Plot Twist

Assalamualaikum semua… tujuan saya post cerita ini sekadar ingin meluah dan mungkin pembaca2 dapat memberi nasihat atau pandangan buat saya in shaa Allah.

Saya seorang perempuan, berumur 24 tahun keatas dan alhamdulillah sudah bekerja. Saya masih bujang dan tiada hubungan istimewa dengan sesiapa malahan tidak pernah menjalinkan pun.

Saya pun tak pastilah mungkin saya bukan taste kebanyakan lelaki kut, huhu sebab saya agak kontra dengan standard kecantikan wanita Malaysia. Jadi, saya tak pernah experience mana2 lelaki confess suka dengan saya.

Saya pun bukan jenis yang mencari apatah lagi nak confess. Kalau saya suka seseorang pun saya diam je sebab saya dapat rasa kebarangkalian untuk di reject tu tinggi hahaha.

Baru-baru ni saya agak terkejut bila mak saya hantar text kata, ayah saya nak jodohkan saya dengan anak kawan dia. Memang terkejut, i’m like wowww… hahaha.

Tu kejutan pertama. Kejutan kedua adalah bolehnya dalam banyak-banyak lelaki dalam Malaysia ni kenapa mesti senior saya masa kat universiti? Satu course pulak tu.

Saya tak tahulah Allah nak uji ke apa tapi dia adalah senior yang paling saya menyampah, tak suka, meluat semuanya lah sebab dia macam (ni pendapat saya) bajet hensem sebab dia terkenal pastu jenis pilih bulu kalau nak berkawan.

Dia macam berkawan dengan yang cantik-cantik, femes-femes, yang ada pengaruh je. Buktinya, kami pernah bekerjasama untuk satu event/ persembahan, dia langsung tak pandang saya.

Saya rasa pandangan dia terhadap saya macam jijik sangat saya ni. Dia jeling2 je. Saya tak minta disembah pun huhu tapi at least tegur biasa sebagai kenalan senior-junior pun ok kan?

Saya cuba lah juga bersangka baik kan tapi memang berulang kali dia buat benda yang sama. Tu yang buat saya menyampah erghh.

Kawan-kawan saya semua tahu saya memang anti dengan dia antara batch dia tu. Tapi tulah kan sekali Allah bagi plot twist begini, terduduk saya.

Saya ada cerita dengan beberapa bff saya, mereka pun speechless sebab mereka tak boleh bayangkan kombinasi saya dengan dia. Tak pernah terjangkau dek akal. Memang mustahil.

Saya dah explain semua dekat ibu saya, saya nak tolak sebab saya kenal dia ni macam mana dekat universiti dulu. Takde masalah pun dia nak cari calon isteri. Petik jari mesti dapat punya.

Tapi yang peliknya, mak saya kata dia yang suruh parents dia carikan *dumbfounded*

Lepas tu ex-ex dia pun semua yang lawa-lawa, putih, kurus, muka melayu, karakter gadis melayu terakhir. Saya tersangatlah kontra dari ciri-ciri ini ye. Pastu karakter kami pun macam tak ngam. Bagai minyak dengan air. Jadi saya yakin dia tolak saya.

Tapi mak saya kata tengok lah dulu, sebab ayah saya macam berkenan sangat dengan dia (mungkin ayah saya tengok rupa dia kut) plus konon dia baik. Aduyaii memang lah dia nampak baik sebab depan orang tua haishh -_-

Saya minta maaf lah kalau saya nampak jahat tapi saya memang annoying dengan dia… saya tak suka orang yang tak sudi berkawan dengan saya. Faham tak perasaan tu? sobs..

Mak saya kata tunggu respond dia whether dia terima saya atau pun tak.

Saya haraplah dia tolak. Dah 2-3 hari ni takde respond so memang dia tolak la tu kut. Hmm tapi kawan saya kata kalau lah ada plot twist, dia terima… apa saya kena buat?

Warghh… apa saya kena buat? Saya buntu :(

Tapi possible ke lelaki nak terima calon isteri yang berlawanan dengan ciri-ciri yang biasa dia suka?

Dan kenapa ye pendapat anak perempuan tak diterima pakai dalam hal2 sebegini ye? :(

Sekian, saya minta maaf kalau ada kata-kata yang menyinggung perasaan. Terima kasih sudi baca.

– Kamelia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *