Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab publish cerita saya ni.
First sekali, saya nak minta maaf kalau cerita saya agak berterabur sebab saya ni tak pandai sangat nak bercerita. Selalu saya baca je confession orang tapi kali ni terdetik nak bercerita pulak hehe.
Saya pernah kenal dengan seorang lelaki yang bernama A. Tapi sebenarnya saya tak declare pun dengan dia cuma faham-faham je sebab selalu keluar bersama, contact setiap masa so saya assume macam partner lah kan.
Tahun 2018 saya kenal A melalui ig. Dia kerap DM saya tapi saya tak layan sebab saya tak kenal dia. Tapi kalau dah selalu sangat tegur, saya reply jelah macam biasa.
Saya study kat ibu kota dan si A ni pulak stay kat kampung halaman saya (tak kampung sangat) bandar juga.
Selama saya kenal dia, saya tak pernah jumpa dia dan tak ada bertukar number pun. Cuma contact melalui dm je itupun jarang saya reply.
Nak dijadikan cerita hujung tahun 2019, dia ada ajak saya jumpa kebetulan masa tu saya ada kat kampung. Si A ni bagitahu yang dia single.
Sebenarnya pada masa ni, saya sudah ada bf yang saya namakan B. Pasal B ni saya akan cerita detail untuk next confession (kalau korg nak tahu la)
Akan tetapi relay kitaorang on off sebab selalu ada perselisihan faham. Si A tahu tentang ni. Masa tu saya free jadi saya pun setuju jumpa dia sebab takde niat lain pun selain dari berkawan.
Masa jumpa tu saya selesa sangat borak dengan dia dan kami click dengan cepat.
Namun, keesokan harinya saya dapat call dari unknown number. Rupanya gf dia yang call saya. Dia tanya saya sama ada saya ada keluar dengan si A pada malam semalam.
Saya menafikan benda tu sebab saya anggap benda tu kecik dan takkan berulang lagi. Lepas pada call tu saya terus bagitahu si A tentang call tu dan si A beritahu yang dia dah break dengan gf dia.
Saya tanya adakah punca saya tapi dia cakap tak. Dia cakap yang relay mereka bagai telur di hujung tanduk kerana sudah bercinta hampir 5 tahun so macam2 konflik mereka.
Kata si A, ex dia tu teruk. Curang lah, keluar dengan laki lain lah, panas baran lah, queen control lah macam macam lah. Negative semuanya. Jadi dia mmg tekad tak nak getback dengan ex dia.
Selepas kejadian tu, si A kerap tunjukkan effort kat saya. Dia kerap datang ke ibu kota untuk berjumpa dengan saya. Setiap kali dia datang, dia pasti bawa saya pergi makan, shopping dan bercuti ke tempat-tempat best.
Si A ni sangat soft spoken dan sweet. Suka buat surprise. Lama kelamaan terbit rasa sayang saya pada dia. Jadi saya buat keputusan untuk tinggalkan si B.
Tak lama dari tu, si A start berubah. Dia jarang datang jumpa saya kat ibu kota. Selalu MIA waktu malam. Jadi saya syak something. Saya syak dia ada perempuan lain. Dan sangkaan saya betul. Dia ada perempuan lain iaitu EX dia.
Macam mana saya tahu, saya tengok kat story perempuan tu. Masa tu hancur hati saya. Sanggup dia buat macamtu kat saya sebab selama ni dia cakap buruk pasal ex dia. Tapi rupanya dia jumpa ex dia balik dan dah getback pun.
Saya anggap mereka getback sebab mereka duduk dekat (A sangat clingy kena selalu jumpa) dan keluarga dia sangat rapat dengan ex dia.
Saya call dia dan tanya sama ada dia dah getback dengan ex dia, tapi dia menafikan benda tu dan bagitahu yang dia busy waktu tu dan terus letak call. Lepas tu, saya terus block dia tanpa kata apa-apa sebab sakit sangat hati masa tu.
Dia pun takde try contact saya lalu sepi camtu je. Memang laki tak guna. Sedih gila beb masatu, aku punya la sanggup tinggalkan si B untuk dia, last last dia getback dengan ex yang dia kutuk-kutuk sebelum ni.
Sekian untuk confession kalini. Confession seterusnya si A ni ada buat comeback selepas 2 tahun…. Lagi teruk…. Huhu….
– Daisy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dah dua confession saya baca menggunakan perkataan -relay- ni. Confessor berdua ni orang yang sama ke? Atau mmg trend org skrg guna relay untuk explain psal hubungan/dating?
Tu mmg bahasa budak² skrg..hipster la..hahah..relay tu relationship