PKP Selamatkan Rumahtanggaku

Assalamualaikum… Tajuk yang aku sendiri keliru. Masih keliru. Bila difikir, apa yang terjadi mungkin ada hikmah, ataupun mungkin teguran dan ujian dalam mematangkan rumahtangga.

Allahu.. Kekadang rasa seperti membaca novel sedih, tapi kisah sendiri yang entah sekuat mana untuk kita sebagai hamba untuk redha.

Aku wanita bekerjaya, pensyarah di sebuah kolej swasta. berkahwin dan memiliki sepasang cahaya mata. Alhamdulilah. Suami pun seorang yang berkerjaya sebagai engineer di syarikat konsultan.

It was a perfect marriage. 7 years of ups and down. Dari gaji sekadar cukup sehinggalah mampu untuk memiliki rumah sendiri, percutian dengan anak-anak dan semua yang dihajati. Alhamdulilah.

Suami yang penyayang, yang melengkapi segala keperluan zahir dan batin, ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa melaksanakan kerja kerja rumah bersama.

Namun, naluri isteri memang adalah kurniaan Allah yang ajaib. Wahai suami, bila mana kamu rasa kamu mampu, kewangan stabil, jangan pernah rasa hebat sendiri kerna itu semua adalah dari berkat doa isteri dan rezeki anak.

Naluri isteri, isteri akan tahu sekecil-kecil perubahan bila kamu sudah mula khianat, curang dibelakang. Hatta cara berpakaian, gerak muka, fesyen rambut, kesibukan yang dibuat-buat. Isteri tahu.

Mana tidak, sehebat mana kamu berlakon, meyakinkan isteri, kamu tidak akan mampu memadamkan naluri yang dianugerahi Allah ini.

Aku mulai ragu, tapi aku tidak mahu bertanya. Pasti bila ditanya, dia tidak akan mengaku. Walaupun ada rakan yang sudah memberi hint. Tapi aku hanya mampu berdoa.

Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui. Sekiranya apa yang aku ragui ini betul, Allah engkau tunjukkanlah kebenaran. Itulah doaku setiap sujut. Allah maha mengetahui.

Malam kejadian ketika aku dan suami sedang beristirehat dibilik tidur, entah macam mana, mata ku terlihat mesej whatsapp masuk yang dengan emotikon love love. Aku lantas merebut hp suami dan membaca mesej tersebut.

Allahu.. terasa dunia gelap, seluruh badan mengigil… Nama yang terpampang adalah nama yang aku jumpa setiap hari dalam kelas, yang aku percaya sangat naif dan tidak pernah terlintas dalam fikiran selama ini, anak murid ku sendiri sanggup mengkhianati gurunya sendiri.

Ujian apakah ini Ya Allah.. aku tidak sekuat ini. Namun aku berterima kasih Allah, engkau tunjukkan tanpa perlu aku mencari. Jangan ditanya macam mana mereka berkenal, aku syak mungkin ketika pelajar ku menghadiri open house dirumah ku, atau pun di media sos**l. Aku tidak mahu tahu.

Aku cuba untuk bertenang. Namun air mata aku tidak berhenti mengalir. Mengapa kamu, suami yang begitu baik, dan anak murid yang aku selalu bimbing, yang setiap hari datang ke meja ku, sanggup mengkhianatiku seolah aku ini b****h dan tunggul??

Aku rasa seperti mahu berlari meninggalkan semua. Tapi aku perlu tenang. Aku perlu kawal emosi. Setelah puas merintih menangis dengan soalan yang bertalu-talu kepada suami, aku akhirnya diam. Permintaan ku pada suami, agar merahsiakan perkara ini dari anak murid ini.

Aku malu. Aku perlu tenang. Aku tidak mahu pelajar ini tahu yang aku sudah kedapatan hubungan sulit diantara dia dan suamiku. Suami ku? Dia malah menyalahkan aku.

Dia kata aku selalu cemburu buta, aku tidak faham kerja dia, dan selalu marah-marah. Dengan semua alasan itu, maka dia curang. Aku tanya sejauh mana hubungan ini, suami hanya membalas : sekadar chat suka suka saja. Well played. I am not stupid. I know what should I do.

Next day, semalaman berfikir apa yang perlu aku buat. Aku buat keputusan untuk berjumpa dengan pelajar ini. Aku namakan dia S ( read:sun**l). Sebelum bertemu, aku berdoa lama dalam sujud subuh, permudahkan dan persiapkan hatiku Ya Allah.

Aku memanggil S berjumpaku selepas masa kuliah. Dengan alasan untuk mengambil kerja dan nota dimeja. Dia datang seperti biasa dengan ucapan ceria good morning. Aku? How well you played. Aku tutup pintu dan duduk disebelah dia. Aku tenang dan genggam tangan S. Dia mula mengigil.

My first question, how long you have been with my husband? Dia tunduk dan nangis. Dan memejam mata. Dia jawab, dia pun tidak sangka jadi seperti ini. Well, you know, we are teachers and we are trained to ask questions.

My second questions, tell me, how many times did you two checked in together? My husband told me everything. Everything. I did not expect this will come out from my mouth. It just came out. Allah is great. Guess what? S tunduk dan menangis, dan mengiyakan semua.

Aku rasa seperti nak m4ti. Muka dua anak aku terbayang-bayang di kepala. Aku mula membayangkan aku terpaksa membesarkan mereka sendiri. Maafkan mama sayang. Pengkhianatan ini terlalu berat untuk mama. Okay, that’s it. Dengan semua rakaman pengakuan, I decided to end everything.

I confronted my husband, he did not admit about the check in thingy. It was only lame chats and suka suka. Go to hell. When I showed him the recording, he became silent. Started to say sorry and asking for second chance. He cannot live without me and the kids. Oh how easy? That easy?

It happened week before the PKP order. Aku mengambil beberapa hari untuk berfikir sama ada untuk meneruskan atau tidak perkahwinan yang penuh pengkhianatan ini. Aku tidak mampu. Kepada Allah aku berserah. Suami? Serupa orang gila, merayu siang malam, menyesal dan taubat.

Bila aku sudah buat keputusan untuk membawa ke pejabat agama dan mahkamah syariah, proses tertangguh dek kerana PKP. Tinggallah aku berdepan dengan suami dirumah setiap hari. Airmata peneman hati dan sejadah.

Serius, sehingga ke saat ini, aku masih lagi melayan suami seperti biasa. Tapi, dalam hati Allah saja yang tahu. Aku tahu suami sungguh menyesali apa yang terjadi. mungkin apa yang terjadi adalah ujian untuk rumahtangga ini.

Namun, hati isteri hanya hamba yang lemah, parut dan kesan akan kekal sampai bila bila. the saddest thing about betrayal, it’s never comes from your enemies.

Doakan aku kuat. Aku masih keliru. Aku memikirkan tentang anak-anak. Aku tidak mahu mereka membesar tanpa ayah. Ayah yang sungguh rapat dengan anak dan penyayang. Tapi aku? Dengan semua perasaan yang ada, marah, keliru, tidak percaya…

Di setiap doa ku, aku tidak berhenti untuk meminta petunjuk, aku ssrahkan segalanya kepada Allah.

Jika aku teruskan, apakah suami ku akan betul berubah? Sekiranya dia curang lagi? Apa yang aku harus lakukan? Meneruskan atau tetapkan pendirian, sekali dikhianati, damage done. Things will never be same again.

Kepada suami diluar sana, berusahalah elakkan curang. Apa sahaja masalah dalam rumahtangga, isteri akan sentiasa boleh menerima dan berusaha untuk bertahan. Tapi curang? Bukan semua isteri boleh menerima, tidak akan sama.

Kepada isteri yang pernah menghadapi ini, aku doakan semoga kita semua diberikan kekuatan.

Doakan aku. Semoga Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku dan anak-anak, sehingga akhir PKP ogos ini. Wassalam…

– Masih keliru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *