Plain Heart

Hi semua. Aku banyak baca confession kakak, abang, kawan yang pasal rumah tangga ni. Aku pon rasa nak confess juga la. Jangan kecam kawan-kawan, kita tak pernah tau bila kita nak kena uji.

Aku L, mid 30, bekerja, anak 2, a wife. 2021 – 2023 adalah tahun yang maha gila bagi aku.

Ujian hubungan orang ketiga datang untuk family aku – aku lah yang curang, tapi curang ni bukan aku ada lelaki lain, tapi curang juga la konsep dia.

Tak sangka aku yang dipandang baik, nampak elok di mata masyarakat, kawan-kawan, keluarga tiberr ter buat benda yang tak elok. Sumpah aku tak sangka aku yang jadi macam ni.

Dipendekkan cerita, dah penat hidup macam gila, Allah bawa aku balik sedar diri. Tempoh sesat 1 tahun lah lebih kurang.

Alhamdulillah aku dah tak rasa dah nak hidup dengan orang lain, keluar rumah, etc.

Tapi aku ada masalah lain now.

Aku ingat haritu aku tak ok dengan husband aku sebab aku ada orang lain. Now is it have nobody dah. Tapi aku tak boleh rasa sayang tu.

Bila ingat balik, ya dulu pon we are this. Sebelum tu bagi cerita sikit.

Husband aku ni dream husband confessor lain – cuma duit tak banyak, tapi cukup untuk komitmen, tapi takde la macam ada lebih banyak.

Dia kerja elok, anak yang baik pada family dia tapi tak culas pon dengan family sendiri, rajin buat kerja rumah, bapak yang selalu melayan anak (sampai anak tersasul nama dia bila bercakap dengan aku), tapi dia observant bukan jenis bercakap.

So dalam tempoh perkahwinan yang dah bertahun-tahun ni, aku dah tak tau nak sembang apa. Lama lama we just there without any words.

Aku malas nak cerita sebab respond dia plain. Aku dah tak tau nak sembang apa basically. Slowly takde dah rasa sayang, rindu, kasih.

Tapi aku kesian kat dia. Dia macam ternanti-nanti aku nak cakap apa, tanya apa. Tapi, aku tak boleh – cannot go dah.

Aku bukan tak bersyukur dan ini bebetul tak berkaitan dengan orang ketiga – kalau ada pon sikit pun sebab rasa guilty gila dengan apa aku buat before ni.

Aku dah tak boleh sayang dia. Aku boleh la teruskan hidup berkahwin macam ni sampai tua, tapi ni ke yang perkahwinan maksudkan?

Help me. Kawan kawan lain ada ke yang masih terus berkahwin walaupun dah tak connected? Can someone help me?

Aku sampai hilang rasa nak jadi mak slowly. Tapi bukan benci anak-anak aku. Cuma macam, aku dah tak larat nak dengar banyak-banyak cerita dorang.

Aku nak duduk dalam bilik, curi peluang untuk keluar dari rumah – basuh baju, tapau makanan, apa apa lah. Sebab aku tak rasa gembira dalam rumah tu.

Aku selalu bayangkan kalau lah husband aku dapat kahwin dengan orang lain, yang sayang dia dan anak-anak aku. Mesti semua akan gembira. I pity everybody around me.

Tolong jangan kecam sebab ni memang berkaitan rasa sayang yang dah tiada, pudar dan hilang.

Jujur aku tak sangka ujian ni kena kat aku, aku bukan orang tak guna dan selalu orang nampak bahagia dan look alive.

Please help.

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. apa ni akak . tak faham cerita. act apa aka dah buat . ? apa yang curang tapi boleh dikatakan macamtu? sangat2 tak jelas jalan penceritaan awak sis.

  2. Kepada yang tak faham, saudari ni cerita yang dulu dia pernah (mungkin) curang dengan orang lain semasa dalam perkahwinan. Tapi saudari ni tak consider benda ni curang (tak diterangkan sebab apa).

    Fast forward 1 tahun ke hadapan, saudari ni dah rasa tawar dalam perkahwinan. Awalnya dulu saudari ni pernah rasa tawar juga, tapi saudari ni anggap dia rasa begitu sebab kes yang satu tahun dulu tu. Since kejadian itu sudah lama, saudari ini beranggapan rasa tawar itu berpunca dari dirinya sendiri.

    Dalam confession ni juga saudari ni terangkan yang suami nya itu boleh jadi dream husband orang lain (sebab baik, pandai jaga anak, rajin buat kerja rumah, etc). Tapi still rasa tawar tu tetap ada (which is saudari ni pun susah nak explain kenapa dia rasa begitu).

    Namun, saudari ni kata di bukan give up nak jadi ibu. Dia tetap rasa bertanggungjawab sebagai ibu, cuma dia rasa sesuatu dalam dirinya yang dia susah nak explain. Dia rasa nak disconnected dari kehidupannya sekarang.

    Sebagai penutup, saudari ini bertanya adakah orang lain yang merasai apa yang dia rasa sekarang ni? (mungkin saudari ini ingin meminta nasihat).

    PS: Nasihat saya carilah family atau rakan yang terdekat untuk validate perasaan anda ini. Juga, carilah kaunselor yang bertauliah untuk bantu anda hadapi perasaan ini. Jika perlu, dapatkan marriage counsellor untuk bantu bridge the communication between you and your spouse. Semoga dipermudahkan.

  3. Sis kalau dah curang tu cerai jela. Kasihan suami dan diri sis hidup dalam penipuan. Sebab tu tak bahagia.

    Mungkin asbab kecurangan sis itu sendiri jadi punca Allah tarik nikmat perkahwinan yang halal. Dahan dapat yang haram akan hilangkan kemanisan yang halal sis. Tak kira jantina. Sekali curang terus hilang nikmat halal. Kalau nak bukti lihat isteri artis yang dicurangi.. Banyak dah viral. Sentiasa hidup insecure. Walau suami dah bertaubat tetap rasa trauma.

    Tapi kes sis sis yang curang. Curang tak kisahlah belum terlanjur sekalipun. Kalau dah tahap skandal gatal manja dengan orang yang haram tercabut nikmat halal tu sis.

    Cari hari yang tenang dan tempat terbuka untuk berterus terang dengan suami sis. Biar dia fikir dan buat keputusan.

    Dan sis bincang nak teruskan atau cerai. Hanya kejujuran daripada pihak sis dan suami sis akan tentukan hala hidup masing masing selepas ini.

    Hentikan sandiwara jangan tipu diri sendiri. Luahkan apa sia mahu dan minta suami berterus terang juga. Win win situation

  4. sis,

    apa kata sis pergi jumpe ustaz, mintak air tawar.. bukan nk ckp sis kena sihir.tapi utk buang tirai iblis yg nk runtuhkan rumahtangga tu. pastu lepas ni, harap sis berubah demi keluarga sekarang..nikmat ape lagi yg sis harapkan..semua da lengkap…tawar ati tu sebab sis pernah bahagia mase curang..nikmat haram ngn halal ni lain sis.. bace zikir ‘Allahuma ya barik’ 40x.insha Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *