Assalamualaikum semua. Terima kasih pada admin kerana menyiarkan luahan hati saya ni sekiranya terpilih.
Saya terpanggil untuk buat confession ni selepas baca pengakuan seorang PLHIV baru-baru ini, (https://iiumc.com/kisah-seorang-plhiv/).
Banyak kali saya fikir untuk taip pengakuan ini. Tapi ini adalah pengalaman peribadi saya.Dan saya harap confessor tersebut membaca artikel saya ini.
PLHIV itu bukan saya. Tapi ex saya. Dan terus terang saya masih lagi menyayangi diri dia. Dan terus terang saya masih lagi belum menerima kenyataan terputusnya hubungan kami.
Alasan dia mahu putuskan hubungan kami, biar kami sahaja yang tahu walaupun menyakitkan.
Mesti ada yang kata saya ni gila sebab terima seorang PLHIV untuk menjadi pasangan hidup.
Itulah stigma. Kalau anda mempunyai ilmu yang cukup dan informasi yang tepat mengenai mereka, pasti anda tidak akan memandang serong pada mereka.
Berbalik kepada topik, saya berkenalan dengan ex saya dengan lebih rapat melalui laman sosial. Sebelum ini hanyalah kenalan satu sekolah sahaja.
Dipendekkan cerita, dia meluahkan hasrat untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan saya. Dan saya menerima dengan hati yang terbuka sebagai salah satu usaha saya untuk mendapatkan jodoh. Almaklum la.. Umur dah menghampiri 4series.
Pada awal perkenalan, dia berterus terang dengan apa yang dia hidapi dan saya terima dengan hati yang terbuka mungkin salah satu faktornya adalah saya bekerja dalam bidang perubatan dan ilmu yang cukup (bagi saya) mengenai HIV/AIDS ini.
Everything goes well sampailah hari nikah semakin hampir. Beberapa bulan sebelum tarikh nikah saya perasan perubahan pada dia.
Oh ya, disebabkan trauma punca dia mendapat HIV inilah dia develop depression dan bipolar disorder. Semakin dekat tarikh, semakin kerap kami bergaduh.
Dan punca gaduh tu kadang-kadang benda kecik saja pun. Sehingga lah tahap saya ambil pendekatan beri dia ruang untuk bertenang. Selepas seminggu, dia mesej saya. Dia nak putuskan hubungan kami.
Saya tanya kenapa nak putus sedangkan kita okay sebelum ini. Pada mulanya dia mengelak untuk menjawab soalan saya. Sehinggalah pada satu malam, pukul 3 pagi. Dia mesej saya.
“Maafkan saya kerana buat awak merana macam ni. But this is the best for us. Saya takkan awak merana sebab penyakit saya.
Saya takkan satu hari nanti saya sakiti awak tanpa sengaja atas penyakit mental saya ni. Saya tak nak awak hidup awak terjejas disebabkan saya. Apa kata keluarga awak nanti bila tahu penyakit saya?
Apa nasib anak-anak kita nanti kalau orang tahu bapa dia ada HIV? Apa pula pandangan masyarakat sekeliling bila tahu awak berkahwin dengan orang macam saya ni…..”
Terus terang, saya tak dapat tampung lagi air mata masa tu. Selama ini itu yang tersimpan dalam benak dia sedangkan saya tidak pernah menghukum diri dia dan masa silam dia.
After a few days i text him. To ask him what made him to do such decision. Dia terfikir benda ni selepas kami hantar borang nikah dan sesi kaunseling.
Dan selepas beberapa hari tersebut dia attend appointment kat salah satu hospital kerajaan untuk penyakit kulit dia.
Dan layanan yang dia terima amat memalukan bagi saya yang juga seorang penjawat awam dan pegawai tersebut tak sepatutnya berikan layan sebegiti disebabkan dia ada HIV.
Selepas insiden tersebut, dia berfikir panjang dan ambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kami walaupun hari pernikahan kami dah dekat.
Tipu la saya tak jadi macam orang gila disebabkan keputusan dia tu. Dan saya masih lagi tak dapat nak move on.
Point saya untuk confessor tersebut, pertama; berterus terang dahulu pada pasangan awak. Dia terima atau tidak, itu pilihan dia.
Kalau dia cukup ilmu dan berpengetahuan luas dengan apa yang awak hidapi, inshaAllah dia akan terima awak seadanya.
Macam saya, saya terima dia selepas saya buat solat istikharah dan saya terimadia kerana allah.
Disebabkan perkenalan lebih rapat dengan dia, saya lebih berazam untuk jadi seorang muslimah yang lebih baik dari segi penampilan dan amalan yang nak dibekalkan ke alam sana nanti.
Dan sebab itu jugalah saya susah nak move on. Dia bukan seperti lelaki yang saya kenali sebelum dia.
Point saya yang kedua; cari group support yang boleh membimbing awak untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik.
Selama mana kita bergantung pada Allah, selagi itulah kita akan dapat jumpa jalan penyelesaiannya. Segala yang berlaku atas diri kita pasti ada hikmahnya.
Dari group support juga sedikit sebanyak dapat bantu awak untuk kurangkan depression dan tekanan stigma masyarakat. Bergaul dengan orang yang baik-baik, inshaAllah yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup kita.
Kepada masyarakat diluar sana, carilah ilmu dan cakna tentang PLHIV ni dan mereka yang mengalami masalah ganguan mental ni. They need your support to raise from ashes.
Kisah silam mereka dan apa yang mereka dah lakukan, bukan hak kita untuk menghukum dan menilai mereka. Itu adalah ujian mereka.
Dan tanpa kita sedari itu jugalah ujian untuk kita sama ada kita ini seorang yang baik untuk menjaga aib orang dan apa tindakan kita pada mereka bila tahu aib mereka.
Saya agak triggered bila ada komen yang seolah-olah PLHIV ini tiada hak untuk bahagia.
Sekiranya bacaan CD4 mereka rendah <20 (kalau tak silap, kalau silap betulkan), kebarangkalian untuk menjangkiti pasangan adalah rendah.
Sebab tu penting sokongan dari orang sekeliling untuk bantu mereka menjalani kehidupan yang normal.
Bukan semua dapat STD ni disebabkan gaya hidup tak sihat atau melanggar norma tabii seorang manusia (LGBTQ), macam kes ex saya ni dia dirogol masa dia di sekolah asrama.
Dan dia bukanlah seorang yang tidak berpelajaran dan kerjaya dia bukanlah calang-calang. Cuma kisah hitam hidupnya yang menghantui diri dia.
To NM, if you reading this i just want you to know i always pray for your wellbeing and i wish for second chance to love you more.
Saya terima awak kerana Allah dan saya percaya apa yang terjadi pada kita adalah ujian untuk kita kecapi kemanisan yang lebih indah. baik di dunia mahupun akhirat.
Terima kasih kerana memberi sinar dalam hidup saya dan terima kasih kerana sentiasa berkongsi ilmu untuk say menjadi seorang wanita yang lebih baik.
Semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan awak didunia dan akhirat.
Okay lah. Panjang sangat dah ni. Sekian.
– Mawar Khayalan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit