PKP: Adik Dari Kayangan

Dalam situasi negara kita dilanda dengan wabak covid19 tahap pandemik ini, dengan PKP diperketatkan aku sebagai seorang kakak juga mahasiswa yang bekerja sambilan turut tersepit.

Aku rasa ramai lagi yang lebih susah daripada kehidupan Aku. Duduk di negeri orang rumah sewa kena bayar, nak makan lagi. Pekerjaan tiada.

Fuh, situasi yang amat memeritkan bagi aku sebagai student. Selalu kamu dengar kluster dari kayangan kan, yang balik dari luar negara kena kuarantin tapi kuat complain. Ini kisah Adik dari kayangan.

Nak dijadikan cerita, sebelum PKP adik aku dia singgah rumah aku sebab nak ambil barang. Tup-tup esoknya PKP. Dan aku punya perasaan sama macam orang lain pada mulanya. “Sekejap je ni kowt” Lepas habis PKP boleh dah balik kampung.

Jadi adik aku dia stay kat rumah aku secara ‘haram’ ok. Owner tak tahu pun. Aku sebenarnya tak kisah pun dia duduk dengan aku.

Cuma, masalahnya bila dah masuk PKP 2 dia dah start merengek-rengek nak balik. Bukan setakat itu je, adik aku ni spesies demand tinggi. Nak makan, makanan viral je.

Dia paksa aku pergi kedai beli itu dan ini. Lepastu duit pakai duit aku juga. Aku rasa seminggu dengan adik aku ni habislah RM100. 4 minggu maksudnya RM400. Sekarang dalam akaun aku ada RM100 lebih je. Mana nak bayar duit sewa lagi, nak tanggung dia lagi.

Adik aku ni dia suka tengok kawan-kawan dia update status masak puding, kek, donat dan sebagainya. Aku pesan dekat dia jangan samakan hidup kita dengan dorang.

Kita ni makan berdua je, nak masak meriah-meriah tu memang tak lah, membazir dah lah kami ni spesies makan sedikit sahaja. Tapi dia ini bukan nak makan saman. Merajuk.

Now aku tahu kenapa kita tak digalakkan upload makanan dekat social media. Aku memang ada masalah kewangan aku dah bagi tahu dia, aku punya gaji 3 bulan aku kerja, belum lagi aku dapat.

Tapi budak tu macam tak faham. Yang dia tahu merajuk, mengamuk tak tentu pasal. Boleh stress aku dengan dia ini. Kadang-kadang aku sampai terfikir biarlah aku kuarantin dekat hospital, biarlah terkena wabak ni.

Aku beli banyak je barang bila aku keluar tu, makan 2 orang telur sepapan, beras 5kg, nugget dan sosej sampai 4 pek, tin sardin dan lain-lain.

Aku walaupun aku tak nak keluar, tapi aku tetap kena keluar untuk mengelakkan bermasam muka. Aku bukan takut polis, aku takut virus tu sebab tak tahu siapa pembawa.

Yang menjadi aku bertambah geramnya, adik aku yang tak bayar sewa ni, dia cari pasal pula dengan housemate aku. Lepastu housemate aku bagi tahu owner rumah ini yang adik aku duduk situ, Dah satu hal sewa kena tambah pula.

So, aku decide nak cari bilik lain, sebab bila tambah dengan adik aku tu jadi mahal sewanya.

Dalam masa sehari aku cari rumah sewa dekat Facebook, adalah seorang hamba Allah ini dia tolong aku, dia ada satu rumah sepatutnya orang tu nak masuk dah, tapi sebab PKP tak jadilah dia masuk.

Aku cakap dengan dia aku nak duduk sampai habis PKP je lepas tu aku nak balik kampung. So, sepatutnya harga satu bilik RM500 lebih dia bagi RM400 je.

Aku pun ok lah. Mana nak dapat harga macam tu dekat kawasan bandar. Dan rumah tu kosong takde orang. Jadi takdelah adik aku ni nak cari pasal dengan orang lagi. Kiranya satu rumah tu RM400 je!

Tapi bila dah pindah pun dia merungut juga. Aku juga yang kemas semua barang-barang. Dia bangun-bangun tidur dah 90% selesai, tapi still marah-marah.

Hey! Sabar je lah aku dengan adik dari kayangan ni. Itu kira bagus ada yang orang tolong kita. Ada yang bagi tempat berteduh. Aku pun bersyukur tiba-tiba business online aku yang sendu tu ada customer.

Aku tahu adik aku ni jarang hidup susah. Walaupun kami ni dah kematian ayah dan ibu, tapi waktu arwah ibu kami hidup pun, dia ni selalu dimanjakan. Apa yang minta semua dapat.

Bila dah besar handphone nak Iphone je. Nak makan dekat kfry, myeongdong, kfc mcd. Nak minum air tealife, singgah Family Mart. Ini sekarang dia dah rasa tertekan lah tu sebab tak boleh keluar, tak boleh nak makan sedap-sedap. Dia rasa hidup dia susah gila nak mati.

Kadang-kadang kalau aku keluar pun jadi isu. Ayat dia,

“Kau bolehlah tak boring, kau boleh keluar,” Aku cakap je. Kalau nak keluar pergilah keluar. Pergi beli barang semua. Terus dia diam.

Kami ini memang selalu bergaduh sekarang, sebab perangai dia tak reti bersyukur. Aku kadang-kadang malas dah nak tengok muka dia. Mesti ada je tak puas hati.

Aku tak tahulah kalau PKP ini dilanjutkan, boleh dah aku kena darah tinggi nak melayan adik dari kayangan ini.

Bagi anak-anak muda yang membaca cerita ini, Ingatlah,

Mak ayah kamu bukan tak nak bagi kamu makan sedap-sedap masa PKP ini, bukan sengaja kurung kamu dalam rumah tapi ketahuilah mereka juga berjuang memastikan semua keperluan makanan kamu cukup di rumah, memastikan kamu sihat.

Duduk dengan tenang dan cuba belajar fahami situasi mereka. Cuba letakkan kita di tempat mereka.

Bagi yang duduk di negeri orang, duduk rumah sewa lagi. Memang kena belajar berjimat sebab kita tak tahu PKP sampai bila akan berakhir.

Semoga anda semua tabah menghadapi dugaan ini dan diberi kekuatan oleh Allah untuk terus bertahan.

– Kakak kepada Adik dari kayangan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *