Please Be Strong Girls!

Assalamualikum, hai semua.
Sebenarnya aku nak taip luahan hati aku ni dalam blog aku. Tapi aku rasa mesej tu takkan sampai pada semua wanita melalui cara itu, so aku memilih ruang ini untuk meluahkan. Bagi aku, untung manusia yang kawen awal sebab tak ada penyakit hati, mungkin. Dan untung juga buat manusia yang susah ada perasaan suka atau cinta, sebab perasaan itu sangat menyakitkan. Dan aku setuju dengan ajaran islam membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sebab betul seperti yang dikata, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan rapat mesti ada yang jatuh hati, kalau tak kedua-dua mesti salah sorang. Yea, aku terjebak dalam situasi itu dan aku yang jatuh hati itu (depend on people – dlm situasi aku, we’re single n dia ada ciri-ciri lelaki yang aku nak).

Dipendekkan cerita, aku kawan dengan seorang lelaki atas urusan kerja. Disebabkan oleh selalu bersama dalam urusan kerja, sekepala (we’re introvert person), sering makan bersama, sering dikenankan oleh rakan-rakan terdekat dan sikap dia yang mudah membantu aku dalam banyak urusan, menyebabkan aku jatuh hati tanpa sengaja pada dia. Orang yang kau rapat itu ‘crush’ kau, memang akan jadi pergaduhan walaupun perkara kecil dalam urusan kerja baik apa-apa saja. Adalah benda yang tak kena, atas alasan nak uji dia, dia suka aku tak, dia mampu tahan dengan perangai aku tak. Disebabkan oleh tak pernah declair langsung dan still berkawan rapat walaupun banyak kali bergaduh. Dan lagi satu sikap kami selepas bergaduh, kami akan huraikan balik sebabnya kenapa bergaduh dan selesaikannya.

Perkara yang paling aku takut dalam persahabatan itu adalah, sekiranya tiba-tiba dia cakap dia dah ada buah hati/ kekasih. Itu ibarat mimpi ngeri bagi wanita yang crush dengan kawan rapat sendiri. Ada kau sangka mimpi ngeri jadi kenyataan? untuk kes aku ya, betul jadi kenyataan. Macam cerita dramakan yang kenyataan itu sendiri aku tak dapat terima. Tapi ini realiti dia telah terima pelawaan seorang wanita untuk merisik kakaknya yang study di Al-Azhar atas sebab mempercepatkan ikatan adalah lebih baik. Walaupun perkenalan baru sebulan. Sungguh tak terkata untuk aku, sebabnya aku tahu apa perancangan dia tetapi waktu dia bagitau aku totally perancangan tersebut berubah 100% dari apa yang dia pernah katakan pada aku dulu. Ya, dia terangkan secara jelas pada aku dari pertemuan awal sehingga akhir, perkenalan mereka yang bercanggah dengan perancangan dia sebelum ini. Rancangan tuhan, siapa yang mahu menidakkan. Owh, perancangan dia dulu, dia takkan kawen selagi kewangan tak stabil dan dia tak terdesak pun nak kawen. Sekarang memang dia tak sabar-sabar nak kawen, he is totally different person dari apa yang aku kenal dulu.

Aku. Aku rasa dia tak tahu langsung perasaan aku pada dia atau dia tahu tetapi tetap menidakkan. Secara jelas time tu aku sangat cool, ibarat tiada sekelumit perasaan pada dia. Rancak kami berborak mengenai masa depan masing-masing. Sedar tak sedar, hati perempuan sebenarnya tetap lemah. Sekuat mana aku bertahan, air jernih dari dua butir mata aku tetap terburai juga bila tiba waktunya. Bertuahnya aku saat itu dia telah berlalu pergi, bersama dengan masa depan yang dia bakal bina baru. Aku, segala andaian dah jadi kenyataan yang tak mampu diubah lagi. Walaupun aku dikelilingan orang ramai waktu tu, mata aku tak segan silu untuk terus menjuraikan airnya. Apa yang aku buat waktu tu, adalah mohon pertolongan Allah beri kekuatan pada aku.

Sekarang aku sedar sakitnya cinta tak berbalas. Sakitnya perit sakit sangat. Orang yang digelar tak ada perasaan kini, teresak-esak menangis di tempat awam. Malu time tu kau letak no 2 yang penting kau dapat hapuskan kesakitan tu dengan air mata. Tak kisah orang tengok ke apa kau dah tak ambil kisah. Jujur aku kata, aku seorang yang pemalu, sukar meluahkan perasaan, suka pendamnya sendiri, dan orang gelar aku manusia yang tak ada perasaan dan tak pernah bercinta. Tapi bila keadaan ini berlaku, ianya sangat sakit. Betapa sesaknya nafas saat tu hanya tuhan yang tahu.

Tapi alhamdulillah sakit itu aku dapat recover dalam masa dua hari, yang mana sepanjang dua hari mata aku sentiasa berkaca tanpa sebab, suara aku serak tanpa boleh mengeluarkan kata-kata. Kerja aku still berjalan macam biasa tapi hari tu adalah hari bisu aku. Kalau ada aku cakap mau jadi banjir. Tempat kerja alhamdulillah before benda ni terjadi awal-awal lagi department kami dah lain-lain. Kalau berjumpa tu memang atas tujuan nak jumpa. So untuk sorok dan recover mudah sikit la. Dan sekarang memang aku mengelak sangat jumpa dia. Media sosial aku pun aku dah makin menjauh, taknak jumpa muka dia disitu. Kalau aku remove dia dari friendlist aku, perasan sangat pula kan situasi tu. Aku taknak dia tahu tentang perasaan aku. Dan aku nak dia bahagia dengan pilihan dia. Tu je.

Last but not least, aku nasihatkan buat perempuan-perempuan dan wanita-wanita kat luar sana, kalau kau kawan dengan lelaki just berpada-pada la, jangan sayang dia lebih dan sebagainya. Kalau dia buat baik dengan kau terlalu care or caring sekalipun, anggaplah dia lakukan perkara yang sama juga dengan kawan-kawan perempuan yang lain, melainkan dia memang cakap dia suka kau dia nak kawen dengan kau. Tapi ingat still berpada-pada, hati manusia kau tak tahu selagi dia tak akad ijab kabul selagi tu dia bukan jodoh kau.

Macam mana aku boleh recover dengan cepat?
1. Sebab aku rasa aku dah menangis sepuas-puasnya dalam masa yang sama aku cari kawan rapat aku untuk luahkan segalanya. Yup segalanya jangan ada simpan sikit pun dalam hati. Thanks gak buat kawan aku yang sudi tadah telinga dan sabar dengan aku.

2. Ingat pada pencipta kau. Mana tempat kau patut mengadu waktu kau susah dan senang. Mana kau minta. Mana kau datang dan siapa yang merancang. Semua pada DIA. So, pergi pada dia kau mengadu sepuas-puasnya. 33x (Maka mana satu nikmat tuhan kamu yang hendak kamu dustakan?) – suruh Ar- Rahman, baca sampai habis surah tu dan ambil paham terjemahan dia. InsyaAllah membantu. Bagitu juga surah Al-Kausar, fahami.

3. Jangan duduk sorang-sorang, make ur self buzy. Buat kerja kau macam biasa. Jangan tinggal jangan minta cuti. Sebab bila kau duduk sorang-sorang lagi banyak kau mengelamun lagi banyak kau ingat kenangan dengan dia.

4. Bila kau teringat dia kau istigfar banyak-banyak dan cuba larikan fikiran kau dari ingat tentang dia, tentang masa depan dia, atau masa depan kau tanpa dia.. lari fikira kau jangan fikir.

5. Kau cari keburukan dia kau simpan dalam otak kau. Kau dalam mindset kau dia bukanlah baik sangat untuk kau. Jangan fikir kebaikan dia (ini amaran) walaupun sikit. Sebab bila kau letak kebaikan dia, ada yang control otak kau untuk fikir lagi banyak kebaikan yang dia ada. pastu mula la sedih balik. Then sampai bila kau mampu nak move on. okey. simpan keburukan dia tu, untuk tujuan baik bukan kau pergi cerita kat orang lain. Dan tipu juga sepanjang perkenalan kau kau tak pernah nampak keburukan dia. Selalunya orang bercinta dia try abaikan je, tapi bukan bermaksud dia tak nampak.

Alhamdulillah ni la lima step yang aku ambil untuk lupakan dia, move on dan jadi kuat semula. Dan ingat,

“boleh jadi kamu benci pada sesuatu sedangkan dia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahuai ( semua itu) sedangkan kamu tidak mengethuinya.” – Al-Baqarah, 216.

So, POSITIFKAN DIRI jadi yang terbaik. Insyaallah kita pun dapat yang baik-baik lebih baik dari sebelumnya. Jangan putus asa.ok!

– Miss Hati Remuk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit