PJJ: Di Mana Silapnya?

Assalamualaikum buat semua pembaca. Hari ni aku rasa nak confess di sini. Lama aku pendam sendirian kisah ini. Meluahkan satu terapi buat kaum wanita. Harap dapat membantu mengurangkan keresahan yang dihadapi.

First, izinkan aku perkenalkan diri. Namaku Siti Nur (bukan nama sebenar). Aku merupakan seorang guru di sebuah negeri di pantai timur. Dulu aku berkhidmat di borneo. Baru sahaja dipindahkan ke sini tahun lepas.

Kisahnya bermula, apabila aku dapat posting di borneo. Kalau ikutkan hati memang tak nak la posting jauh dari keluarga. Tapi masa tu dah setahun lebih aku ni graduan menganggur.

Dapat panggilan posting ni pun bersyukur sangat dah. Owh ya. Masa aku posting tu aku masih lagi bujang. Tapi tahun tu yang da berumahtangga pon tetap dihantar ke sana juga.

Maka bermula la kisah aku di borneo. Aku ditempatkan di sebuah daerah kecil. Mungkin ramai juga orang tak biasa dengar daerah ni termasuk la aku.. huhu.

Memang aku seronok posting di sana. Satu pengalaman baru bagi aku. Walaupun berbeza bangsa. Tapi majoriti masyarakat di sini beragama Islam.

Selaku guru baharu dan bujang of course la ditempatkan di asrama. Selain berkhidmat sebagai guru sekolah, aku juga menjawat jawatan sebagai seorang warden. Tugas yang majoriti guru-guru tak nak. At last, aku terhibur juga dengan gelagat anak-anak asramaku.

Setiap petang memang banyak masa dihabiskan dengan dorang. Petang kami beriadah bersama dan malamnya pula dorang akan temankan aku buat kerja-kerja di sekolah. Yala, masa tu tak ada komitmen. Jadi boleh fokus kepada urusan kerja.

Konflik bermula, apabila ibuku cakap ada orang nak kenal. Pada mulanya aku tak setuju. Sebab aku belum bersedia.

Jujurnya, aku tak berapa pandai masak. Aku memang dari tingkatatn 1 tinggal di asrama. Jadi kalau bab masak memang aku fail. Lagi pula aku baru tahun kedua berkhidmat.

Jadi banyak benda belum mampu untuk mendirikan rumah tangga. Tapi untuk tidak menghampakan ibuku, aku terima juga la permintaan ibu supaya berkenalan dengan pemuda X terlebih dahulu. Jadi pemuda X tersebut datang ke rumah. Dari segi paras rupa memang lulus sangat.

Kalau nak dibandingkan dengan aku ni berkulit gelap dan berjerawat. Rasa tak layak ja. Aku fikirkan dia akan reject aku lepas dia tengok.

Tak sangka pula dia setuju untuk berkenalan. Ibuku dan pakcik aku memang setuju dengan pemuda X ni. Tapi aku betul-betul tak sedia masa tu.

Dari segi usaha memang nampak dia nak berkenalan. Jadi kami berkenalan juga la melalui whatsapp. Tapi tidak la setiap hari berchat.

Akhirnya, kami bersetuju untuk berkahwin selepas beberapa bulan berkenalan. Kononnya nak bercinta selepas kahwin.

Kami berkahwin masa cuti sekolah bulan 12. Masa tu cuti sebulan lebih (sebelum PKP). Apa yang sedih, dalam tempoh sebulan tu suami aku tak pernah sekali pon sentuh aku. Jangan cakap nak buat hubungan suami isteri. Peluk cium aku pon tak pernah. Hanya tidur sekatil ja.

Kadang-kadang tidur berlingan air mata aku beb. Dia lagi suka tengok handphone dari nak bermesra dengan isteri. Mungkin juga sebab aku ni tak cantik kot. Sebab tu dia tak ada selera tengok aku. Kalau tak ada hati kenapa nak ajak aku kawin. Ni kes aniaya hidup orang.

Bila cuti sekolah dah habis, kembali la aku ke tempat bertugas di borneo. Kembali sebagai status isteri tetapi tetap ‘anak dara’. Dalam perjalanan aku kembali tak ada pon dia call aku tanya khabar. Bila aku sampai di asrama 6 kali aku call suami aku. Sekali pon dia tak angkat.

Biasanya, kalau kita tengak banyak miss call ni panggilan penting. Kita akan call balik orang tu. Tambah-tambah aku ni dah sah jadi isteri dia. Aku whatsapp minta dia prihatin juga la keadaan isteri yang duduk jauh ni.

At least, call dan whatsapp tanya khabar ja. Sebagai tanda ambil berat kat isteri. Itu pon dia marah aku balik. Dia cakap dah jauh buat cara duk jauh.

Dia aktif di group family, tapi tak ada pula dia whatsapp aku. Pernah juga, whatsapp aku dia tak baca. Tapi bersembang di group family bukan main lagi.

Lepas kahwin, tidur malam mesti berlinang air mata. Jadi pengantin baru selalu kena usik bab malam pertama. Tapi aku, boleh senyum dan angguk jelah apa yang dorang nak cakap. Dalam hati hanya tuhan ja yang tau aku belum pernah disentuh.

Aku mula jadi seorang yang murung sejak itu. Aku tidak lagi beriadah dengan pelajar-pelajar aku. Banyak masa dihabiskan berkurung dalam bilik. Dengan housemate aku pon dah mula renggang. Setiap hari aku tunggu whatsapp suami aku.

Tapi, kebanyakkan hampa. Dia tak pernah mulakan untuk chat aku beberapa bulan selepas berkahwin. Masa nak mengurat dulu boleh plak mula chat. Da jadi isteri buat aku macam sampah. Kalau tegur suruh chat confirm akan bergaduh tu.

Ayat paling menghampakan dia cakap aku tinggalkan dia pergi kerja jauh. Padahal dia tahu latar belakang aku bekerja di borneo sebelum dia ambil aku jadi isteri dan kami tak pernah buat persetujuaan untuk aku berhenti kerja selepas berkahwin.

Overall, hubungan kami suami isteri ni sangat dingin. Nak bergayut di fon tak ada la tu. Whatsapp pon sekadar da tanya makan atau belum. Nak chat sweet2 rindu jauh sama sekali.

Boleh dikatakan sekali ja aku rasa bahagia sikit. Masa tu kami pegi bercuti di sebuah negeri ni. Time tu la dia layan aku baik sikit. Walaupun pegi honeymoon tetap juga anak dara.

Setahun juga kami tak pernah berhubungan intim. Aku macam hilang punca. Sebab aku ni bukan jenis suka meluah. Hal ini melibatkan aib suami isteri. Takut juga aku bercerai sedangkan baru ja kawin. Jadi wanita status janda ni agak menakutkan.

Aku lalui perkahwinan ni dengan derita dan air mata tahun pertama perkahwinan kami. Masa adik ipar (adik suami aku) melahirkan zuriat perasaan aku lagi sensitif. Hari-hari rasa nak marah ja. Tipu la tak cemburu. Adik ipar aku berkahwin seminggu selepas kami berkahwin.

Masa dia dah dapat anak aku ni masih anak dara. Stressnya nak jawab soalan family. ‘Yang ni bila lagi nak dapat zuriat’. Tapi jawapan mertua senang ja. Dorang ni duk jauh. Padahal anak dia belum pernah sentuh aku.

Satu malam aku mula mengamuk, aku mula minta supaya buat hubungan macam betul-betul suami isteri. Maka terjadi lah juga malam tu. Selepas setahun lebih berkahwin.

Jujurnya, setahun aku tak pernah dinafkahkan ZAHIR dan BATIN. Kalau diikutkan, suami aku ni orang yang baik. Family man dan setiap malam juga dia ke masjid. Dengan aku ja nampak betul dia tak selesa.

Aku cuba belajar untuk jadi isteri yang baik. Aku belajar masak. Balik sekolah kadang-kadang aku masak. Tak lagi ambil makanan di dewan makan. Biasa nak cepat, aku ambil makanan dari situ ja. Aku belikan baju tidur yang seksi untuk pikat suami aku. Tapi gitu la.

Nak kata dia excited atau puji aku buat begitu tak ada juga. Dia datang tempat aku sekali ja, masa tu adik ipar aku yang beriya nak melancong ke sana. Tahun berikutnya, aku nak sangat dia datang tempat aku.

Aku nak dia tahu macam mana aku hidup di tempat orang. Jadi aku belanja tiket untuk dia datang ke borneo. Selalunya aku akan balik ke semenanjung masa cuti sekolah. Nak tunggu dia kumpul duit semata-mata untuk jumpa aku memang mustahil la tu.

Padahal dia pon penjawat awam walaupun gaji dia rendah dari aku. Pernah sekali ada cuti 5 hari aku tak ingat sempena apa. Jadi aku ajak jumpa di KL. Nak balik negeri aku ni kena dua kali penerbangan. Masa tu tiket mahal, jadi aku ingat nak jumpa suami aku di KL.

Boleh tumpang rumah family di sana. Kalau tak balik mana la aku berani duk asrama sorang-sorang. Seram beb. Kawan-kawan aku yang lain semua balik. Aku pernah bermalam di rumah kawan aku yang berkeluarga. Kena marah juga kononya isu aurat.

Padahal aku bertudung juga kalau keluar dari bilik kawan aku tu. Masa aku ajak dia pergi KL, korang tau apa dia cakap. Dia nak pergi hantar adik dia di Universiti. Masa tu adik dia buka sem baharu. Jadi tak dapat pergi jumpa aku. Sedih betul aku rasa. Aku ni isteri dia.

Dah sebulan kami tak jumpa. Adik-adik dan mak dia memang duduk satu bumbung. Tapi dia tetap pilih nak hantar adik dia dan bawa family adik dia pergi bercuti. Jadi tak ada satu hari pon dia datang jenguk aku.

Bila dia cakap tak dapat datang, aku call mak aku minta dia datang KL. Syukurlah, kakak, adik-adik dan mak aku datang juga jumpa aku.

Suami aku memang takkan pilih aku punya. Antara hal keluarga dia dengan aku, confirm dia pilih keluarga dia. Tapi yala, aku ni perempuan yang baru dia kenal.

Dua tahun lebih selepas mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan zuriat. Kalau diikutkan pasangan PJJ ni cepat juga kami dapat anak.

Ditambah setahun yang dia tak pernah sentuh aku. Masa berpantang disini la kemuncak pertelingkahan kami. Tahun tu dia ambil anak buah dia untuk dijadikan anak angkat.

Anak buah dia ada exam besar pada tahun tu. Jadi banyak masa dihabiskan untuk anak buah dia berbanding aku dan anak aku. Setiap pagi kena keluar nak hantar anak buah kelas tambahan. Belum sempat pegang anak isteri dah keluar untuk urus anak buah dia.

Kalau hujung minggu, adik-adik dia pon boleh tolong hantar kalau setakat kelas tambahan. Dia dapat cuti 7 hari sebab isteri bersalin. Masa yang patut dia fokus untuk aku dan anak aku dulu. Tapi ada ja urusan dia nak kemana-mana.

Selalunya dia akan balik rumah mak ayah dia. Rumah kami tak jauh mana pon. Jam 11 malam baru dia balik rumah mak aku. Lepas hantar anak buah ke kelas tambahan, katanya nak masa bersama keluarga pula.

Aku ni bukan keluarga gamaknya. Aku mula rasa tak adil. Aku da separuh mati lahirkan anak dia. Apa yang aku harapkan dia pedulikan aku dahulu berbanding yang lain. Makcik-makcik dia pon pernah puji dia sebelum ni.

Dia cakap suami aku bagus dan pandai urus baby. Last2, anak buah dia juga yang dahulukan berbanding kami. Dia cakap sebab dia ambil anak angkat la aku dapat mengandung. Kata-kata ini aku rasa sangat tak adil.

Sedangkan aku pon berusaha pergi berurut untuk bagi dia zuriat. Aku pon pernah beli produk untuk membantu cepat hamil. Masa makcik aku pergi umrah, aku minta dia doakan supaya cepat dapat zuriat.

Bila makcik aku tahu aku mengandung. Makcik aku cakap, masa dia tawaf banyak kali dia doakan aku. Jadi, kita sendiri pon tak akan tahu doa siapa yang makbul sehingga kami dikurniakan zuriat.

Dalam pantang otak pun jadi berserabut. Suatu hari kami bergaduh besar. Sampai aku minta cerai. Dia sumpah aku dilaknat masa tengah pantang. Banyak hari juga la kami tak bercakap lepas pergaduhan tu. Dia datang tengok anak sebelah petang ja. Selepas balik kerja.

Sebelum maghrib dah kena balik nak hantar anak buah ke kelas tambahan malam. Malam dia akan tidur di rumah mak ayah dia. Jadi, mak dan adik aku la yang temankan aku sebelah malam masa berpantang.

Nak kata aku suruh dia macam-macam masa pantang tak ada pun. Pagi-pagi mak aku sendiri yang sediakan dan angkat air untuk aku mandi. Malam pun dia boleh tidur dengan nyenyak sebab baby aku bukan jenis meragam tengah malam. Dia just bangun minum susu ja.

Walaupun tengah pantang, aku tetap hidangkan makanan untuk dia. Walaupun mak aku yang masak.

Kalau dah 11 malam baru balik dan isteri tengah berpantang kena hidangkan makanan time tu, confirm la aku marah-marah juga. Katanya nak masa bersama keluarga. Jadi, aku ni bukan keluarga juga ke?

Lepas habis pantang, kami berbaik juga la hakikatnya hubungan makin dingin. Pernah satu hari di rumah mertua, aku tengok ada 4 tin susu kesihatan. Mertua aku ajak aku minum, katanya suami aku yang beli. Daripada 4 tin tu, satu pun tiada dia sedekahkan untuk aku.

Kalau ikutkan bab makan minum, isteri orang yang paling berhak dia bagi dulu berbanding dengan mak dia. Aku pon menyusukan anak dia time tu. Bab nafkah lagi la. Satu sen pon tak pernah bagi. Katanya, isteri bekerja tak perlu nafkah.

Gaji yang aku terima tu kira nafkah sebab suami dah izin isteri pergi bekerja. Aku nak bagi duit kat mak aku pon dia cakap tak boleh. Kena minta izin dia dulu kalau nak bagi duit kat mak. Walaupun aku ni bukan orang alim, hukum ini sebenarnya salah.

Tapi aku malas nak bergaduh panjang kalau bab duit ni. Tambah-tambah lagi dia ni orang kenal dia sebab selalu pergi masjid. Tiket pergi balik aku ke borneo tak pernah sekali pun aku minta dia belikan. Semua aku tanggung sendiri.

Malah, masa aku teringin nak suruh dia datang melawat tempat aku, aku yang belanja dia tiket. Tempat adik-adik dia selalu dia pergi. Masa adik dia PJJ, 2@3 kali juga la dia pergi hantar adik dia ke tempat suami dia.

Adik dia yang belajar di university di utara, setiap sem juga dia pergi ambil sebab banyak barang. Adik yang belajar satu negeri, setiap minggu dia ulang alik pergi hantar dan ambil. Tapi aku isteri, sekali pun dia tak pernah ambil aku atau jenguk aku masa aku mengandung di borneo.

Pernah aku kena tegur dengan guru lelaki di sekolah sebab aku balik masa usia kandungan tak sampai tiga bulan. Katanya, ‘kalau laki ko yang mahu sepatutnya dia kena datang sini bukan ko yang balik’.

Doktor pon larang aku naik fight tapi kalau aku tak balik dia takkan datang jenguk aku punya. Mana dia nak korban kan duit ringgit dia untuk aku. Sedangkan nafkah pon tak pernah bagi walaupun satu sen.

Beberapa bulan selepas itu, kami bercerai juga akhirnya. Perceraian memang menyedihkan. Kalau diingatkan balik memang dari awal kahwin dia tak selesa dengan aku. Entah kenapa la dia boleh setuju nak kahwin dengan aku dulu.

Aku sangkakan dengan hadiahkan zuriat dia akan bertambah kasih sayang dia kat aku. Tapi tidak sama sekali. Tanggungjawab pada keluarga tetap jadi keutamaan.

Isteri hanya lah isteri. Bukan keluarga Seperti mana dia bersumpah laknat ke atas aku semasa aku tengah berpantang.

Aku juga bersumpah TIDAK AKAN REDHA atas nafkah yang dia abaikan. Setiap SEN yang dia belanjakan untuk orang lain samada sedekah atau untuk keluarga dia, AKU TIDAK AKAN REDHA hingga ke akhir hayat ku.

– Siti Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *