PKP 3.0: Baik atau Buruk? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pkp-3-0-baik-atau-buruk/).

Assalamualaikum kepada admin dan pembaca sekalian. Terima kasih sekiranya penulisan saya ni sekali lagi di siarkan.

Terima kasih pada saudara2 yang sudi membaca, tujuan saya tulis ni sebab nak kupas lagi isu pkp ni.

Ramai yang tak berpuas hati kerana kerajaan berat sebelah, tak adil, kerajaan gagal. Kilang masih boleh beroperasi, punca kluster adalah dari kilang2. SOP berubah2 dan compang camping.

Saudara sekalian, bagi saya pkp dikenakan keatas seluruh rakyat Malaysia tanpa pengecualian. Yang kalian lihat sebagai tak adil itu disebabkan sifat individu, bukan kerajaan.

Si A lepas balik kampung guna pas Miti, guna alasan pjj dan alasan2 lain.

Semua sebab pelepasan tu adalah untuk kemudahan rakyat pergi kerja untuk mengerakkan ekonomi keluarga dan negara. Tanpa kerja duit pun tiada, itulah penyebab pelepasan Miti.

Yang menyalahgunakan pas Miti adalah individu demi kepentingan sendiri, xde kaitan dgn kerajaan pun kat sini.

Ramai juga yang lepas dengan mengunakan alasan pjj. Alasan pjj ni sangat dituntut oleh Islam.

Zaman Saidina Ummar, seorang wanita mengeluh kerana suaminya pergi berperang terlalu lama, jadi Saidina Ummar menghantar utusan menyuruh si suami pulang.

Lalu Saidina Ummar bertanya kepada anaknya, berapa lama wanita dapat berjauhan dengan suaminya? Anaknya menjawab 4 bulan.

Maka sejak dari tu sesiapa yang keluar berniaga atau berperang dihadkan selama 4 bulan sahaja.

Saudara sekalian itu adalah zaman iman masih tebal dapatlah tahan 4 bulan. Zaman kita? Dengan segala cabaran dari membesarkan anak, hantar anak sekolah dan macam2 lagi.

Kesihatan batin dan mental akan terjejas jika terlalu lama berpisah. Jadi itulah sebabnya alasan pjj diluluskan kerajaan. Tetapi ada yang salah gunakan untuk melancong dan sebagainya itu adalah salah individu.

Pkp 1.0 yang lalu memang dapat menurunkan angka jangkitan kerana semuanya dikawal,

Fasa pkp 1.0 juga kerajaan dah educate untuk new norma dan apabila kes semakin menurun kerajaan menyerahkan tangungjawab new norma kepada rakyat untuk rakyat patuh supaya virus akan terus dapat di bendung.

Tetapi apa yang rakyat dan menteri buat? PRN Sabah. Tidak mengikut SOP tak kira dari parti mana sekalipun itu adalah punca kenaikan kes.

Lagi 1 adalah disebabkan tak ikut saranan Rasulullah, janganlah masuk dan keluar ke kawasan yang berpenyakit.

Jika ikut saranan Rasulullah pasti tak kira agama pangkat dan darjat semua akan selamat. Jadi jangan kita ulangi kesalahan yang dah berlaku.

Ekonomi pada pkp 1.0 terjejas dengan sangat teruk, kerajaan rugi berbilion ringgit sehari. Sebab tu pkp 2.0 dan 3.0 banyak kilang beroperasi dan terpaksa bekerja. Untuk memulihkan ekonomi supaya negara tak bankrup.

Semuanya dibuat untuk rakyat juga, setiap orang berbeza, ada yang tak kerja gaji jalan, ada yang tak kerja tak makan. Kerajaan dah ambil kira semua tu sebelum benarkan kita semua bekerja.

Kilang punca banyak jangkitan. Ya dalam 1 kilang ada ramai pekerja, bukan semua yang ikut sop, kerajaan memudahkan kita untuk mencari rezeki sepatutnya kita patuh SOP,

Ditambah pula pihak kilang sembunyikan bilangan pesakit demi keuntungan sendiri, tak nak tutup kilang untuk sanitasi. Ini semua kesalahan individu dan pihak kilang.

Ini adalah pertama kali kita hadapi virus macam ni, jadi segala persiapan dan SOP akan banyak berubah dari semasa ke semasa.

Perumpamaan macam kita baru masuk kerja, kerja belum pandai lagi, mesti ada kesalahan. Semuanya datang dengan proses, dari proses kerajaan belajar untuk jadi lebih baik.

Selama2nya kita hanya boleh jadi yang terbaik kita tak boleh menjadi yang sempurna sebab tiada yang sempurna kat dunia ni.

Bila ada salah silap sama2 kita baiki bukan memaki dan menyalahkan sebelah pihak, masalah tak akan selesai dengan cara tu.

Kesimpulan dari penulisan kali ni saya nak tunjukkan sebenarnya bukan kerajaan yang gagal membendung wabak ni tapi sebenarnya kita yang gagal mematuhi SOP,

Segelintir rakyat pula mengambil kesempatan atas kelulusan yang diberi.

Saya percaya yang sengaja melanggar SOP tu dah diberi denda yang sewajarnya. Jangan ikut mereka yang langgar SOP, teruskan menjaga SOP untuk kesejahteraan kita bersama.

– Mr 10sen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *