Poligami Cara Nabi Ke?

Hai.. Nama aku Aini. Aku dah berkahwin 10 tahun ada 5 orang anak. Dan aku terpanggil nak mencoret tentang poligami.

Kalau dari side seorang lelaki selalu dikatakan sunnah Nabi. Alhamdulillah.. Syukurlah kan ramai yang nak buat sunnah Nabi.

Tapi, betul ke kau orang ikut sunnah Nabi dengan baik? Atau kau orang (segelintir dan majoriti) hanya membuat fitnah keatas sunnah Nabi yang satu ni.

1) Kebanyakan yang berpoligami ni hanya nak isi kekosongan dan kekurangan pada isteri sedia ada. Banyak keburukan isteri dia yang perlu ditampung oleh orang lain.

2) Memandang wanita bukan muhrim dengan pandangan shahwat. Sedangkan Nabi ajar supaya menundukkan pandangan. Lagi2 pada wanita bukan muhrim.

3) Bergaul tanpa batas. Keluar berdua. Dating sana sini. Lupa ada anak bini kat umah. Sedangkan Allah dah bagi yang halal untuk dia bawa pergi tengok wayang ke, berdating ke..

4) Berhubungan melalui telefon dan mesej dengan kata2 sayang dan cinta. Agak2 Nabi ada buat ke macam ni?? Tapi, RAMAI yang suami orang yang berpoligami tu buat mcm ni kan.

5) Bagi alasan nak elak maksiat. Allahu.. bini ada kat rumah.. nak s3ks mintalah kat bini. Nak pegang tangan atau nak peluk.. pergi cari bini. Bukan cari wanita yang bukan muhrim.

Dan isteri kedua ketiga keempat. Ramai yang marah bila dituduh perampas, penyondol. Tapi.. cuba tanya diri.. Adakah awak tergolong dalam golongan dibawah ni??

1) Perempuan yang rendah maruah diri sebab melayan call atau mesej suami orang. Walau atas alasan apapun..

2) Perempuan yang tiada malu sebab keluar berdua dengan lelaki yang bukan mahram.. lagi2 suami orang. Walaupun alasan awak pelbagai. Haram ye keluar berdua macam tu.

3) Perempuan murah yang rela seorang lelaki yang bukan muhrim pegang tangan.

4) Perempuan gedik yang suka bersayang sayang dengan lelaki bukan muhrim.

Jika awak dalam kategori ni maka, awak memang layak terima apa yang orang kata kat awak.

Sebab perempuan yang baik tidak akan sesekali melayan lelaki bukan muhrim, apatah lagi untuk berjumpa dan bergaul rapat.

Jadi jangan sesekali samakan diri awak dengan isteri2 Nabi. Awak yak layak ok. Dan lelaki berpoligami dengan ciri2 kat atas awak pun sampah. Sampah yang gunakan agama untuk melunaskan nafsu awak.

Kenapa rumahtangga tak bahagia? Kenapa isteri awak tak jadi isteri solehah sebagaimana awak mahukan?

Kerana awak sendiri tak mampu jadi Imam dan ketua keluarga yang baik. Awak tak mampu didik isteri awak. Disebabkan kekurangan awak. Jadi awak jadikan poligami untuk cari kekurangan tu.

Kalau betul isteri awak tu teruk sangat.. kenapa tak tinggalkan saja dia?

Sebab awak kata sayang dan cinta. Itu ke cara awak tunjukkan sayang dan cinta?

Seorang suami yang mampu jadi ketua keluarga dan Imam yang baik dalam keluarga dia.. jika dia nak berpoligami.. isteri dia akan redha. Sebab dia mampu.

Boleh tengok contoh UAI.. isteri dia sendiri boleh meminang madu untuk mereka. Tak payah nak curang atau kahwin kat siam.

Jadi.. kalau nak dapatkan izin isteri pertama pun kau orang tak mampu.. dah sah2 kau orang tak mampu pun nak berpoligami.

Fikirlah sendiri.. bertaubatlah! Mereka yang ada ciri2 kat atas ni adalah mereka yang membuat fitnah terburuk pada Nabi kita. Malulah bila kau orang jadi penunggang agama.

– Salmah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *