Assalamualaikum, kita tahu di sebabkan isu corona virus ni ramai keluarga terpaksa menetap di rumah tak bekerja dan bersekolah. Kalau rumah pun beli barang yang penting.
Mungkin ada keluarga yang okay dengan situasi ni sebab keluarga bahagia dan harmoni. Tapi kalau keluarga yang hancur macam mana?
Tahu tak 3 bulan pertama duduk di rumah dan bilangan kanak-kanak yang kena Abuse dengan keluarga meningkat. Bukan sedikit tapi banyak.
Faktor stress duduk rumah, kewangan dan lain-lain. Yang jadi Mangsa Anak. Terus terang benda ni agak kesian dan jadi dekat kawasan rumah aku juga.
Makcik-makcik ni ada cakap satu rumah ni asyik menjerit je bising. Tapi masing-masing tak nak periksa.
Di sebabkan “jaga kain masing-masing” jadi beberapa hari lepastu aku cuba discuss dengan beberapa jiran dan jenguk rumah tu. Kau bayangkan pukul 12 malam menjerit.
Bila check suami dia ni pukul anak dengan isteri dia. Paling kesian anak dia lebam dekat mata tangan luka. Mak dia pun sama. Anak dia tu darjah 9.
Jadi kami pun report polis dan tahan suami dia. Rupanya sebelum pkp lagi dah kaki pukul. Tapi jarang sebab kerja jadi tak selalu ada dekat rumah.
Bila ada kat rumah setiap haritu itu yang makin menjadi-jadi. Anak dia siap cakap dia lagi suka sekolah boleh main seronok. Dekat rumah asyik kena pukul.
Bayangkan ni baru dekat kawasan rumah aku. Belum kawasan rumah orang lain. Berapa banyak agaknya yang jadi Mangsa. Memang lah paling terkesan pkp ni Mak Ayah.
Tapi jadi mangsa anak-anak sangat kesian. Ingat tak berita kanak-kanak yang paksa lacur dengan keluarga dia?
Aku pernah duduk interview dengan dia. Kalau kau tengok memang nak menangis. Umur baru berapa belas tahun.
Tapi sebab ayah dan mak yang binatang anak jadi mangsa. Dah badan kurus kering banyak luka. Bayangkan macam mana dia nak teruskan hidup. Sampai dia cakap nak nangis pun dah tak reti.
Kalau kau rasa rumah ni curiga, anak selalu menangis ada kesan kena pukul. Jangan teragak-agak buat laporan. Dekat negara kita banyak kes yang jiran dengar bunyi bergaduh nampak anak kena pukul dan biarkan.
Tiba-tiba terkejut budak tu meninggal. Tapi bila tanya kenapa tak buat laporan tersengih-sengih cakap “tak nak jaga tepi kain orang”. Pedulikan jaga tepi kain orang, kita orang dewasa ni tugas dia lindung kanak-kanak.
Jangan selalu jadi bystander, aku pernah dan aku sendiri menyesal sampai sekarang.
Pernah tak korang baca kisah budak kena culik kena dera bukan setakat Malaysia tapi luar Negara. Bila interview kawasan situ atau orang awam. Semua cakap “tahu” tapi tak bertindak.
Kalau betul takut ke apa buat laporan suruh pihak kuasa yang periksa. Pkp haritu berapa bulan dan beratus kes kanak-kanak kena dera yang kena report. Tapi yang tidak? Mungkin lagi banyak.
Jadi sama-sama kita jadi Dewasa yang menjaga dan melindungi kanak-kanak supaya mereka tetap selamat.
– Azura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit