Kesinambungan Please Be Strong Girls!
Assalamualaikum, hai semua. Sekali lagi aku wujud di ruang ini.
Dari post yang lepas, banyak yang tak puas hati kenapa aku tak terus terang dengan dia tentang perasaan aku. Walaupun aku ni manusia yang selalu cari gaduh dengan dia, tapi aku still ada perasaan malu sebagai perempuan. Bagi aku, dia lelaki sejujurnya dia yang patut cakap dan tak perlu paksa aku untuk mulakannya dulu. Dan sekarang aku tahu, ego aku tu dah makan diri aku pun. Sekarang ni keberanian merisik tu bukan pada lelaki lagi yea, perempuan mana yang lebih berani dia yang akan dapat. Kedua, aku tahu mak dia tak mengizikan dia kawen awal, mungkin untuk stabilkan kewangan dan kehidupan dulu. Itu juga menyebabkan aku tak berani untuk melafazkan takut keadaan jadi mendesak, menganggu emosi. Tapi sekarang keadaan betul-betul dah berubah.
Aku. Dalam keadaan ini, emosi aku kadang kala stabil. Kadangkala berhujan. Kawan aku lagi jadi tempat campak masalah. Kesian dia. Thanks yea kawan. Dalam keadaan ini, ada juga yang perasan perasaan aku. Akhirnya aku luahkan. Tak menahan sebak. Atas nasihat, mereka suruh aku nyatakan hasrat hati pada dia. Aku takut. Aku baca komen entry lepas. Jawapan yang sama aku dapat. Last aku ambil keputusan send mesej. Jawapan aku terima.
“Terima kasih la sebab berterus terang, susah sebenarnya nak buat keputusan ni. tpi aku jenis yg setia. Dan setakat nie ak rasa ak serasi dgn calon yang aku pilih. I appreciate ur honesty n sorry buat ko teringgung. Harap kita boleh kekal jadi kawan.” -Dia
Luka sebenarnya lagi parah, dari yang sebelumnya. Luluh. Pandai cari penyakitkan. Kali ni aku mohon lebih banyak motivasi. Tolong la beri aku lebih kekuatan dari sebelumnya. Akhir sekali aku terfikir, seorang pakar motivasi terulung. Aku selalu minta nasihatnya saat depress masa study dulu. Mohon dia membantu kali ini.
Disini aku kongsikan nasihat Dato Dr Mohd Fadhilah Kamsah, tentang jodoh.
Allah uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya utk menanggung ujian tersebut. Jangan kecewa atau patah semangat.
” Mereka menjawab, kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar, oleh itu janganlah engkau menjadi orang-orang yang berputus asa. Nabi Ibarahim berkata, Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmant Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat “- Al- Hijr, 55-56.
” (Lazimnya) perempuan jahat untuk lelaki yang jahat dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik “- An-Nur, 26. Biasanya jodoh kita adalah pasangan yang memang ngam dari banyak segi walaupun banyak pengeculian.
Masalah dalam bertemu jodoh terbaik dan masalah kehidupan mungkin berpunca daripada :
1. Hati yang kotor,
2. Sikap dan Fikiran yg negatif,
3. Amalan yg tak betul,
4. Gangguan paranormal termasuk sihir,
5. Jahil tentang agama dan tanggungjawab,
6. Masalah berpunca daripada kawan-kawan atau persekitaran,
7. Masalah berpunca daripada ibubapa
8. Pasangan tak sayang atau cuma anggap sebagai kawan
9. Semata mata ujian Allah kerana sayangNya kepada kita.
Prinsip hidup, jika ubah diri kita secara bersepadu, Allah akan ubah nasib dan keadaan kita dan ubah semua orang di sekitar kita. Juga, semakin rapat kita dgn Allah, maka Allah akan perbaiki hubungan kita dgn semua orang. Untuk kepastian mengenai jodoh yang terbaik dan kehidupan yg Allah redha, mulai hari ini cuba melihat diri sendiri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu n lakukan solat2 sunat qabliah & ba’diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardu. Cuba amalkan solat DHUHA, agar semua hajat dan niat tercapai. Aamiin.
2. Solat taubat & istighfar 70X sehari setiap hari. Pastikan lakukan taubat nasuha:
a) solat taubat & istighfar byk2,
b) rasa menyesal & azam takkan lakukan dosa yg sama,
c) jaga ibadah & lakukan kebaikan,
d) pulangkan hak org yg ada pada kita.
Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul, semua org sayang dan pintu jodoh segera akan terbuka. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dgn solat witir setiap malam. Hasil solat istikarah mungkin dalam bentuk mimpi , dapat sokongan atau bangkangan ibubapa, kawan-kawan beri info positif atau negetif, perhubungan semakin erat atau rengang, hati makin sayang atau makin hambar dan sebagainya.
Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sebagai pembalut kepada segala amalan kita seharian agar dapat di serahkan kepada Allah dengan sempurna.
3. Maafkan semua org setiap mlm sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul & semua org maafkan kita & mudah2an segera dpt jodoh yg terbaik.
4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 dan ayat Kursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa2 tersebut, makaorang bujang akan bertemu jodoh, segera sembuh emosi yg terluka, sihat daripada semua penyakit, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, terbuka semua pintu-pintu kehebatan, yakin diri, cepat bertindak, mudah buat keputusan, dan sebagainya.
5. Pagar diri dgn fatihah and surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin & sihir.
6. Lembutkan hati sendiri dan orang lain dengan al-fatihah, Surah al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat Kursi & hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yg dah dipakai sebelum dicuci. Untuk lembutkan hati sendiri, sedut dan telan air liur selepas membaca ayat2 di atas.
7. Layan semua org lebih baik drp biasa agar semua org akan melayan u dgn cara yg baik.
8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah, SURAH AL IKHLAS, senyum, beri salam & masuk dgn melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DA’ASIM yg duduk atas pintu drp masuk kepala & ganggu supaya manusia bergaduh, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, ibubapa kejam atau menzalimi anak2, mudah melakukan maksiat, bertangguh bertindak, bertangguh untuk taubat dan sebagainya
9. Setiap kali nak bercakap dgn org , bacalah 3 nama Allah: Ya ‘Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dpt mendengar cakap atau hujah u.
10. Jika terlalu sedih, MURUNG atau tertekan, bacalah doa yang Nabi saw ajar
” Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun. ALLAHUMMAKJURNI FI MUSIBATI WA AKHLIFLI KHAIRON MINH”
“Ya Allah, aku mohon kepastian dan petunjuk untuk bertemu jodoh yg terbaik yang dapat bantu aku mendapat kebahagianan didunia dan di akhirat. Kau bantulah selesaikan masalah ku ya Allah. Jika ia terbaik utk ku, permudahkan dan berkati hubungan ku dgn mana-mana lelaki yang terbaik ya Allah. Jadikanlah ibubapaku juga merestui hubungan ini , Ya Allah. Jika hubungan kami ini tak membawa kebaikan, Kau permudahkanlah untuk aku putuskan hubungan ku dgn lelaki terseby, ya Allah” berdoa secara terbuka untuk dapat jodoh yang terbaik.. Lakukan amalan2 tersebut selama 40 hari, sbb sesuatu tabiat baru terbentuk dlm masa 40 hari. Setelah beramal, istikharah dengan istiqamah dan bermesyuarat dgn keluarga, buatlah keputusan yg terbaik & di redhai Allah SWT.
-DMFK
Aku harap perkongsian ini dapat membantu kita sama-sama mencari jodoh dan pasangan yang baik buat kita. Dan aku ingin mengingatkan buat aku dan juga buat rakan-rakan diluar. Pegang pada ayat ini,
“boleh jadi kamu benci pada sesuatu sedangkan dia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya.” – Al-Baqarah, 216.
Moga sama-sama kita mencapai kejayaan dan mendapat jodoh yang baik, wassalam.
– Miss Hati Remuk
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit