PKP Yang Jimat & Sihat

Terima kasih admin kalau approve confession ni. Aku harap confession aku ni kalau tak banyak, ada juga sedikit bagi manfaat kat readers sekalian.

Aku Melly. 35 tahun. Isteri dan ibu kepada dua orang anak lelaki. Seorang darjah 4 dan seorang darjah 1.

Aku dan suami bekerja di syarikat swasta. Seperti mana rakyat yang lain, kami berdua pun terkesan dengan pandemik Covid dan PKP.

Alhamdulillah setakat ini masih ada kerja tapi masing-masing kena potong gaji pada pertengahan tahun lalu.

Masa gaji dipotong tu kami berdua dah pening kepala. Dahlah lebih kurang serentak laki bini dapat surat pemotongan gaji.

Aduh, dalam hati berdebar2 mampu ke nak survive ni. Nak bayar installment rumah dan 2 biji kereta lagi.

Mak dan ayah masing2 di kampung pun kena hulur juga tiap2 bulan. Tak gamak rasanya nak potong duit tu.

Fikir punya fikir, tak boleh jadi ni. So alang-alang dah ada kat rumah masa PKP, aku ajak suami duduk dan bincang. Kami bentangkan perbelanjaan bulanan.

Bila dicongak-congak banyak betul duit kami laki bini habis ke perbelanjaan yang tak perlu. Nanti aku cerita satu persatu.

Kami laki bini memang suka makan. Kalau dengar saja memana makanan viral laju saja nak cuba. Aku pulak gila kalau nampak orang jual dessert atau kek ni.

Masa dekat pejabat memang aku borong habis segala kek tornado, biscoff, kerepek2 semua lah yang kawan-kawan dekat pejabat jual.

Suami aku pulak semua makanan western berunsur cheese leleh meleleh memang jadi kegemaran dia. Belum kira teh boba yang hari-hari dia tapau balik dari kerja.

Hobi kami laki bini pulak layan mukbang dekat youtube. Layan tengok ASMR para youtuber tu duk mengunyah. Lepas layan kami pun pulun pi cari makanan-makanan viral tu. Gigihkn laki bini ni?

Ada pulak dua orang anak lelaki yang makin membesar. Asyik nak mengunyah saja.

Sebelum ni dekat rumah ada satu station khas untuk jajan dan kudap-kudap. Segala mak nenek jajan dan kudapan aku make sure sentiasa di top up.

Kalau orang datang rumah aku mesti ingat rumah ni ada ramai budak ke banyak betul jajan. Diorang tak tahu, yang mak bapak budak pun sama naik duk mengunyah sekali.

Lepastu konon bila laki bini bekerja, mulalah beralasan tak sempat masak. Jadi boleh dikatakan hari-hari lah makan luar atau pun order dari cik panda. Masing2 tahu lah ye kalau order makanan ni surcharge nya saja boleh tahan jugak.

Okay, berbalik pada lepas gaji kena potong tadi, lepas dah bincang2 dengan suami, memang kami betul2 kena potong perbelanjaan untuk makanan. Memang kena buat perubahan drastik. Kalau tak, memang tak lepas nak belanja sebulan.

Kami laki bini sebulat suara dan setekad-tekadnya nak ubah corak pemakanan kami.

Perkara pertama yang kami ubah, stop bungkus atau order makanan dekat luar. Dalam erti kata lain kena masak di rumah. Pergi kerja pun masing2 kena bawak bekal.

Malam sebelum tidur laki bini dah set nak masak apa untuk tapau esok pagi dan makan malam sesiap. Kadang dah plan seminggu nak masak apa. Selalu aku masak simple2 dalam 2 3 jenis lauk saja.

Perkara kedua yang kami ubah, no more jajan dan junk food. Yang ni agak mencabar sikit untuk anak-anak pada mulanya. Tapi alang-alang memang nak berubah, jalan terus saja.

Selalunya kami pastikan masa makan (breakfast, lunch, dinner), anak makan betul-betul dan makan kenyang-kenyang. Selalunya nasi lah.

So part jajan tu dah kurang banyak sekarang ni. Malam bila diorang lapar lagi lepas dinner tu, aku potong buah bagi diorang. Lepastu bancuh susu sorang segelas. Hah, lena tidur lepas tu.

Yang ketiga, nak berjimat punya pasal, portion nasi aku dan suami pun kitorang cuba kurangkan. Tapi ni laki bini saja lah.

Anak-anak yang sedang membesar tu tak gamak lah nak control portion makanan diorang. Selalu kami ikut portion suku2 separuh. Bila dah hari2 buat, rupanya kenyang saja makan macam tu. Sebelum ni laki bini kalau makan tak bertambah nasi tu tak sah.

Yang ke empat, kami ubah cara penyediaan lauk. Sebelum ni kalau masak, dah ada ayam, tambah udang lagi. Sayur selalu terlepas pandang. Haish, tak sihat betul lah.

Jadi sekarang ni, bila masak, hanya ada 1 jenis protein, dan sayur atau greens kami buat 2 jenis.

Dan anak2 aku pun dah mula jinak2 makan sayur sekarang. Sebab kami laki bini dah pesan siap2, siapa memilih makan, berlapar lah jawabnya. Jimat dan sihatkan?

Dan yang terakhir sekali, kami cuba kurangkan minuman/ makanan manis. Sebelum ni dekat dapur penuh kordial, air kotak. Kopi 3 dalam 1 tu pun dalam 2 3 jenis dekat rumah. Sekarang, no more.

Cuma ada milo saja untuk anak2. Bancuh dengan susu full cream. Sedap diorang cakap. Itu pun waktu pagi saja boleh minum.

So setelah hampir setahun mengamalkan cara makan mcm ni, banyak perubahan yang kami nampak. Walaupun tujuan asal sebab nak berjimat, tapi banyak pulak manfaat lain yang kami dapat.

Yang paling bersyukur, kami berjaya survive walaupun gaji kena potong. Surprisingly, masih boleh menyimpan sedikit dari baki yang ada.

Ramai perasan (yang ni kami laki bini pun perasan) badan masing-masing semakin susut. Buat kerja pun laju saja. Aku pun dah kurang migrain sekarang.

Yang terakhir, perubahan pada anak-anak. Kami perasan diorang taklah se hyper dulu kalau bermain. Dan sekarang ni lebih mendengar cakap. Tidur malam pun tak lewat macam dulu dah. Sebab dah kurang makan jajan mungkin?

Jadi, itu saja lah perkongsian aku. Aku doakan semua yang struggle semasa PKP ni agar perjalanan kalian dipermudahkan. Dan didoakan semoga pandemik ni segera berakhir.

Kalau ada tips yang berguna bolehlah sama-sama kita kongsi.

Yang benar,

– Melly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *