat tu tipu si peminjam la.

Dan aku juga perlu buat slip resit palsu, kononnya si peminjam bayar secara tunai “cash”. Sedangkan pegang kad bank.

Dokumen perjanjian palsu ni la yang kita hantar ke pihak berwajib, tu la yang menampakkan syarikat ni pinjaman berdaftar.

Department markerting pun satu hal. Semua palsu. Masa aku jadi staff marketing, aku perlu cari orang yang terdesak nak buat pinjaman.

Aku diberikan satu “handphone” untuk kegiatan ni. Kami perlu download segala apps medsoc.. Kami perlu buat iklan. Ayat semua yang sedap didengar, kami perlu edit gambar untuk iklan. Facebook, banyak juga akaun palsu.

Seorang staff mungkin ada 7-8 akaun. Untuk gambar profile tak guna gambar sendiri, biasanya kami ambil gambar orang luar negara, yang cantik ataupun gambar yang tutup muka guna tangan. Kami “update post” “share post” macam orang biasa.

Untuk aku, setiap akaun facebook aku semua berbeza karakter, kadang orang takkan perasan tu “fake akaun”. Penat betul la jadi “fake”.

Tu baru facebook, banyak lagi apps lain yang kami guna. App cari jodoh pun ada yang guna untuk cari pelanggan.

Tak mudah cari pelanggan, yang tak lepas target cari pelanggan “automatic” kene terminate.

Oh ya! Nasihat aku, untuk semua, berhati-hati lah terima “friend request” orang yang tak dikenali.

Bila ingat balik, aku rasa kesian dengan orang yang dah terperangkap dengan syarikat ni. Ada yang tolak duit pencen. Ada ramai juga yang kerja kerajaan dan swasta buat pinjaman ni.

Fikirlah sebaiknya sebelum buat pinjaman.

Untuk adik- adik, rakan-rakan, cari lah kerja yang elok. Banyak lagi pekerjaan lain. Rezeki ada di mana-mana. Cari lah rezeki dari sumber yang halal.

– Dah insaf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *