Assalammualaikum wbt, terima kasih iium sekiranya confession ini dipilih untuk dikongsikan.
Rasanya akhir akhir ni ramai yang kongsi kisah diri sendiri di mana ada yang dapat pointer rendah tetapi gaji tinggi, dan ada juga yang confess bahawasanya pointer hanyalah sekadar nombor. Jadi oleh yang demikian, aku memilih untuk kongsikan bahawasanya pointer bukan sekadar nombor.
Aku rasa cukup cukup lah tu menegakkan bahawasanya pointer itu hanya satu nombor. Aku bukan apa, mungkin dalam page ni yang membaca nya ada dikalangan para pelajar. Aku risau lama lama mereka baca kisah macam tu membuatkan mereka benar benar yakin bahawa pointer hanya sekadar nombor. Lebih lebih lagi pada yang pointer nya hanya cukup cukup makan. Why not kita galakkan mereka belajar dan usaha lebih gigih supaya dapat pointer yang lebih baik.
Pada aku, pointer rendah tapi gaji tinggi itu adapah rezeki masing masing. Tapi jangan lupa ramai juga yang pointer tinggi dan gaji juga tinggi. Bukan kah itu lebih baik?
Okay aku ada dua je point utama kenapa aku cakap pointer bukan sekadar nombor. Point2 lain boleh tambah sendiri.. Antara sebab utama adalah:
1. Pointer tinggi boleh kurangkan beban
Ini merujuk kepada semua pelajar yang majority nya adalah peminjam wang untuk belajar. Tak kira lah pinjam dari ptptn, mara atau mana mana pihak. Rasanya, semua pelajar sedia maklum, jika anda grad dengan kelas pertama, ptptn bagi anda pelepasan untuk tidak membayar satu sen pun pinjaman. Betul? Mara juga memberi diskaun bergantung pada pointer yang pelajar dapat. Betul? Jadi, bagi aku.. kenapa masih ada yang cakap pointer hanya sekadar nombor? Sedangkan pointer yang baik memberi kau peluang untuk tidak membayar/diskaun pinjaman pelajaran. Kalau pointer rendah, alamatnya bersedialah untuk lunaskan segala hutang. Peluang macam ni yang pelajar kena rebut…nampak macam remeh tapi bila kau berpeluang untuk tidak membayar hutang, atleast satu bebanan dah berkurang.
2. Peluang untuk menyambung pelajaran
Ini merujuk pada sesiapa yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan phd. Kenapa aku cakap ianya peluang? Sebab kebanyakan atau mungkin semua ipta meletakkan syarat am iaitu pointer degree hendaklah tidak kurang daripada 3.0, Itu syarat wajib, jadi kalau syarat yang ni pun tak lepas macam mana peluang tu nak datang kan? Yelah, mungkin tak semua nak sambung sampai phd tapi siapa tahu lima,sepuluh tahun akan datang kau terpaksa ambil master ke ape ke. Jadi, masa tu nampak tak yang kau sebenarnya dah tutup peluang diri sendiri?
Bagi aku ini antara dua point penting kenapa aku rasa pointer itu sangat penting. Aku tak mengkeji yang pointer rendah cuma aku taknak pelajar set dalam minda “oh takpe dapat pointer rendah”. Kita ni mak bapak hantar belajar jauh jauh, kalau boleh cuba lah usaha sehabis baik. Bukan untuk siapa, untuk diri sendiri jugak kan? Kau dapat pointer tinggi, dapat diskaun bayar balik pinjaman. Kau taknak ke? Bagi aku itu perkara syukur rahmat dah kalau dapat. Bukan senang ptptn/mara/etc nak bagi free free je pinjaman taw. Kau kena lah usaha lebih.
Mungkin ada yang rasa “alaa ambil kos senang, senang lah nak dapat pointer tinggi”. Hmm adik adik sekalian, meh sini kita merenung sekejap, kenapa kat dunia ni kita diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan yang berbeza? Meh juga fikir kenapa terlampau banyak sangat kos yang berbeza ditawarkan di ipta?. Ok dik, pernah dengar theory multiple intelligences by howard gardner tak ? Dalam teori tu cakap setiap manusia ada kelebihan masing2, itu juga sebab kenapa kita diciptakan sebegitu.
Contoh: Kau amik kursus A, kawan kau ambik kursus B, tapi kawan kau ni selalu dapat pointer tinggi. Oleh sebab itu, kau merasakan kos dia senang dan kos kau susah. Tapi sebenarnya kau lupa, kekuatan kau adalah pada kos yang kau ambil, kekuatan dia pada yang kos dia ambil. Jadi, kalau kau cuba beralih dari kos A ke kos B yang kau cakap senang tu, aku tak rasa kau boleh score pointer tinggi. Sebab? Macam aku cakap, kekuatan kau hanya pada sesetengah kos sahaja. Bukan semua kau hebat. Apa kos yang kau dapat itulah sebenarnya yang terbaik.
Aku bagi contoh sebab kadang2 ada sesetengah pelajar suka meng agungkan kos yang dia ambil dan rasa kos dia paling susah di dunia dan kos orang lain senang lenang. Itu sebab, bila orang kos lain dapat pointer tinggi, dia mula lah keluar ayat yang “kos kau senang boleh lah”. Haih dik, kalau dah alasan tu alasan jugak ye. Kalau kau rasa kos kau susan, jadi kau kena usaha lipat kali ganda, dan kau sebenarnya tak tahu pun macam mana orang kos lain struggle nak dapatkan result yang baik. Kau tu je yang serinv cipta alasan padehal pemalas. Haha.
Jangan jadikan ia sebagai alasan. Kau belajar kos kau elok elok, jangan ponteng kelas, jangan merungut bila dapat assigments, jangan datang lambat ke kelas walaupun pensyarah kau tak pernah bising, itu semua amanah yang diberikan pada kau sebagai seorang pelajar. Kadang kadang perkara kecil sebegini orang ambil endah tak endah. Kalau kau hormat pensyarah kau, insyaAllah ilmu senang masuk. Dan sudah tentu kau juga kena tingkatkan usaha sekiranya kau ni lemah dalam sesuatu subjek.
Jadi, bagi adik adik yang masih belajar.. belum terlambat untuk kejar balik pointer masing2, letakkan target pada setiap semester supaya ada perubahan yang positive. Kejar pointer kejar juga, solat dan doa jangan tinggal. Mintalah pada Dia supaya dipermudahkan urusan, supaya ilmu mudah diserap. InsyaAllah.
Saya doakan yang mana masih struggle dalam pelajar, keep fighting, jangan sesekali mengalah, cuba usaha sehabis baik supaya dapat result yang cemerlang, tetapi andai kata pointer yang baik bukan rezeki kau, percayalah ada rezeki lain menanti kau lepas ni. Janji usaha lebih okay?
Sis Yani-
– Sis Yani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit