Polemik Poligami

Assalamualaikum semua. Saya sekadar nak berkongsi pandangan dan perspektif tentang praktis poligami.

Memang dulu, kini dan selamanya poligami akan sentiasa ada stigma di mata masyarakat secara amnya.

Wanita secara naturalnya takkan suka berkongsi suami dan seboleh boleh akan mengelakkan diri dari terlibat dengan poligami.

Tapi kehidupan ini adalah satu ujian dan ujian setiap hamba adalah berbeza beza. Salah satu ujian adalah poligami.

Ada wanita yang sanggup bercerai bila suami berpoligami tapi akhirnya menjadi isteri kedua bila sudah menjadi janda.

Ada wanita yang menjadi isteri kedua menyangka suami akan melebihkan dia kerana menyangka suami sudah tawar hati pada yang pertama,

Tapi akhirnya terseksa kerana suami tetap mengutamakan isteri dan keluarga pertama dek kerana rasa bersalah kerana bernikah secara senyap.

Adalah tidak adil jika kita pukul rata semua praktis poligami itu pincang dan penuh kezaliman dan pengabaian pada mana2 isteri.

Kita lihat contoh Ada lelaki yang berpoligami secara baik.

Mampu dari segi nafkah dan tanggunggjawab dan menyantuni isteri pertama dengan baik sebelum berpoligami dan tidak mengabaikan mana2 isteri dari segi tanggungjawab dan kasih sayang selepas dia berpoligami.

Dia lelaki yang Allah pilih untuk diuji. Kalau dia lelaki yang baik, dan langkah2 dia berpoligami itu baik, insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan dia.

Ada lelaki yang berpoligami secara membuta tuli. Sudahlah tidak mampu dari segi nafkah waima semasa satu isteri pun, bernikah di sempadan thailand,

Membelakangkan isteri sedia, membelakangkan keluarga isteri yang dinikahi. Bila diketahui, mulalah porak peranda. Samada akan mengabai yang sedia ada atau yang baru dinikahi.

Sudahnya, rumahtangga menjadi tunggang langgang hingga berlaku penceraian, pengabaian dan kezaliman.

Bila berlaku perkara jelek begini sememangnya masyarakat akan mengecam dan terus menghukum poligami secara am dek kerana sikap segelintir lelaki yang semberono dan mengikut nafsu semata2.

Mungkin ada yang akan berkata kenapa keluarga poligami yang baik tidak dipuji2 dan dipandang tinggi masyarakat? Memanglah. Lumrah dlm kehidupan benda baik tidak diheboh sehebat benda buruk. Apa2 perkara sekalipun.

Bila bercakap tentang poligami, cuma ada 2 jenis wanita.

Wanita yang sungguh2 tak mampu untuk terima poligami dan memang memilih menjauhi poligami walau apa jua sekalipun tetapi tidaklah menghina orang lain dan mencaci maki orang yang melakukannya dan memandang serong.

Kedua, wanita yang tak mampu terima dan cukup membenci poligami dan mencela poligami sekeras2nya. Malah sangat2 membenci pada wanita2 yang sanggup berkahwin dengan suami orang.

Samada kita adalah kategori pertama ataupun yang kedua, kita perlu ingat. Allah yang membolak balikkan hati. Hari ini kita masih bersuami. Masa depan tak siapa tahu.

Kalau esok lusa suami pergi mengadap ilahi, anda pula yang menjadi balu/ibu tunggal. Mungkin saja kalau kemudian anda pula yang diuji menjadi isteri kedua, ketiga keempat.

Pada saya, eloklah kalau kita bersikap neutral pada poligami. Memang sukar menjaga lisan bila melihat kes2 yang jelek lagi meloyakan bila berlaku penganiayaan dan kezaliman melibatkan poligami.

Itu juga menjadi satu ujian buat kita untuk memahamkan bahawa poligami itu boleh jadi baik dan boleh jadi buruk bergantung pada siapa pelakunya bukan kepada hukum Allah itu sendiri.

Jangan dipukul rata semua pelakunya sama. Ada yang baik dan berjaya. Ada yang pincang dan gagal. Ada yang pincang tapi kemudiannya berjaya membetulkan kesilapan dan berjaya membentuk keluarga poligami yang baik.

Apa2pun, semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kita sendiri. Wallahualam Bissawab.

– Pemerhati Bebas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *