Pintar Itu Bukan Segalanya

Terima kasih IIUM Confession kerana menyiarkan confession ini. Aku akan cuba buat confession ni seringkas mungkin.

Aku Soraya, merupakan salah sorang tenaga kerja dalam syarikat berkaitan kerajaan tersohor di kota raya Kuala Lumpur dan telah berkhidmat selama 18 tahun sejak graduate dulu.

Sebelum aku berkhidmat dengan majikan sekarang, aku pernah berkhidmat dengan salah satu Multinational Company (MNC)

Aku berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan, dan most of the time abang sulong aku banyak betul membantu dari segi pelajaran, belanja extra masa di universiti…

Aku mempunyai ijazah kelas pertama dari universiti tempatan dalam bidang engineering, dan class rank aku adalah pertama daripada 100++ graduands degree aku dulu.

Semasa berkhidmat di MNC aku memang nekad untuk belajar sebanyak mungkin pengalaman kerja, dan niat aku adalah untuk membantu abang, parents dan adik2, 30% daripada gaji bersih aku memang allocated untuk belanja parents dan adik2.

Semasa first time kerja, aku adalah antara termuda di pejabat, and deep down, aku mengaku aku rebel dan sentiasa rasa aku betul. Masa tu umur aku 22 tahun.

Aku banyak merungut berkaitan kerja, dan aku selalu menyalahkan orang sekeliling aku kerana aku stuck dengan kerja aku masa tu.

Namun aku belajar untuk sabar dan lebih tenang semasa berusia 25 tahun.

Ya aku kira kesedaran aku dalam bersyukur semasa itu adalah rendah, mungkun itu juga tempoh membina kematangan.

Aku berhadapan dengan macam-macam perangai officemate, dari yang kasar bahasa, hingga yang tidur di pejabat, dan ada jugak yang tengok movie time working hours.

Disebabkan aku yang paling muda di pejabat ketika itu, aku terpaksa belajar untuk mengikut rentak senior2 di pejabat.

Satu kualiti majoriti officemates di MNC itu, ialah, mereka memang expert dalam setiap bidang mereka, dan kerja disiapkan dengan efficient.

Dari mereka juga aku belajar untuk memilih character yang ok untuk diteladani dan dijauhi.

My biggest learning points semasa di MNC dulu, ialah family comes first, kalau ada teammate yang anak sakit, or anak dapat berita gembira, sambutlah kegembiraan itu bersama2.

Sifat empathy dan rasa menghargai contribution oleh staff. WE CAN BE GOOD AT OUR WORK AT THE SAME TIME BE KIND TO OTHERS.

Jujur, aku tak bercita2 besar, cuma nak kenaikan gaji sebab nak tolong family. Kereta pertama aku dulu second hand kancil bayar instalment bulan2, pergi kerja naik train dan bas.

Kenaikan pangkat aku agak konsisten semasa di MNC tersbut.

Dan sudah tibanya aku mengambil keputusan untuk bertukar arah, dan dengan offer yang lebih baik, aku join Syarikat berkaitan kerajaan tersohor itu (kita bagi nama Syarikat KURAP).

Aku telah diberitahu lebih awal oleh rakan2 aku tentang environment di KURAP, namun aku redahkan juga, kerana mungkin aku rasa mungkin aku boleh menyumbang dalam membina rakyat Malaysia yang lebih mampan.

Di KURAP juga aku baru tahu, ramai Melayu yang tidak solat, dan, bercerita dan bergosip (membuat2 cerita) hal orang lain adalah kebiasaan.

Bulan pertama di KURAP, memang sengaja aku tanamkan white lies dengan rakan2 sepejabat, dan aku nak lihat sejauh mana white lies tu travel.

Ternyata, sejauh puncak Himalaya white lies aku tu sampai. Daripada white lies tu lah, aku filter siapa yang aku boleh percaya dan siapa aku tak boleh percaya.

DI KURAP juga, aku baru belajar tentang pekerja-pekerja yang memilih untuk beremosi dan memilih untuk tidak membuat kerja.

Ditempat lama, aku tahu MC adalah alasan staf2 di pejabat.untuk mengelak kerja, tetapi setakat dulu di MNC, sangat jarang pekerja untuk menghilangkan diri daripada presentation atau tugas2 lain.

Di KURAP, ramai juga graduan luar negara yang diambil bekerja, lebih2 lagi graduan dari ivy league university setiap pelosok dunia.

Jadi di sini ialah objective utama confession aku ini…. sesetengah daripada mereka, ya memang pintar, terutama dalam analysis, etc… dan gaji yang diberikan jauh lebih tinggi daripada aku dulu.

Namun, sikap yang aku kecewa dengan mereka ialah, memandang rendah orang lain.

Mungkin mereka lambat matang, tetapi aku rasa afdhal kiranya jika mereka dapat bertoleransi dengan pekerja2 lain, dan juga senior di pejabat.

Ya, aku adalah generasi yang terpaksa berhadapan dengan perangai-perangai generasi muda yang entitled and always right. Namun tak semua.

Pada masa yang sama juga generasi aku pernah melalui zaman gelap pihak pengurusan Baby Boomers yang very strict.

Wahai generasi pintar masa kini (sesetengah, tak semua), ketahuilah, kedegilan anda dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan di pejabat, tidak akan menyelesaikan masalah.

Generasi kami cuba bertoleransi dengan anda dengan memberi ruang, pabila diberi ruang, kami dituduh tak membantu.

KETAHUILAH, KAMI CUBA MEMBANTU, TAPI KAMU MEMILIH UNTUK TIDAK MENDENGAR NASIHAT KAMI.

Lebih ironi, aku dan rakan2 seangkatan dituduh tak tahu buat kerja, di mana hasil kerja kami lah akhirnya yang diterima oleh senior management. Dan ketahuilah, kesabaran kami ada batasnya.

Pada usia kini, aku mungkin tak se-ambitious semasa aku muda dulu, tetapi ketahuilah, sifat hormat-menghormati itu percuma dan aku bekerja demi menanggung keluarga dan adik2, diam bukan ber erti aku tak tahu keadaan sekeliling.

Sediam-diam aku, tak beerti aku tak boleh sebabkan kenaikan pangkat kau terbatal.

Sekian Confession.

– Soraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *