Playgirl Islamik

Assalamualaikum.. Fasa hidup aku sekarang adalah menjadi kaunselor rumahtangga. Kawan sekeliling aku sahaja sudah berapa ramai yang bercerai, bercadang untuk bercerai dan tengah bergolak rancak.

Semua kurang 5 tahun berkahwin. Betul, aku simpati. Aku menangis sama. Berat ujian mereka. Tapi… aku pun tak mampu untuk tipu diri sendiri. Ada salah yang datang dari kita-wanita juga.

Makan sepinggan, tidur sebantal, maka aku kenal sikap kawan aku seorang seorang. Solat di jaga, aurat di jaga, status pun islamik baik2 saja. Nampak solehah dan menjadi dambaan jejaka-jejaka.

Tapi bab melayan, memberi harapan kepada lelaki, boleh tahan juga. Aku sampai kadang terfikir adakah yang terjadi sekarang ni jawapan doa dari lelaki yang sakit hati?

Setiap lelaki yang menghulur salam perkenalan di layan. Walaupun dah ada teman istimewa, tetap nak berkenalan juga. ‘bukannya dah kawin pun’ bila di tegur, jawabnya cuma kawan biasa sahaja.

Kawan biasa apa nya kalau mesej tanya khabar selang dua hari? Bagi hadiah itu ini? Sembang benda-benda tak penting tak membangun minda pun. Sampai menangis lelaki itu makan hati. Akhirnya aku juga di kata tak sporting.

Jangan layan!

Walau aku juga tak kurang yang cuba memikat, itu bukan lesen mengumpul pilihan. Entah lah. Mungkin jiwa aku terlalu tua untuk faham keterujaan menjadi dambaan jejaka walau usia kami sama. Dan mungkin juga aku terlalu bimbang memberi harapan & menyakiti hati orang yang betul-betul ikhlas.

Dan tertulis juga aku berjodoh dengan jiwa yang serupa. Jiwa tua yang tak peduli menjadi center of attention. Yang bahagia dengan cara kami.

Pesan aku buat gadis-gadis, peliharalah watak islamik dengan sebenar-sebenar pelihara. Jangan buat fitnah sampai jadi playgirl ‘islamik’. Kita tak tahu doa siapa yang maqbul. Kita tak tahu nasib kita di masa depan.

Berhentilah membina expectations yang menggunung dalam perkahwinan. Asyik minta di pujuk dan di puja. Alam perkahwinan, banyak cabarannya. Badan perlu tempat berteduh, dapur juga perlu di asap. Jika hari manis, esok lusa belum tentu.

Teruskan lah memperbaik diri dari semasa ke semasa. Jangan dengki dengan kehidupan orang, tapi refleksi diri apa yang boleh diperbaiki .

Ikhlas;

A wife, a mother, an entrepreneur.

– Izznara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *