Plastik Hitam

Aku dah berkahwin dan ada dua orang anak. Bekerja swasta, suami juga. Aku bukan lah seorang perempuan dan isteri yang paling baik kat dunia ni, tapi aku nak cuba jadi sehabis baik dengan masa-masa yang tersisa ni.

Aku ada background agama yang ok, maksudnya macam benda-benda basic dalam agama Islam aku tahu.

Aku tak nak ungkit cerita lama masa zaman bercinta dengan suami, cukuplah sekadar aku nak share suami aku memang bab agama dia agak kebelakang.

Dengan harapan dia dapat hidayah selepas berkahwin, kami akhirnya berkahwin tapi dalam keadaan ahli keluarga ada yang kurang menerima dia atas sebab kami tak sekufu terutamanya dari segi ilmu belajar, ilmu agama dan hal-hal lain.

Suami aku memang tak solat. Apa yang kau expect dari seorang suami yang tak solat?

Ya, hidup dia agak tunggang terbalik dengan gaji yang tak menentu tiap bulan, kalau ada job, ada gaji. Senang kata kais pagi makan pagi.

Jadi memang kebanyakan belanja untuk keperluan hidup dan anak-anak, keluar dari hasil gaji aku sendiri. Tapi Alhamdulillah setakat ni sewa rumah dan kereta dia yang aku guna untuk pergi balik kerja, dia yang bayar without missed.

Terkadang kalau gaji dia kurang bulan tu, aku bayarkan in advance dan aku akan mintak dia ganti balik guna gaji bulan seterusnya. Aku jenis tak berkira bab makanan.

Kalau aku rasa nak makan sedap sikit, aku guna duit gaji aku sendiri instead of harapkan dia belanja sebab gaji dia pun cukup-cukup nak bagi nafkah barang dapur dan lain-lain yang utama.

Sepanjang berkahwin selama hampir enam tahun ni, aku perhati style suami aku bila masuk bulan puasa, dia akan puasa pada hari pertama saja.

Maksudnya regardless dia letih macam mana pun, hari pertama dia mesti puasa, tak boleh sengaja tak nak puasa ke yadayada.

Hari hari seterusnya, dia lupa dia dalam bulan puasa. Aku tak pasti ini memang habit dia sejak dulu sebelum kahwin atau dia tak nak puasa sebab alasan pekerjaan dia yang travel dan kasar.

Travel sebab dia bawa lori kontena, atau kasar sebab dia kena tunggu lama untuk loading unloading barang kontena atau ada masa kena repair sendiri lori bila breakdown.

Aku faham yang alasan kedua tu memang meletihkan dan kena guna tenaga yang banyak lagi-lagi bila lori dia breakdown waktu tengahari, tepi jalan panas-panas.

Yang membuatkan aku rasa kecewa bila hari dia offday duduk kat rumah, tak puasa juga. Kalau puasa pun seharian tidur, tak buat apa-apa aktiviti. Alasan dia letih kerja.

Bila aku kata elok-elok rugi saja puasa tapi tak solat, dia seloroh cakap ok pergi la tanak nasi dia nak makan. Dah aku kata rugi dia puasa kan. Lepas tu gelak-gelak. Aduh. Kenapa bab agama macam ni dia boleh buat main-main.

Dan paling tak boleh aku hadam, aku secara tak sengaja terbaca whatsapp kawan dia baru-baru ni, kawan dia tulis dalam tu, “kehadapan pengerusi geng plastik hitam ofis, bla bla bla, semoga sukses jadi pengerusi”.

Entahla aku sebagai isteri dia rasa terpukul dan sangat malu bila kawan-kawan dia award dia dengan gelaran macam tu. Like, benda rukun agama macam ni kenapa korang buat main. Seriously this is no joke lah gais. Suami aku juga tak sambut raya gais.

Sepanjang perkahwinan ni, sekali saja dia sambut raya masa tahun pertama perkahwinan, itu pun dia bangun lambat kat kampung, tak sempat nak join kaum lelaki lain solat raya. Malu bukan kepalang.

The next raya kitorang dah balik asing sebab ada isu lain yang aku tak nak share kat sini. Lepas tu dah pkp dua tahun, pun aku dengan anak-anak saja raya sendiri pakai baju raya, tak ada sesi-sesi minta maaf bagi duit raya pun sebab dia tidur. Bangun lewat tinggal makan.

Aku harap sangat tahun ni boleh balik raya sambut dengan keluarga kat kampung sebab raya for the past two years adalah raya yang paling sedih dalam hidup aku.

Jasad suami ada dengan kita tapi can do nothing sebab dia lagi layan tidur dia daripada nak gembira dengan anak bini.

Jujurnya aku masih tak boleh nak terima kekurangan dia yang bab agama ni. Kekurangan lain macam masa dia sebagai seorang suami dan ayah, aku masih boleh terima (sikit).

Aku tak nak sentuh hal pengurusan rumahtangga. Memang kebanyakan nya aku yang incharge sebab masa dia sangat limited kat rumah.

Ya memang salah aku tak tapis dia betul-betul sebelum kahwin. Aku tak nak cakap aku menyesal kahwin dengan dia sebab aku yakin mesti ada hikmah Allah jodohkan aku dengan dia.

Kalau bukan untuk naikkan tahap keimanan aku, mungkin ini peringatan untuk diri aku sendiri supaya jadi orang yang lebih baik dan untuk menghapus dosa lepas.

I am giving time to myself, kalau aku tengok dia masih tak nak berusaha nak belajar ilmu agama, aku rasa aku kena move on. So far aku yang berperanan sebagai father-figure dalam rumah ni, dari segi ajar anak-anak bab agama dan beri perhatian.

Aku bersyukur Allah bagi aku kerja office hour tak ada working shift, jadi malam-malam aku boleh fokus kat anak walaupun keletihan kerja seharian. Suami aku tak solat, tak puasa dan tak pandai membaca jawi. Apa yang aku expect?

Memang dia tak boleh nak ajar anak-anak from scratch. Masa dia sangat limited dengan kami anak beranak sebab pekerjaan dia yang sentiasa sibuk. Aku faham dia berusaha cari rezeki. Tapi aku pun sama-sama contribute duit, masa, tenaga untuk rumahtangga ni.

Bila aku suggest untuk cari kerja lain, dia kata dia takkan dapat duit lebih kalau dia kerja lain, dia siap warning aku kalau dia dapat kerja lain lepastu duit tak cukup, pandai-pandai lah aku topup sendiri. Aduhai.

Aku tolong dia financially, cuma kadang aku rasa berbaloi ke aku berkorban untuk hidup dengan suami yang tak faham tujuan dia hidup untuk dunia dan juga akhirat.

Aku cuma nak kehidupan rumahtangga yang balance, bukan aku nak hidup mewah pun, cukup apa yang ada tapi jangan dah bertahun tahun masih duduk takat tu saja tak ada perubahan.

I should expect this from the first day of our marriage, tapi sekarang anak pun dah ada dua, takkan aku selamanya nak redha dengan keadaan ni. Buat masa ni, aku akan selalu doakan suami dan encourage dia untuk dekat dan faham dengan agama Islam.

Aku tak nak judge dia lebih-lebih tapi aku nak bagi diri aku sendiri timeline. Sebab dengan aku ada dua orang anak yang perlukan tunjuk ajar terutamanya masa diorang tengah golden age sekarang.

Memang berat tanggungjawab, seolah macam nak ajar non-muslim since dia ada a very little knowledge tentang agama kita. Bila dia tak ada knowledge, memang aku rasa cabaran sangat nak bincang isu agama.

Suami selalu complain dia kerja letih tak cukup rehat tak cukup makan potong sana sini, tapi gaji tak pernah cukup, tak ada lebih, ngam-ngam nak bayar komitmen. Aku pun explain lah slowly mungkin rezeki tu tak berkat sebab dia tak solat.

Nak mintak apa-apa doalah dengan Allah mesti Allah bagi, dia balas balik suruh aku yang doa banyak-banyak. Dia masih dalam denial state dengan fakta agama yang dia anut, seolah macam tak tau Allah tu apa.

Entahlah aku rasa I am in a very big trouble sekarang tapi macam yang aku cakap, I am giving time to myself. Aku sayang suami aku tapi dalam masa yang sama aku kena selfish to myself dan kids.

Aku kahwin sebab aku nak masuk syurga sama-sama dengan suami. Tapi mungkin syurga aku bukan kat bawah tapak kaki seorang suami.

We will see soon somehow.

Disclaimer: aku bukan nak highlight atau downgrade pekerjaan sebagai seorang pemandu lori. Aku percaya ramai pemandu lori kat luar sana adalah seorang ayah / suami / boyfriend / adik / abang / anak yang baik dan taat perintah Allah. Cuma kes aku berbeza.

– Nasi Arab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *