PM Please!

Assalamualaikum semua. Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada admin andainya luahan saya ini disiarkan. Saya seorang lepasan universiti yang baru mula berkecimpung dalam online business. Saya masih baru dan mentah lagi, maka saya bermula sebagai dropshipper untuk permulaan bagi mendapat pengalaman sebelum saya berani membeli stok saya sendiri.

Saya cuba perhati bagaimana cara online sellers yang lain mempromosikan produk-produk mereka menggunakan platform social media. Saya kagum dengan kreativiti mereka untuk menarik perhatian dan minat potential customers untuk mengambil tahu dan seterusnya membeli produk mereka. Apa yang dapat saya simpulkan, mereka build up follower base terlebih dahulu, dan kemudian mendapat leverage daripada situ.

Sepanjang saya di universiti, saya telah berkenalan dan berkawan dengan campus-mates, maka followers dan friend lists saya adalah tergolong daripada orang-orang yang sama seperti saya, iaitu lepasan pelajar yang baru mahu mulakan hidup. Oleh kerana saya faham purchasing power golongan kami ini masih belum kukuh, saya mengambil keputusan untuk menjual produk hobby-based dan mencari kawan-kawan baru yang mempunyai minat yang sama melalui social media. Alhamdulillah, kenalan saya juga makin bertambah, dan saya berjaya closed deal sales pertama saya dalam tempoh dua hari mula mempromosikan produk.

Cara saya mempromosikan produk adalah straighforward. Sebagai seorang online shopper yang tegar, saya sendiri suka apabila seller menerangkan details terperinci di posts mereka. Saya juga lebih suka telus paparkan harga dan spesifikasi produk terus supaya customers senang tak perlu minta saya PM maklumat tersebut (tetapi masih juga ada yang comment “PM please” dan saya akan copy paste benda yang sama, kemudian mereka senyap).

Apabila saya perhati online sellers yang tidak memaparkan harga, ramai yang minta PM di ruangan comment, tetapi tak kurang ada juga segelintir customers yang marah kerana sellers tidak memberi harga di situ. Saya faham antara sebabnya sellers tidak menyatakan harga adalah kerana mereka memberi tawaran harga yang lebih hebat daripada sellers lain dan tidak mahu sellers lain tahu harga tersebut, dan juga untuk menarik interaction daripada customers apabila mereka suruh PM. Saya jadi keliru sebenarnya sama ada nak bagi harga siap-siap atau tunggu customers minta PM.

Wahai pembaca yang budiman, terutamanya otai-otai online business sebegini, ada tak tips dan nasihat untuk kami-kami yang baru mula belajar dalam online business ini, dari segi menambah followers secara organik dan juga menarik minat dan perhatian pelanggan? Apa-apa nasihat dan teguran pun saya terima dengan hati terbuka, InsyaaAllah. Terima kasih semua kerana sudi membaca dan berkongsi pendapat.

– Callalily

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *