Assalamualaikum admin dan pembaca sekalian. Terima kasih kalau penulisan saya ni disiarkan.
Pertama sekali kita dah sedia maklum PKP 3.0 diisytiharkan untuk seluruh negara. Hasilnya lambakan cacian dan luahan dari rakyat marhaen.
Kerugian para peniaga, anak2 tak dapat ziarah orang tua di kampung. Tak kurang juga yang membandingkan Thaipusam dan Raya Cina di longgarkan untuk sambut perayaan.
Pada pendapat saya pkp 3.0 ni memang jalan yang terbaik untuk elakkan jangkitan yang lebih buruk.
Bayangkan sekarang angka dah mencapai 4 ribu kes, jika dibenarkan rentas negeri kes mungkin akan berlipat kali ganda dan tak mustahil negara kita akan jadi seperti negara India.
Malaysia dah belajar dari negara India, akibat sambutan perayaan dan kedegilan diorang akhirnya jangkitan dan kematian bertambah dengan drastiknya.
Frontliner dah tak mampu nak rawat, peralatan dah habis dan tak de pilihan lain, selamatkan yang berpotensi hidup, yang tiada potensi hidup dibiarkan mati.
Bagi saya kesihatan adalah keutamaan dalam kehidupan, kalau kaya tapi sakit pun tak guna. Semua benda tak dapat buat bila kita sakit malah sakit tu akan membebankan orang sekeliling. Jadi pilih untuk sihat dan berhenti jadi penyebar virus.
Bila kerajaan dah umum PKP patuhlah selagi boleh, selagi tak melanggar hukum hakam agama patuhlah arahan pemimpin.
Masih ingat kisah perang Uhud? Rasulullah dah perintahkan pasukan pemanah jangan turun walau apa pun yang berlaku tapi mereka turun juga dan Islam kalah peperangan tu. Kekalahan tu disebabkan ingkar arahan.
Ada juga golongan yang tak percaya virus ni wujud, anggap benda ni konspirasi kerajaan sedangkn ramai yang mati dan nazak kerana virus ni. Ini mengingatkan saya tentang peristiwa israk mikraj.
Baginda diangkat dari Kota Mekah ke Masjid Al Aqsa dan naik hingga langit ke 7. Bila Baginda bercerita pada orang2 beriman pada awalnya ramai yang kufur sebab tak percaya.
Macam mana nak percaya perjalanan 1250km dalam masa tak sampai semalaman lepas tu naik langit ke 7 pula.
Agak2 kalau kita 1 zaman dengan Rasulullah kita jadi orang beriman atau sebaliknya? Mampu ke nak hadam peristiwa israk mikraj ni? Tapi tetap kena percaya.
Zaman Rasulullah pun ada yang tak percaya inikan pula zaman kita yang lemah iman. Walaupun banyak bukti yang dah diberikan tapi masih ramai yang tak percaya wujudnya virus ni.
Selain tu ramai juga yang tak setuju pkp 3.0 dijalankan. Sebab ianya dilihat merugikan para2 peniaga, merugikan anak2 yang tak dapat pulang beraya dan merugikan banyak pihak.
Saudara2 sekalian, ingat lagi perjanjian Hudaibiyah? Ramai sahabat yang menentang sebab perjanjian tu macam berat sebelah tapi mereka tetap patuh juga dengan Rasulullah, terus melaksanakan perjanjian Hudaibiyah.
Muslim yang pergi ke Mekkah langsung tak dapat balik, bayangkan betapa mereka rindukan keluarga mereka tetapi mereka patuh pada Rasulullah dan akhirnya membawa kepada kemenangan pembukaan kota Mekkah.
Perjanjian Hudaibiyah tu untuk kesan masa panjang dan demi untuk kesejahteraan Umat Islam. Begitu juga PKP 3.0 untuk kesan masa panjang dan kebaikan rakyat. Sanggup ke kita tengok anak2, mak ayah, jiran2 dan penduduk setempat mati disebabkan kita?
Kerugian yang kita tangung bersifat sementara, boleh dicari atau diganti semula walaupun perit ianya tetap boleh diganti. Tetapi nyawa tak dapat diganti. Usahalah sekuat mana pun tak akan dapat menghidupkan yang dah mati.
Kita anggaplah arahan pkp ni umpama arahan seorang ayah kepada anaknya. Demi untuk melihat anak2 nya selamat dia larang mandi sungai tanpa pengawasan,
Dia larang anaknya bermain dijalan bimbang dilanggar kereta, dia larang anaknya berlari2 risau jatuh.
Namun anak2 yang masih kecil tak faham tetap memberontak kerana anggap kebebasannya dihalang. Sedangkan semua halangan tu untuk kebaikan dirinya.
Suatu hari nanti si anak dah besar baru dia tahu kenapa ayahnya halang dia buat macam2. Semuanya untuk kebaikan dirinya.
Suatu hari nanti kita pun akan faham kenapa adanya pkp ni. Supaya kita masih dapat lihat senyuman orang yang kita sayang, anak2, isteri dan mak ayah masih hidup kerana tak dijangkiti virus ni. Masa tu kita akan berterima kasih dan syukur sebab adanya pkp ni.
Seorang pemimpin buat keputusan bukan untuk sukakan hati rakyat tapi untuk kebaikan rakyat. Rasulullah pemimpin yang agung pun buat macam tu.
Semua orang sukakan arak tetapi bila datang perintah pengharaman arak maka semua sahabat2 buang arak. Bila datang perintah menutup aurat, terus wanita islam menutup aurat.
Mereka terpaksa buang apa yang mereka suka demi untuk kemaslahatan ummat. Jadi patuhlah dan tekan semua hasrat kita. Semoga semua kesusahan kita Allah ganti dengan pelangi yang indah.
– Mr 10sen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit