Assalamualaikum dan hai semua. Kalau confession nie tersiar terima kasih admin, kalau belum tersiar terima kasih juga sediakan platform sebegini, nampak remeh tapi amat bermakna untuk sesetengah orang.
Saya pembaca setia di iiumc dan tidak menyangka saya sendiri akan menulis di sini. Saya tidak pandai mengarang, jadi tulisan ini bercampur aduk.
Perkenalkan saya sebagai T dan berumur lewat 20-an. Pada awal tahun 2020 saya telah berhenti kerja dengan harapan untuk memulakan kerja yang lebih baik dari sebelumnya.
Silap atau hikmah selepas saya berhenti kerja negara dilanda pandemic covid. Dari situ sampai sekarang saya masih mengganggur. Saya telah isi banyak jawatan kosong sama ada di negeri kelahiran mahu pun di ibu kota.
Baik website mahupun pos tapi semua nya tiada satu pun yang melekat. Telegram, website pencari kerja, page di facebook, apps semua nya ada di telefon saya. Saya mempunyai ijazah tetapi saya tahu ia bukan sebab untuk saya memilih kerja.
Saya paling terkesan apabila orang kata saya memilih kerja sebab ada degree, padahal tidak!
Saya pernah kerja kedai makan, kerani, pusat jagaan, kilang dan pasaraya. Yang penting bagi saya biarlah halal dan saya mempunyai pendapatan untuk terus hidup.
Tambah-tambah lagi saya hanya menumpang kasih sedara. Ayah dan ibu saya telah meninggal waktu saya sekolah menengah dan dari situ saya tinggal bersama mereka,
Mesti ada yang tertanya adik – beradik mana? Saya hanya ada 3 beradik dan saya anak paling last. Bagi saya diaorang ‘sibuk’ sampai terlupa pada saya adik diaorang.
Itu tanggapan saya pada masa dulu dan sampai sekarang saya masih berusaha untuk buang perasaan itu. Sebetulnya saya memang tidak rapat dengan adik beradik.
Berbalik pada saya, sejak akhir ini saya mengalami perasaan yang bercelaru saya betul-betul down sehingga menganggu tidur.
Hampir dua bulan saya tidak boleh tidur pada waktu malam, macam-macam usaha saya lakukan untuk bagi mata tertutup akhirnya sampai ke subuh mata saya terus segar.
Duit simpanan saya makin menyusut dan saya masih lagi menjadi penganggur.
Kadang- kadang timbul rasa iri hati tengok kawan-kawan yang ada kerja, makan sedap dan bersama keluarga menikmati hidup. Ujian kerja ini sedikit saja jika nak dibandingkan yang dulu-dulu, tapi saya tak kuat.
Semasa menulis luahan ini saya baru menangis memikirkan nasib diri. Saya rasa saya cukup kuat untuk bertahan walaupun saya tiada siapa-siapa, tapi hakikatnya saya lemah. Kadang-kadang saya sedih sampai saya rasa sukar untuk bernafas.
Saya sentiasa berdoa jangan biar saya lalai dan menjadi wanita yang kuat dalam apa jua perkara.
Sejujurnya hidup saya dah lama kosong setelah arwah ibubapa saya tiada. Walaupun saya mempunyai tempat mengadu sama sekali tidak mampu untuk mengisi rasa yang hilang tu.
Walaubagaimanapun saya sentiasa ingat kan diri supaya bersyukur, saya masih boleh makan, saya masih ada bumbung untuk berteduh dan saya masih sihat.
Saya telah lama hilang doa seorang ibu mahupun ayah, saya pohon doa dari pembaca mungkin dalam kalangan ini ada yang doanya makbul.
Tolong doakan saya dapat pekerjaan yang baik, jodoh yang baik dan saya sentiasa berlapang dada dalam apa jua perkara.
Saya juga berharap tahun 2021 adalah tahun yang saya banyak tersenyum dari menangis. Terima kasih sudi membaca.
– T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit