Pointer Atau Pengalaman?

Assalamualaikum buat semua pembaca iium confession. Dengan rendah hati saya ingin berkongsi sedikit pendapat sebagai majikan kepada fresh graduates atau para student university sebagai panduan untuk masa depan kelak.

Saya merupakan seorang pemilik syarikat. Sebelum ini saya pernah bekerja di salah sebuah badan kerajaan dan beberapa buah syarikat swasta sebelum saya memutuskan untuk menubuhkan sebuah syarikat saya sendiri. Sepanjang zaman pekerjaan saya, saya sering terjumpa dengan satu kepercayaan ‘ belajar tinggi-tinggi, senang dapat kerja’. Percayalah, sebenarnya bukan itu point yang majikan cari. Majikan lebih mementingkan pengalaman bekerja sebenarnya.

Ramai juga kawan-kawan saya yang lepas degree dahulu terus sambung masters, phD. But after graduates, they can’t find a single job. Why? Because they are competing with other candidates yang dah ada at least 1 year experience. More over, sekarang ada lambakan pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja, kena VSS dan sebagainya. How are you going to compete with them?

Some of you might say
” macam mana nak ada experience? Setiap kali nak apply kerja pun majikan kata awak tak ada pengalaman. Dah tu celah mana nak start ada pengalaman kerja?”
Yes, i understand. It’s not easy, but it’s not impossible. Cuba cari kerja di luar kotak selesa anda. Don’t be too selective. Ada kerja yang tidak perlukan specific qualification untuk mereka terima bekerja, contohnya sales.

” Saya belajar bidang sains social, takkan saya nak kerja bidang sales pula?”
Kenapa tak boleh? Apa yang penting adalah pengalaman. Pengalaman kamu berkerja dengan orang. Soft skills tu yang penting. Pengalaman saya interview ramai calon meminta kerja di syarikat saya, rata-rata yang ada kelayakan akademik tinggi (diploma ke atas), hampir kesemuanya demand gaji yang tinggi. Akan tetapi, apabila ditanya mengenai general knowledge, basic computers, even basic manners dengan customers pun tak tahu.

Don’t get me wrong. Saya bukan condemn anak muda kita belajar tinggi-tinggi, cuma pada masa kini seakan-akan ada satu trend ‘habis belajar, sambung belajar’. Sehingga terlupa bahawa ada faktor lain yang mempengaruhi dalam pemilihan seseorang pekerja di sesebuah institusi itu. Mungkin para pelajar boleh selitkan sedikit unsur cari pengalaman kerja in between. Part time pun boleh. Hujung minggu, bungkus kerepek kecil-kecil, jual di Universiti. Atau jika ada kemahiran baiki komputer, buat part time di Cyber Cafe di Kolej-kolej atau Kedai Komputer di Universiti. Buatlah sedaya mampu.

Dunia kini semakin mencabar. Semakin banyak company GLC yang buang pekerja. Peluang pekerjaan semakin meruncing, dan penganggur semakin ramai. Berdaya sainglah wahai anak bangsaku. Maaf andai tersilap kata.

– Pemilik Syarikat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit