Pinjaman Wang Berlesen II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pinjaman-wang-berlesen/).

Assalamualaikum. Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada admin iiumc sebab siarkan tulisan aku yang lepas.

Alhamdulillah aku dah baca semua komen-komen. Yang komen positif tu wallahi aku terharu sangat. Ramai jugak yang minta jadikan iktibar.

Insha Allah aku takkan ulang kesilapan lalu lagi. Dan yang paling ramai komen aku ni terlampau tak cerdik dan sanggup menyusahkan diri demi Bf.

Aku faham, istilah Bf and Gf selalu orang pandang negatif. Iyalah, tak ada hubungan apa2 lagi tapi aku dah sanggup bergolok gadai biarpun belum jadi suami.

Betul, aku sendiri akui aku memang tak fikir mendalam pun. Tapi bila orang yang susah tu, orang yang kita paling sayang, aku memang akan tolong tak kira laa Bf ke. adik beradik, kawan baik.

Aku cerita semua tu sebab aku tak nak orang lain terjebak juga.

Waktu aku jadi peminjam, aku dah tengok ramai peminjam terdiri dari Pakcik, Makcik. Setara mak bapak aku. Rata-rata buat pinjaman sebab (PWB) ni senang lulus tapi dengan interest tinggi.

Tapi kalau waktu tu kita dah terdesak, mana boleh fikir lagi asalkan dapat duit waktu tu.

Iyalah, nak pinjam kat korang, korang cakap kitorang tak berusaha lah, korang kena fikir diri sendiri dulu lah. Then penyelesaian dia? PWB ni lah.

Ada sorang makcik ni pinjam sebab nak bagi anak dia sambung belajar tapi anak dia tak nak ambil PTPTN sebab tak sanggup nak bayar balik lepas habis study nanti.

Aku tak tahu anak dia sedar atau tak yang dia dah menyusahkan mak dia. Makcik tu mesti lah nak beri yang terbaik untuk anak even terpaksa meminjam.

Ada yang tanya berapa jumlah yang mak Bf (P) aku pinjam. Aku anggarkan dalam RM2000-RM3000. Hutang mak P tu bukan lah baru2 ni tapi hutang berbelas tahun dulu.

P cakap hutang tu bekas bapak tiri dia yang mulakan perniagaan tu bersama mak P. Jadi lepas bercerai, bapa tiri P tu lari dan beri nombor dan alamat mak P dekat pemberi pinjam tu.

Ada yang cakap, aku sanggup bagi duit kat Bf, tapi tak bagi pada ibu bapa aku.

Hello! Macam mana tahu aku tak bagi? Kalau aku tak bagi, memang kantoi laa dengan ibubapa aku yang aku ni tukang support P. Meh sini aku buat kira-kira. Gaji bulanan aku dulu dalam RM1700.

RM600 setiap bulan memang aku dah asingkan untuk ibubapa aku. Baki gaji aku setiap bulan boleh katakan aku guna untuk diri aku cuma RM250. Selebihnya memang aku bagi pada P.

Kira aku anak yang bagus jugak sebab aku tak abaikan duit mak ayah aku. Bukan macam sesetengah tu, gaji beribu riban tapi bagi RM100 je kat kampung.

Ada yang k0men hati aku ni murni. Terima kasih sis. Terubat jugak rasa hati. Nak kata murni sangat tu tak dela. Cuma aku jenis tak boleh tengok orang lain susah.

Dekat office aku pun sama. Aku sanggup buat kerja orang lain bila tahu dia akan ada masalah.

Aku jarang ambil cuti, kalau hari raya pun, aku cuma cuti hari yang dibagi cuti saja. Aku bagi peluang pada yang dah ada family untuk ambil cuti lebih.

Aku perasan ramai yang rasa P tu tak guna sebab guna duit aku. Selama aku dengan P, tipu lah kalau tak pernah stress sebab duit. Masalah utama memang duit.

Orang nampak aku b*d*h sebab bagi duit dekat lelaki. Orang nampak P tu pergunakan aku, bukan nak kawin pun dengan aku.

Orang tak nampak sebab apa aku tolong dia. Sebelum masalah duit ni jadi, aku dan P dah menabung pun untuk duit kawin.

Jadi aku percaya P serius nak jadikan aku isteri dia. Cuma bila mak korang tengah susah, tak kan korang biar?

Aku walaupun tak ada apa2 talian lagi tapi sebagai orang yang terdekat, tak kan aku tak tolong. Mungkin korang tak pernah hadapi situasi ni, aku xsalahkan korang juga.

Bagi aku, semua ni adalah 1 bentuk ujian yang Allah beri pada aku dan terpulang pada aku nak guna cara apa untuk hadapi.

Aku mungkin dah guna cara yang salah sebab ambil pinjaman wang berlesen tu salah satunya. Tujuan aku cerita, aku taknak ada yang terjebak sebab sekarang musim orang perlukan duit.

Aku harap kalau korang ada adik beradik yang susah, yang minta tolong dengan korang, cubalah bantu sebaik mungkin atau diorang akan ambil jalan singkat yang lain.

Apa yang jadi dekat P? Aku dengar P dah dapat kerja lain. Kerja tu memang dah lama dia idamkan. Diam-diam aku stalk juga wassap story dia, kadang2 aku pergi kawasan rumah dia.

Rindu memang rindu. Gila tak rindu dengan orang yang kita susah senang. Bila aku susah, P pun selalu usahakan untuk tolong aku.

Tapi aku masih tunggu 1 saat yang betul2 sesuai sekiranya aku dan P masih berjodoh.

– MEMEN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *