Plan Your Sem Ahead

Assalammualaikum.

In sha Allah dengan berbekalkan baki cuti dua hari lagi ini, dan selepas check result exam semester lepas, aku teringin nak buat post mortem untuk diri aku sendiri dan juga mungkin boleh dikongsi dengan kawan kawan sekalian.

Syukur Alhamdulillah berkat doa dari orang sekeliling dan juga pertolongan Allah SWT, result ini aku sangat terkejut sebab aku target dalam 3.3-3.5 macam tu je sebab aku tahu aku study macam mana, tapi Allah bagi lebih dari apa yang aku sangka. Yelah, 2 hari sebelum exam baru nak pulun. Dah tu tak sedar diri siap layan movie lagi.

1. Tidur On Time

Sem lepas aku tidur on and off. Orang lain stay up aku pun nak stay up juga. Last last tak ke mananya. Punyalah rasa bersalah nak tidur bila orang lain tengah study. Jadi, sem baru akan datang ini, aku nak betulkan tidur aku, tak nak stay up melainkan buat assignments. Bergantung pada diri, bila mengantuk tidur jelah, yang penting jangan over.

2. Pre reading

Sem lepas aku cuma tahu tajuk apa belajar waktu tu sahaja. Tak spend time pun nak tengok slides, nak google pasal topic tu, end up dalam kelas ternganga dengan lecture. Nak tanya pun tak tahu nak tanya apa.

Jadi, sem ini, aku nak pastikan, kalau dah ada slides given, aku nak baca go through dulu, lepas tu aku nak baca buku teks berkaitan topik tu dulu dan if possible, cari application berkaitan diseases untuk topic itu.

3. Practical

Part ini, aku memang cakap diri aku tak berguna huhuhuhu. Aku silap, aku tak baca lab manual sebelum datang lab. Bila buat experiment, tak tahu pun experiment tu tujuan untuk apa. Bila nak tanya, tak tahu nak tanya apa. Sedangkan waktu practical inilah, aku boleh serap banyak sangat knowledge yang tak diajar dalam kelas.

Tak apa, yang lepas biar lepas. Kita move on. Sem akan datang, pastikan lab manual dah faham, kalau dapat buat template lab report lagi elok terus. And cari a few research papers related to the experiment.

4. Study Plan terabai

Aku mengaku sem lepas, aku tak follow sangat teaching plan aku. Berapa banyak carry marks, berapa final. Berapa percent quiz, mid term semua.

End up, aku tak letak target, and of course sudah tentulah cukup makan sahaja semuanya. So, sem akan datang, aku akan tanam dalam otak percentage mid term, kuiz, carry marks semua. Target aku, nak dapat 95% dari total carry marks. Mustahil? Tak mustahil, selalu ingat ‘ kalau kau target bulan, tapi tak dapat, mesti kau akan terlanding dekat bintang bintang’.

5. Emo sangat

Tiap kali lepas call mak aku, aku mesti akan emo teruk sampai tak boleh study, so lepas ni, aku dah plan dah bila aku nak call mak aku heheehe.

Mak aku bukan pesen nak call tiap hari nanti dia rimas, aku tahu sangat tu hewhew tapi dalam hati dia rindu gak kat aku. So aku akan call every weekend, jumaat petang atau malam, so kalau emo pun, dia consume weekend aku jelah. Jangan tanya kenapa aku emo.

Oh ya, aku percaya pada keajaiban doa seorang ibu. Sebabnya, sem lepas aku tak pernah miss, tiap kali nak kuiz, nak exam, nak presentation sekalipun walaupun benda simple aku akan call mak aku kejap minta doakan supaya dipermudahkan. Yang ni aku tak emolah huhu. Memang miracle, even kau rasa kau tak well prepared, bila sampai depan tu, alhamdulillah Allah bagi lancar segalanya, soalan dari floor pun semuanya in control. Alhamdulillah, yang part ni boleh maintain.

6. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia

Yang ni aku akui, aku culas sikit bab solat, selalu lambat. Hmmm. Al quran, dua tiga hari dapatlah satu page. Dhuha on off. Tahajud on off. Sebab tu hati selalu tak tenang, emosi selalu tak stabil. Belajar lambat masuk, dan banyak penyakit hati.

So, sem ini aku nak improve sikit sikit. Aku nak practice solat awal waktu dan nak amalkan dhuha jika ada kelapangan waktu. Qiamullail tak dapat everyday, every week sekali pun jadilah. Al quran, paling ciput satu hari satu muka surat.

Aku nak juga prepare untuk ramadhan nanti. Tak lama je lagi dah tapi amal ibadah aku masih banyak lalai lagi. Yang ni kena sentiasa improve.

7. Study group

Sem lepas, aku tak ada geng study group. Ada dua tiga kali je lah berbincang study. Memang menyesal. Tapi tak apa, sem ni aku nak cari kawan kawan yang nak study sama sama, jadi, sebelum buat study group, aku nak study dulu topik tu, listkan soalan yang tak faham, and bincangkan. Kalau tak dapat jawapan, aku akan rujuk lecturer.

8. Never delay

Sem lepas aku suka tangguh kerja aku. Aku tak stick dan tak sensitive dengan deadline track aku. Sudahnya, deadline kemana, kerja ke mana. Lagi lagi bila kerja last minute ni, tak banyak input boleh dapat, plus time tu juga laptop buat hal.

Jangan tak tahu, aku pernah dah hampir siapkan assignment, tiba tiba dia hilang macam tu sahaja. Unsaved. Normally dia automatic saved tapi entahlah, kuasa Allah nak uji. Aku redha je sebab aku tahu salah sendiri buat very the last minute punya kerja.

Apa pun, itu sedikit post mortem untuk diri aku yang aku boleh kongsi. Aku selalu pesan dengan diri aku, kalau tak mampu dapat yang terbaik, jangan kau sendiri buat dia makin hancur.

Yang penting, tolong jangan putus asa. Bila aku rasa penat sangat, rasa dah tak nak study, aku akan ingat balik mak ayah aku dekat rumah, memang menangis lah nak study balik. Memang untuk aku cara ini sangat berkesan, sebab aku tahu aku harapan keluarga. Aku selalu fikir itu beban, tapi rupanya aku silap. Ia adalah tanggungjawab. Aku akan tidur kejap, lepas tu baru aku bangun balik and keep on moving. Orang putih cakap, be back stronger.

Pointer tinggi atau tidak itu bonus sahaja, yang penting ilmunya kita dapat. Jangan pointer tinggi, tapi otak kita kosong. Yang dah lepas kita biarkan lepas, paling penting sekali, kita belajar dari kesilapan. Kali pertama silap tak bererti akan silap selama lamanya. Kali kedua silap pada aku itu bukan silao namanya, itu kita leka tak nak belajar dari kesilapan. Yang penting jangan pernah terfikir nak berhenti, teruskan sahaja tak kisahlah apa pun yang kita hadapi, kita tak tahu apa yang menunggu di akhir perjalanan kita.

Aku tahu ramai yang hadapi masalah family, duit, cinta (…) ,konflik kawan, masalah diri sendiri dan macam macam lagi. Tapi percayalah cakap aku, those problems are not given to you for nothing except to make you a better person in future. Kau memang tak ada pilihan melainkan untuk jadi kuat dan dengan cara itu kau akan dapat survive.

Biar apa yang kita dapat seiring dengan usaha terbaik kita. Dalam erti kata lain, biarkan ia berbaloi. Jangan kita merungut dengan apa yang kita dapat, sedangkan diri kita tidak beri yang terbaik.

In sha allah sem baru ini, aku nak target 4 flat pula. Tak ada yang mustahil. Doakan aku diberikan pinjaman JPA dan dipermudahkan urusan menuntut ilmu. Aku doakan kalian juga dipermudahkan urusan dunia akhirat. assalammualaikum.

– Stabilo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit