Poligami

Assalamualaikum…Terima kasih kerana menyiarkan confession saya…Tujuan saya confess bukanlah bertujuan untuk membuka aib keluarga saya sendiri…Lebih-lebih lagi orang yang telah banyak berjasa dengan saya…Saya hanya mahu minta pendapat & nasihat daripada anda semua sahaja..

Keluarga saya bukanlah keluarga yang berada…Kami hidup biasa-biasa saja…Sebelum pindah ke Shah Alam,kami menetap di Cheras…Masa tu rumah kami rumah teres biasa…tapi disebabkan adik beradik kami ramai,maka kami terpaksa berkongsi bilik,1 bilik 3 orang…Bila keluarga dah semakin membesar & kami semakin meningkat remaja,ibu bapa kami membuat keputusan untuk membeli tanah lot di salah satu tempat di Shah Alam dan bina rumah baru kami di sana…Alhamdulillah rumah kali ini lebih besar & luas…

Kehidupan selepas berpindah rumah berjalan seperti biasa…Saya pun jarang berada di rumah tersebut dari awal pembikinan sehingga siap sepenuhnya…Kerana saya bersekolah di asrama di luar kawasan Selangor…

Sehinggalah suatu hari,selepas 6 tahun kami menetap di rumah baru…Mummy & daddy saya bertengkar di ruang tamu…Rupa-rupanya daddy telah pun berkahwin lagi 1 hampir 5 tahun dulu & telah mempunyai anak 1…Saya benar-benar terkejut bila mummy memecahkan tembelang yang telah lama mummy saya simpan kerana sudah tidak tahan dengan sikap daddy yang asyik melebihkan isteri barunya…Kini baru saya tahu kadang-kadang daddy tak balik rumah lepas habis waktu kerja…Bila saya tanya mummy,mummy cuma jawab daddy buat overtime sampai pagi…Tapi sebenarnya daddy pulang ke rumah isteri kedua & mummy simpan rahsia tersebut supaya kami tidak tahu akan hal ini…Allah,sungguh perit apa yang mummy lalui…

Mereka pernah bertengkar sehingga pernah bercerai talak 1 kerana daddy sangat-sangat melebihkan isteri keduanya…Mungkin masa tu fikiran mummy tengah bercelaru,dia menghalang daddy untuk pergi berjumpa dengan isteri keduanya…Daddy pula berkeras mahu pergi sehingga sanggup melafazkan talak terhadap mummy…Memang kehidupan kami sekeluarga kucar kacir disebabkan orang ketiga itu…Kini barulah saya faham,kenapa daddy bersetuju untuk berpindah ke Shah Alam…Sebab perempuan tu juga tinggal di Shah Alam…Hanya setengah jam saja dari rumah kami…

Sikap daddy memang totally berubah 300%…Dia sangat berlembut bila berada di rumah isteri keduanya…Tapi bila balik di rumah kami,dia jadi seorang panas baran…Bila bercakap dengan mummy asyik nak menengking…Macam mana saya tahu daddy boleh berlembut dengan isteri baru? Sebab adik kepada perempuan bekerja satu tempat dengan saya…Dan dia menceritakan semua sikap daddy apabila berada di rumahnya…Isterinya hari-hari tak masak,tak gosok baju kerja daddy tak pernah marah…Itu ke ciri-ciri isteri muda yang daddy banggakan??? Sedangkan mummy memang lengkap sebagai seorang surirumah sepenuhnya yang menguruskan rumahtangga & anak-anak dari pagi sampai ke malam…

Masa berlalu…Dan kini saya pun sudah bekerja & sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi…Tapi hal ini tidak berhenti di sini…Daddy cakap kena pegi kedah la,perak la,terengganu la sebab outstation…Mummy pun siapkan beberapa pakaian..Menggosok kadang-kadang hampir 4 helai pakaian…Tapi sebenarnya daddy bukanlah pergi tempat-tempat tu pun…Dia bekerja macam biasa je…Cuma dia tak balik rumah selama seminggu…Dia stay dekat rumah isteri barunya tanpa pengetahuan mummy…Mummy sebagai surirumah sepenuh masa,memang dia sentiasa berada di rumah dan tak kan berada di mana-mana sebab tu daddy berani menipu mummy…Tapi tidak pada saya… Setiap hari saya ulang alik pergi kerja dan saya nampak kereta daddy bersidai di rumah perempuan tersebut…Kami adik beradik memang dah tahu penipuan daddy tapi kami langsung tak ada keberanian nak bersuara sebab daddy memang garang & sentiasa fikir dia yang betul…Jika kami bersuara itu bermakna kami memang cari nahas….

Hari-hari balik kerja malam…Pukul 10 malam baru balik rumah…Dengan alasan kerja banyak di pejabat..Walhal sebenarnya pkul 6 petang dah balik…Tapi tak terus balik rumah…Tapi singgah ke rumah isteri baru…Hari-hari hal ini berlaku…Bila tiba giliran mummy,daddy mesti curi peluang untuk pergi ke rumah isteri baru…Tapi bila giliran di rumah isteri baru,daddy tak pernah jenguk balik rumah jika ada apa-apa berlaku…Alasannya kami semua dah besar dan pandai bawa diri…Ini bukan soal kami dah besar atau tak…Ini soal tanggungjawab seorang Ayah & Suami dalam menjaga keselamatan keluarga…Tapi apa yang kami dapat??? Memang dalam hal ni daddy amat amat amat berat sebelah…Selalu mementingkan isteri baru daripada kami sekeluarga…

Jadi saya nak bertanyalah kepada anda semua…Memang berdosa jika seorang isteri meminta cerai dekat suami jika suami ingin berpoligami…Tapi macam mana pula jika isteri dah benarkan poligami,tapi suami pula berat sebelah??? Asyik melebihkan isteri baru daripada isteri pertama…Lupakah daddy perit jerih mummy & hampir hilang nyawa kerana melahirkan 6 zuriat untuknya?? Lupakah daddy pengorbanan mummy yang sanggup berhenti kerja semata-mata ingin membesarkan anak di rumah??? Lupakah daddy yang dulu mummy terima daddy,masa tu daddy seorang kerani je??

– Wawa Azrai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit