Poligami Dan Hubungan Luar Tabii

Penulisan ini mendapat kebenaran daripada tuan punya badan dan ditulis untuk memohon pendapat sebab kawan aku ni introvert dan tak pandai meluah.

Suami nak berpoligami. Kawan aku menentang. Dia nak cerai je sebenarnya. Menurut kawan aku, dia cinta suami dia. Buat apa saja untuk suami dia.

Tapi pada hari suami dia beritahu yang dia ada sukakan orang lain, kawan aku dah rasa dikhianati. Hati dia, bukan main dia jaga dan pegang untuk suami, tut tut suami sempat berkenal2 dengan perempuan lain.

Bila penyondol tu menyatakan sedia jadi isteri kedua, kawan aku nak cerai.

Dia tak kisah la diorang jadi kawen ke tak, janji dia nak blah je. Dia tak nak apa2 daripada suami dia. Harta, rumah, semua dia tak nak.

Dia terlalu kecewa, balas dendam pun dia tak hadap dah. Dia cuma nak blah. Co-parent anak2. Dia tak nak full custody pun sebab dia nak masa untuk dia bina hidup baru. So plan dia ialah minta custody 50-50.

Aku sebagai kawan yang tak nak anak2 kawan aku kehilangan keluarga yang perfect, nasihatkan dia untuk fikir semula masak-masak. Tapi dia nekad. Ini yang dia luahkan kat aku.

1. Suami dia baik. Suami yang baik, bapa yang baik. Segala belanja diorang bahagi 50-50. Part ni aku pun tak faham macam mana suami dia boleh nak kawen lain kalau baru satu famili pun kena minta isteri tolong financially.

Suami dia jenis typical lelaki yang cari isteri bekerjaya dan tak bagi isteri jadi surirumah. Pada suami dia, bayaran rumahtangga tu tanggungjawab bersama. Dan pada suami dia, 2 income akan further improve diorang punya future and financial status.

Kawan aku tak kisah. Kawan aku workaholic dan dia suka bekerja. Dia happy pun spend duit untuk keluarga.

Tapi:-

2. Suami dia banyak buat kerja rumah. Diorang takde bahagi2 siapa buat ni atau siapa buat tu. Sape nak buat, buat je. They like their house tidy, so diorg memang rajin mengemas. Jaga dan main ngan anak pun rajin. Takde masalah di situ.

Cuma kadang2 bila kawan aku complain something (biasa la popuan), suami dia akan cakap, I dah TOLONG you banyak kerja rumah. I TOLONG BAGI ANAK MAKAN, I TOLONG CUCI BERAK SALINKAN PAMPERS ANAK. Apa lagi you nak I buat?

Sentap member. Kawan aku cakap, bila masa dia TOLONG aku buat kerja rumah? Tu rumah dia. Kalau dia basuh baju, tu baju dia dan anak2.

Kalau dia cuci toilet, tu tempat dia berak kencing. TOLONG JAGA ANAK? Tu bukan anak kau ke? Apesal kau kena tolong jaga anak sendiri?

Eh segala mak datuk nenek kat rumah tu tanggungjawab aku ke? Dia buat kerja rumah tu dia TOLONG aku ke?

Habis tu aku TOLONG dia bayar 50% rumah, 50% makan, 50% anak2, dia sedar ke tak?

Aku cakap benda ni dia kena communicate dengan suami dia. Tapi kawan aku ni takleh nak confront. Dia stress dan frust sendiri. Lagi2 bila suami berkayu tiga. Sempat jugak eh..

Kau sibuk jaga anak dan tolong bini kemas rumah, sempat jugak eh layan popuan lain sampai cair popuan tu nak jadik no 2…

3. Kawan aku ni cantik. Body fit dan jenis pergi bersenam. Kalau korang tengok jenis mak2 yang suka ootd dan mekap cantik2 kat media social tu, hah camtu punya lawa la kawan aku ni.

Hubungan dengan suami dia memang aktif. Berkali2 seminggu. Part ni aku dengar je la… Aku belum kawen. Tapi ini cerita dia:-

Maybe suami jenis suka tengok benda lucah. Kawan aku ok, sampai la suami dia pujuk main belakang. Tersedak aku. Betul2 tersedak.

Rupanya benda tu agak selalu berlaku di kalangan pasangan berkahwin. Tapi benda aib, takde siapa akan share. Kawan aku cakap dia benarkan sekali lepas bertahun2 suami dia pujuk. Dia just nak get it over with. Tapi terlalu sakit dan tak menyeronokkan pun.

Dah lah perempuan kena sakit uzur, sakit mengandung, sakit melahirkan, sakit menyusukan anak (yang ni aku tak tau, sakit ke breastfeed budak?),

Sakit masa hubungan kelamin yang kadang2 tak memberi kepuasan apa2 pun pada perempuan. Pun dia masih nak menyakitkan isteri dia ni. Bertambah tambah sakit bila curang. Kawan aku mula depression.

Berhentilah menyakitkan perempuan katanya. Kalau rasa isteri dah tak ketat kan, percayalah walaupun isteri selalu exercise jaga badan, pergi macam2 urutan dan rawatan, makan jamu sampai kena marah dengan doktor..

Kalau saiz kau setakat tu je, takkan ketat mana gak kau rasa (sori ye). Cukup2lah fikir kepuasan diri sendiri je.

4. Ini yang membuatkan kawan aku nak bercerai. Dia takut. Kenapa perempuan bising bila ada cerita poligami keluar? Lelaki semua cakap biar la drpd buat zina. Ye la sebab otak kau memang berpaksikan nafsu.

Memang kebanyakannya sebab keadilan dan kemampuan. Tapi sebab lain ialah geli. Masuk sana masuk sini. Lelaki ingat diorang je geli perempuan dah takde dara ataupun sleep around. Perasaan perempuan pun sama je sebenarnya.

Jangan compare dengan isteri2 Nabi bila korang pun nak ikut sunnah Nabi yang satu tu je. Sunnah lain sume tinggal.

Dan untuk kawan aku ni, lagi la dia takut. Suami dia ada history tendency untuk main belakang, kalau dia main belakang dengan isteri kedua, kan dah niaya kat dia bila suami bawa penyakit. Dan kalau diorang tak jadi kawen pun, dia dah hilang kepercayaan pada suami dia.

Kesimpulannya dia takut la. Tu yang dia sungguh2 nak bercerai.

Aku sebenarnya rasa banyak benda diorang boleh solve kalau diorang communicate dengan betul. Tapi kawan aku depression dan juga trauma. Aku tak tahu nasihatkan macam mana.

Aku suruh dia buat macam mana orang lain selalu komen:- pulangkan semua tanggungjawab dan komitmen kepada suami dia. Biar suami dia pulak depression duit kurang.

Dia cakap takkan menyelesaikan masalah pun kalau penyondol tu sanggup tak terima nafkah, asalkan berkongsi teman.

Betul jugak, yang jadi second wife ni biasanya play victim, konon cuma nak berkongsi, tak nak pun harta sebab dia sendiri ada harta, cuma nak berkongsi kasih blablabla.

Tengok anak2 diorang, aku kesian. Tak sanggup, tak sampai hati. Anak2 kecil lagi weyyyhhhhh…

Apa patut aku nasihatkan kawan aku ni?

– Miss Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sabda Nabi (hadis sahih), Allah tidak akan pandang muka seseorang yang mendatangi isterinya dari saluran belakang.

    Berusahalah hentikan ketagihan porn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *