PKP: Pengajaran dan Perubahan

Assalamualaikum semua. InsyaAllah, pkp dah nak sampai ke penghujung. Rasanya ramai yang terkesan dengan PKP dan kita semua sedang belajar untuk menerima norma baru dalam kehidupan.

Saya ada kisah di waktu PKP. Tempat saya bekerja, memang dah menghadapi masalah kewangan dari sebelum PKP lagi. Gaji memang delay sehingga 2 bulan. Epf last sekali dicarum pada bulan ogos 2019.

Kami dapat berita mengenai penutupan operasi pada 15 mei, sejurus selepas berbuka puasa. Sadis sangat.

Tanpa pampasan, tanpa gaji bulan april, mei dan jun.

Kisah diberhentikan ni memang sedih. Tapi saya tanak bercerita macamana sedihnya rasa tu. Dan macamana saya kena uruskan hal kerja yang kena diselesaikan tak sampai sebulan . Itu mungkin di lain post.

Saya nak ceritakan macamana rezeki di bumi ni luas dan banyak. Walaupun ada rezeki yang ditarik, tapi teruskanlah berusaha. InsyaAllah, tak banyak, sedikit rezeki akan hadir.

Beberapa hari sebelum pkp, saya buat keputusan untuk jual sambal. Nak support perbelanjaan memandangkan gaji asyik delay.

Penjualan sambal agak baik. Walaupun baru bermula, saya dapat jual sehingga 7-8 botol sehari. Tapi sepanjang pkp, saya stop. Nak keluar beli bahan dan nak hantar pun susah.

Di akhir PKPB, saya dah mula dapat order untuk sambal semula. Kali ni ada yang nak jadi ejen. Sekali ambil 20 botol.

Untuk penghantaran kepada ejen kali kedua, tak tahu di man silapnya, sambal 30 botol yang saya hantar semuanya rosak. Berbuih buih.

Saya minta ejen buang sambal tu, saya gantikan yang baru. Tapi, saya rasa ejen pun risau. Dia kurangkan pengambilan kepada 20 botol dan saya bayar semula 10 botol kepada ejen.

Waktu ejen inform nak kurangkan pengambilan, saya dalam perjalanan nak beli bahan untuk sambal. Masa tu saya rasa, its okay. Adalah tu salah saya dalam memproses sambal menyebabkan benda ni berlaku. Memang betul betul saya redha.

Kebetulan pula, pada jeda masa tak sampai sejam, ada seseorang order spaghetti untuk 20 pax. Dia minta harga, saya bagi harga, beberapa whatsapp seterusnya, terus confirm order dan bayar deposit.

Spaghetti ni saya pernah cuba sekali jual di dalam fb, tapi tak pernah ada orang beli pun. Tiba tiba pula sekarang dapat order.

Kisah lain pula, weekend lepas, saya sekeluarga ke Pangkor. Pangkor kan dah jadi pulu bebas cukai. Coklat murah murah.

Apa yang saya buat, iklankan coklat, open order dan bagi cut off time untuk payment. Ramai juga kawan kawan yang support dan order.

Masa di Pangkor, saya dapat order 3 botol sambal. Kelmarin saya hantar sambal kepada customer yang order tu. Semalam, dia open order untuk kawan kawan ofisnya dan saya dapat 15 order.

Untuk spaghetti tu pula, semalam deliverynya. Petang tu dapat feedback yang sangat mengharukan hati saya. Katanya spaghetti mendapat pujian ramai. Paling cepat habis di antara food yang lain.

Alhamdulillah. Memang lah saya dah tak bekerja. Saya pun tak ada modal besar nak buka perniagaan berskala besar. Tapi, meniaga di rumah kecil kecilan ni pun tak putus putus rezekinya. Tak banyak, tapi tak putus.

Untuk pembaca budiman, kalaulah anda sekapal dengan saya, jangan berputus asa. Kalau kehilangan pekerjaan, ini masanya untuk kita bangkit. Cuba buat apa yang boleh untuk menjana income.

Kalau kita nak ke puncak, bukankah kita perlu mendaki setiap anak tangga. Perlahan lahan okay. Saya pun sedang cuba bangkit. Masih merangkak. Masih mendaki satu demi satu anak tangga.

Banyak benda yang saya rasa saya nak buat. Ada bidang baru yang saya nak cuba. Doakan saya berjaya gaiiss.

– Makcik Sambal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *