Please Stop My SIL

Sekarang jam pukul 1.30 pagi dan saya tak boleh tidur kerana memikirkan apa yang terjadi pada petang tadi.

Untuk pengetahuan saya baru sahaja melawat kakak ipar dan abang ipar saya. Saya baru sahaja berkahwin tak sampai 5 bulan usia perkahwinan kami.

Suami saya hanya mempunyai seorang abang dan abangnya telah lama berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Saya agak rimas dengan kakak ipar saya (biras) kerana suka soal siasat dalam rumahtangga saya.

Dia juga suka burukkan suami saya mengatakan adakah suami saya lebih sayangkan kucing daripada saya kerana suami saya memang minat dengan kucing.

Menyatakan suami saya tak bawa saya pergi berjalan-jalan kerana suami saya seorang yang suka duduk di rumah,

Suka tanya suami saya buat apa di rumah, tanya ibu bapa saya ada datang ke rumah saya dan adakah suami saya suka mereka datang ke rumah.

Saya sangat sangat rimas dengan begitu banyak pertanyaan mengenai hal rumah tangga saya. Even ibu bapa saya pun tidak banyak bertanyakan soalan.

Saya jadi risau kerana banyak perkara perkara negatif daripada kakak ipar saya mengenai hal rumah tangga saya.

Kadang-kadang saya dah set mind bahawa saya boleh terima baik buruk suami saya tetapi bila ada suara-suara negatif saya jadi sedih.

Sepatutnya kakak ipar saya tidak boleh bandingkan hidup dia dengan hidup saya. Dia selalu bercuti di luar negara dan saya akui memang abang ipar saya tu baik orangnya.

Kakak ipar saya macam nak compare kebaikan suami dia dengan suami saya.

Saya tak kisah pun boleh pergi bercuti luar negara ataupun tidak. Hidup masing-masing sudah tentu cara hidup pun masing-masing dan kami baru sahaja memulakan hidup berumah tangga.

Bila dia asyik compare macam ni saya penat sangat.

Saya mula cari keburukan dia untuk bagi jiwa saya tenang balik contohnya kakak ipar saya kahwin dengan abang ipar saya tanpa restu ibu bapa mertua saya dan ibu bapa mertua telahpun meninggal dunia.

Saya dengar walaupun sebelum ni kakak ipar saya telah berbaik dengan arwah ibu bapa mertua saya tapi arwah ibu bapa mertua sebenarnya masih xterima dia dalam keluarga.

Dia cemburu dengan pekerja suaminya contohnya apabila mengetahui pekerja suaminya membeli barang barang mahal, dia akan persoalkan berapakah gaji yang diberikan oleh suaminya kepada pekerja tersebut.

Dia tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya.

Perangai dia membuatkan ramai orang yang tidak senang dengannya.

Suami saya juga kurang suka dengannya dan memang jarang suami saya pergi ke rumah abangnya itu.

Sudah pasti dia juga ada kelebihan yang mana dia agak pemurahlah selalu bagi hadiah pada kawan kawan dan juga pada saya pernah beri hadiah mahal.

Dan sikap dia yang suka hiburkan suasana (extrovert) manakala saya pula jenis introvert.

Kesimpulannya, saya perlu hindarkan diri daripadanya kerana banyak aura negatif sahaja yang saya dapat. Saya akan kurangkan pergi melawat kakak ipar dan abang ipar saya.

Dia juga ada menyatakan nak pergi tidur di rumah saya, memang saya akan cuba elakkan la walaupun terpaksa menipu dan beri alasan-alasan.

Aura-aura negatif tersebut menyebabkan saya mula compare suami saya. Sedangkan suami saya seorang yang baik dan suami saya juga ada kelemahan dia.

Saya juga ada kelemahan saya sendiri. Bukan kah lebih elok jika dia doakan yang baik baik dan bagi semangat yang positif kepada saya yang baru sahaja berkahwin ni?

Bukannya asyik bagi saya down memanjang. Saya harap kakak ipar saya please stop soal siasat rumah tangga saya sedangkan saya pun tidak pernah bertanyakan apa-apa mengenai rumah tangga dia.

Kau dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku. Stop comparing ur life with mine. Yes i know ur husband is perfect, dahtu kau nak suami aku jadi 100% macam suami kau ke?

Aku baru kahwin kot banyak nak tempuh alam rumah tangga ni apa kata kau duduk diam2 dan doakan yang baik2.

-Tamat-

– Lala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *