Pintu Taubat Masih Terbuka

Hai semua. Panggil aku Dahlia jek. Aku nak ceritakan pengalaman yang paling memberi pengajaran pada aku.

Memang pengalaman ni aku kira macam ‘wake-up call’ dari Allah untuk aku. Aku bagai dapat satu tiket peluang untuk kembali ke jalan-Nya.

Nak cerita dengan terperinci pengalaman aku tu agak panjang. Aku pun masih keliru apa yang terjadi sebenarnya.

Pada malam itu aku sama aku terkena sawan atau simptom strok atau pun gangguan makhluk halus. Wallahualam.

Selepas kejadian tu,memang aku gelabah. Ia terjadi secara tiba-tiba sewaktu aku berseorangan di rumah sedang bermain telefon. Memang aku tinggal seorang pun selama ni.

Balik pada cerita aku tadi, aku fikir aku terkena strok atau sawan malam tu sebab seingat aku mula-mula aku dapat rasa muka aku terasa seperti senget sebelah seakan terkena bell’s palsy.

Aku struggle untuk bernafas sehingga aku terdengar bunyi nafas aku sendiri seakan-akan aku ni dah dihujung nafas. Nazak.

Aku tak tau berapa lama aku begitu. Bila aku sedar aku berada di dalam rumah aku dan masih di atas kerusi di ruang tamu. Aku masih lagi tercungap-cungap mengambil nafas.

Dalam keliru aku cuba capai telefon aku yang terjatuh di lantai. Aku ‘scroll’ telefon keadaan yang masih keliru.

Apa yang terjadi kat aku sebenarnya. Nak call ibu tapi aku tak tau apa yang aku ‘scroll’. Aku tak tau berapa lama aku begitu. Mungkin tengah panik masa tu.

Semasa ‘call’ ibu aku baru perasan lidah aku sakit dan ada bekas macam tergigit lidah.

Dalam kepala yang masih terasa berpusing-pusing aku bangun minum air dan tengok muka aku di cermin. Alhamdullilah masih cantik seperti biasa.

Tapi keesokan harinya, baru aku perasan yang muka sebelah kanan di kawasan mata ada kesan seperti bintik-bintik merah.

Aku cuba dapatkan kedua-dua rawatan ke hospital dan juga berjumpa ustaz.

Masa di hospital, aku jalani rawatan MRI (Magnetic Resonance Imaging), ECG (Electrocardiogram) dan EEG (Electroencephalogram) untuk kesan apa sebenarnya yang terjadi dekat aku.

Malangnya, perawatan moden tak menunjukkan apa-apa tanda penyakit. Doktor cuma bagi aku ubat Vertigo. Aku pun tak tau Vertigo tu macamane.

Dari rawatan ustaz pula, ustaz kata aku terkena lintasan makhluk ‘dunia lain’. Mungkin aku berada di waktu yang salah dan di tempat yang salah waktu tu.

Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah benda ni jadi ‘Wake-up call’ untuk aku.

Aku bab agama ni aku ambil mudah sikit. Ustaz pun ada tegur aku dalam manis. Dia dapat tau kot aku macamne. Aku faham apa maksud dia.

Bila jadi macamni buat aku nak jadi lebih baik dari aku yang sebelum ni. Sebelum ni bukanlah aku jahat sangat. Nakal tu adalah. Biarlah Allah dan aku jek tau. Aib aku tu.

Aku banyak fikir dunia. Kerja, simpanan, gaji, apa yang aku plan untuk bakal anak aku walaupun aku belum kahwin. Tapi aku lupa. Bekalan aku untuk akhirat tu lagi penting.

Aku mula jaga balik solat aku. Aku lebih hargai orang sekeliling aku. Aku lebih hargai masa aku. Sedekah aku lebihkan lagi. Mana yang sunat aku cuba buat slow-slow.

Sekarang ni pun aku masih lagi mencuba untuk istiqamah dalam apa yang aku lakukan. Doakan aku.

Dalam bekerja pun aku lebih bersemangat untuk majukan diri aku. Pasal dunia aku dah kurang fikir dah. Kekasih ke duit cukup ke tak untuk bulan tu memang aku dah tak berapa ambil pusing sangat dah.

Pesanan aku untuk diri aku dan juga orang yang pernah macam diri aku yang dulu, sama-samalah kita berubah dan istiqamah jadi lebih baik dari kita yang dulu.

Selagi kita masih bernafas, pintu taubat masih terbuka. Doakan aku. Aku pun akan doakan korang.

Yang kembali,

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *