PKPD Di Tempat Ku

Hi. Nama aku Cik Pink (Bukan nama sebenar). Bosan dengan PKPD ni. Saja lah nak menulis.

Pkpd di tempat aku dah nak masuk 2 minggu. Tinggal beberapa hari je lagi. Entah tamat. Entah sambung lagi. Sebab pagi tadi kawasan perumahan aku baru di swab test. Semoga semua baik baik sahaja.

Pkpd di kenakan di sekitar pekan aku tinggal. Permulaan hari pkpd. Sekitar perumahan rumah pangsa dahulu di swab. Banyak blok. Banyak juga lah tingkat.

Kalau korang tinggal di sebelah utara (pulau) korang akan tahu. Rumah nya sebanyak mana. Untuk swab semua orang. Perlu makan masa yang banyak.

Alhamdulillah. Sepanjang pkpd. Semua baik baik sahaja. Ramai beri bantuan makanan. Tak kira basah atau kering. Kedai di kawasan pkpd juga dibuka. Tetapi tidak banyak.

Hal ini kerana jika kawasan A sudah di swab. Sudah tentulah pakai gelang pink. Ketua keluarga sahaja special diberi gelang pink dan gelang putih. Tanda boleh keluar rumah membeli barang keperluan atau apa apa yang penting. Jadi tidak ramai yang membeli.

Tentang bantuan. Alhamdullilah. Tidak henti henti. Ikan. Ayam. Sayur. Mee. Gula. Semua diberi. Telur sepapan. Banyak lagi lah. Terima kasih kepada semua NGO dan pihak yang terlibat kerana prihatin kepada kami.

Cuma kadang ada perasaan risau terdetik juga. Takut barang yang diberi terlalu kerap dan menyebabkan pembaziran. Tetapi aku rasa tidak mungkin. Hanya fikiran ku.

Kerna sejak pkpd. Dapur rumahku hari hari berasap. Maklumlah kedai makan di kawasan rumah ku banyak yang tutup. Wahh dalam aku sedang menaip ni. Tiba tiba orang bagi salam. Rupanya hendak bagi nasi bungkus. Alhamdulillah.

Tentang swab tadi pagi. Mungkin aku boleh namakan kawasan perumahan aku. Kawasan B. Mungkin selepas ini kawasan C pula. Baru selesai di swab pagi tadi.

Alhamdullilah. Lancar. Prosesnya juga cepat. Semua petugas hadapan segak dengan pakaian penuh PPE. Warga emas di beri tetap duduk.

Ibu yang punya anak kecil juga diberi keutamaan. Di swab mengikut keluarga. Setiap check point pasti ada orang yang menjaga. Diberi kerusi untuk semua orang.

Tetapi masa check point yang pertama. Perlu berdiri juga. Tetapi tidak lama. Dipakaikan gelang pink. Terus boleh duduk. Tunggu giliran.

Sampai sahaja di kaunter hantar borang di swab. Dr. mungkin bertanya beberapa soalan kepada ketua keluar.

1) Ada tidak orang dalam rumah yang telah menerima vaksin.

2) Ada tidak orang dalam rumah ini baru di swab?

Selesai menjawab terus di swab. Ada yang cakap pedih. Ada yang menangis (kanak-kanak). Berair mata. Aku? Secara jujurnya agak pedih. Hidungkan. Selesai. Boleh pulang.

Tetapi ada juga yang agak tidak seronok jika kawasan kita dikenakan PKPD. Bagi aku yang melakukan bisnes online kecilan-kecilan. Agak terasa. Kerana kita tidak boleh keluar. Nak cod barang apatah lagi selfpickup. Nak promote barang di sosial media pun berfikir juga.

Tentang membeli barang secara online. Aku beli barang online. Sampai sekarang pihak kurier tidak menelefonku.

Tetapi pihak kurier ada chat aku secara whatsapp. Menyatakan barang kawasan pkpd semakin banyak. Meminta peluang beri masa dalam 2-3 hari untuk menelefon ku semula jika barang ku sudah diletakkan di check point yang disediakan oleh YB di kawasan ini.

Sekarang sudah masuk hari ke 4. Tiada khabar. Tetapi status di shopee. Susah diletakkan delivered. Tapi disebabkan barang aku belum dapat. Jadi aku hanya lanjutkan shopee guarantee. Nanti aku cuba chat kembali kurier itu.

Punca kawasan aku pkpd? Aku pun kurang pasti. Tetapi yang aku tahu. Ada orang berdekatan kawasan pkpd aku yang meninggal dunia disebabkan covid19. Dan ada yang positif. Virus ini pelik.

Walaupun tinggal serumah. Boleh jadi kau seorang sahaja positif. Yang lain negatif. Tetapi ada juga kes 1 keluarga positif. Entahlah. Itu semua rahsia Allah.

Semoga kita kuat hadapi ujian covid19 ini. Walaupun terasa seperti dikurung. Sabarlah. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

– Cik Pink (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *