PKP dan Hikmahnya Pada Aku

Assalamualaikum. This is a random thought about PKP. Ramai yang terkesan dengan PKP ni, ahli keluarga aku juga ada yang diberhentikan kerja baru-baru ni.

Ada juga yang terpisah anak dan isteri, walaupun kerajaan umum boleh jumpa untuk pasangan pjj tapi kes ahli keluarga aku ni, si isteri duduk rumah parent lebih selamat kerana abang aku kerja jauh di pedalaman dan selalu outstation.

Nak bawa isteri dia balik rumah kang masa outstation jadi apa-apa payah tak ada orang tengokkan. Kompleks la nak terangkan… Aku faham kerana aku juga pjj, tapi kes aku, aku dapat bertukar just nice before PKP.

Aku kerja masa PKP.. so boleh bayang la kalau terpisah dengan suami dan anak-anak, tak dapat berjumpa, peritnya lahai untuk pasangan pjj. Jadi bagi aku,satu rahmat la dapat bertukar utk kami sekeluarga..

Aku jarang update di sosial network, sebab aku tau ramai kurang bernasib baik, makan bercatu, hari-hari kira baki simpanan..

Aku nak raya pun tak ada mood, dah la tak boleh balik kampung, tapi kuatkan juga la untuk anak-anak bagi mereka happy.. dah la budak-budak baru belajar puasa sebulan kan. Sedih tak dapat balik kampung, bukannya best sangat raya video call.. tapi terpaksa la akur arahan kerajaan.

6 tahun aku pjj, inilah kali pertama dapat puasa, terawikh, sahur, buka puasa dengan suami dan anak-anak. Aku dapat kad laporan sekolah baru-baru ni, anak aku katanya jadi pendiam, sensitif dan susah kawal emosi.. sedih baca report card tu.

Aku juga perasan selama aku pjj, aku harap ustaz ustazah boleh pantau bacaan quran anak aku sebab aku bayar mahal tiap-tiap bulan, musim pkp pun tak miss bayar, tapi bila semak bacaan anak aku, sama seperti sebelum aku tinggalkan dia dulu..

Allahu, nak nangis rasa. Betapa aku dan suami masing-masing sibuk. Masa pjj, aku dapat tidur semalaman je setiap minggu. Masa tu lah nak bonding dengan suami dan anak-anak, jangan cakap la nak cek kerja sekolah anak bagai.. sorang panggil ibu, sorang lagi bergayut kat kaki.

Jadi masa PKP ni aku dan suami gilir-gilir mengajar mengaji.. buat aktiviti, family bonding dengan anak-anak..aku nak develop balik confidence anak aku sbb selama ni aku kan kerja jauh, jumpa sekali sekala.. anak aku maybe down. Suami aku tak mampu nak pantau semuanya..

Cikgu-cikgu jangan la perli pulak ye bila aku cakap anak aku kurang progress bacaan quran dia, nak minta aku home schooling ke, aku dan suami masing-masing kerja masa PKP, struggle nak pantau kerja sekolah anak-anak dengan cara online ni..

Aku lagi suka anak ke sekolah sebab boleh fokus belajar berbanding di rumah.

Anak aku ni sekolah swasta, bilangan student dah kurang satu kelas, aku harap cikgu-cikgu boleh la lagi fokus.

Aku bukan mampu sangat nak hantar ke swasta, tapi itu choice yang ada dengan kekangan kami. Dan itu juga harapan anak aku tak ketinggalan pelajaran agamanya. So, aku rasa satu rahmat dapat catch up balik progress anak-anak masa PKP ni sebelum lagi terlambat..

Masa PKP ni juga, aku boleh tidur malam sebab semua orang tak berkeliaran dah. Rumah aku tepi jalan, nak kata jalan besar tak juga, kawasan perumahan.. tapi jalannya sibuk.

Motor dan kereta yang diorang suka modified ekzos tu, bunyinya sangat menyakitkan hati… kawasan depan rumah aku ni jadi tempat diorang praktis . Lepas dapat pindah dan duduk sekali ni, tiap-tiap malam aku terkejut masa tidur, boleh sakit jantung tau.

Tapi masa PKP ni tak ada dah..semua kena paksa duduk rumah kan. Aku harap sangat kerajaan boleh denda maksimum untuk orang-orang macam ni, yang buat bunyi bising waktu malam.

Tolonglah, bila malam, balik la rumah.. spend time dengan keluarga. Tak payah la mamak 24 jam lagi, menggalakkan orang lelaki melepak je. Isteri stress urus anak-anak kat rumah sorang-sorang. Sekarang masa PKP ramai dah orang lelaki kembali “function” kat rumah.

Aku tengok group dekorasi, ikea, kedai eco, ramai para suami buat projek kat rumah.. bagus la buat isteri gembira. Tolong masak, tolong buat kerja rumah masa PKP ni.

Suami aku pun habis segala paip rosak, bumbung bocor, dia baiki.. bertahun dah tunggu dia baiki hahaha. Masa PKP ni baru nampak hasil.

Masa PKP ni juga para suami belajar jadi imam solat kat rumah masing-masing. Yang tak pandai mengaji, belajar mengaji.. kalau tak selama ni, pergi masjid dah ada imam, kalau solat sesama lelaki pun, masing-masing tolak sape jadi imam. Masa ni la nak praktis jadi imam untuk keluarga sendiri..

Masa PKP ni juga aku kerja kan, keluar pagi-pagi ya Allah cerahnya langit, bersihnya udara… susah aku nak jumpa kabus tebal waktu pagi, aku rasa ada la 20 tahun lebih lepas.. tapi masa PKP ni aku dapat rasakan bumi tengah healing dan recover. Asap berkurang 70-80%, aku rasa la.

Aku duduk kat lembah klang, kiri kanan kilang. Hari-hari jem… semua orang pagi-pagi dah tekan pedal minyak. Bila PKP, kena duduk rumah, ramai mati akal… betapa sibuknya hidup sebelum ni. Rasa Allah nak minta kita “pause” kejap, reset balik apa niatnya kita hidup kat dunia ni…

Aku pun rindu zaman kereta tak banyak di jalan raya, tak macam hari ni. Allah makbul juga masa PKP ni.. aku boleh bawa kereta dengan tenang, tak perlu terkejar-kejar. Ada la gap sebelum nak kembali “sibuk” lepas ni…

Aku tak harap PKP ni berlama-lama.. bak kata suami aku, it is not normal, orang tak keluar bekerja, nak bagi makan apa anak isteri… ramai juga yang kreatif untuk cari juga pendapatan musim PKP ni, terpaksa la untuk kelangsungan hidup.

Atuk nenek aku dulu hidup zaman sebelum merdeka, mereka rasa susah dan selalu pesan kena ada simpanan sebab kita tak tau jadi apa akan datang…

Selama ni rasa “secure” hidup di malaysia, dulu malas-malas nak buat saving… sekarang dapat rasa la “susah” nenek moyang kita dulu walaupun tak banyak…

Aku memang menyimpan untuk kecemasan, tapi cukup untuk lagi tiga bulan gitu, aku harap pandemik ni akan berakhir lebih awal. Walaupun aku masih bekerja dan dapat gaji, aku tak sure berapa lama lagi majikan aku boleh bertahan…anything might happens.

Aku juga rasa terdengar suara-suara menjerit minta tolong bila lalu tengok rumah sepi sepi tu… anak-anak kecil yang didera akibat mak ayah kesempitan kewangan ni, aku harap semuanya baik-baik dan selamat-selamat sahaja selalu. Risau juga bila tengok berita keganasan rumah tangga..

Bila tengok berita politik pula, aku juga harap pemimpin kita ni boleh betulkan cepat otak masing-masing, jangan sibuk kejar jawatan dan pangkat, sebelum Allah turun bala akibat tak bersyukur… orang duk sibuk lawan covid-19, dia duk bercakaran.. pang kang.

Last sekali, jom la doakan di malam-malam terakhir ramadhan ni, semoga Allah mengangkat darjat setiap kita yang diuji… Semoga amalan baik kita diterima Allah. Semoga pandemik ini berakhir.

Aku doakan orang yang kesempitan diberi kelapangan, orang yang kesedihan diberi kegembiraan.. cuba untuk tidak pandang sesuatu ujian itu melemahkan, menyusahkan..

Allah beri dan izinkan, pasti ada sebab dan hikmahnya. Walaupun payah dan getir, this is too shall pass.. one day.. always remember that.

– Zatul Miftah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *