Assalamualaikum Salam Merdeka Madani, terpanggil untuk bersuara selepas viralnya video Abang T*sla, taip padam taip padam dah beberapa kali.
Tapi… saya rasa perlu juga untuk bersuara jadi saya faham dan saya terima kecaman semua orang..
Cuma saya harap yang membaca ini dalam fikiran yang waras dan neutral. Jika beremosi stop pembacaan disini bimbingan akan menjadi semakin beremosi dan tidak dapat membuat pertimbangan sewajarnya sia sialah apa yang nak saya sampaikan….
Saya perkenalkan diri sebagai Alya berusia 35 tahun, bekerja dalam bidang perguruan dan mempunyai business (butik pakaian) dengan beberapa cawangan di seluruh Malaysia,
Pendek kata kehidupan yang sangat sangat sibuk, income yang sangat stabil, cuma satu yang kurang takda – keluarga sendiri.
Umur sebegini atau lebih tepat dipanggil andartu susah mencari jodoh yang masih single dan bertanggungjawab. Tapi jangan risau saya tidak akan menyondol saya sedar penerimaan masyarakat.
Poligami bagi masyarakat di Malaysia ini sangat susah diterima.. Walaupun dalam Islam dibolehkan dengan syarat yang tertentu tapi masyarakat kita seolah memandang serong terhadap yang mereka yang mengamalkannya..
hal ini di sokong oleh golongan cerdik pandai, professional dan tak kurang agamawan yang sepatutnya lebih mengetahui dan memahami hikmah poligami…
Kecaman demi kecaman tanpa memperhalusi Hikmah dan Afiyah dari sebuah poligami. It’s ok kalau nak kecam si biawak hidup dan minah rempit penyondol yang mengabaikan tanggungjawab diri keluarga dan agama..
Tetapi bila lelaki dari golongan yang lebih dari mampu dengan wanita yang akan lebih lagi mengukuhkan ekonomi bukan sahaja keluarga tapi mungkin juga ekonomi Malaysia dan ummah sejagat.
Perkahwinan (poligami) yang memberi kan kebaikan pun akan turut dikecam habis habisan tanpa memikirkan siapa pun yang mengamalkannya apa kelebihan dan apa manfaat yang dapat dari nya… kecam dan terus kecam…
Sebab apa? Sebab tak jaga hati isteri pertama.. lelaki yang tak setia, curang, dan penyondol yang menggelitis..
Ngam bertemu berdua tak cukup dgn itu dikecam pulak di doakan hubungan cepat berakhir bermasalah dan bercerai…
Wah hebat-hebat kecaman, golongan cerdik pandai, pak ustaz, pensyarah, dan influencer semuaaanya hebat2 belaka.. Tanpa langsung berfikir sejenak mengapa poligami dibolehkan dalam Islam apa kesan dia… Apa kelebihan dari nya..
Yang paling penting perkara apa yang boleh dielakkan jika berpoligami..
Bukan Kah Allah S.W.T itu Sang Pencipta Khalid Arrahman dan Arrahim lebih memahami menyayangi dan mengasihi manusia yang diciptakannya,
Tetapi kenapa Allah s.w.t yang pemurah pengampun dan penyayang itu dengan secara jelasnya didalam Al-quran membolehkan poligami.
Ya benar dalam Al-Quran disebut dengan beberapa syarat tetapi masyarakat kita mcm tak nampak atau buat-buat tak nampak isi kalamullah tersebut… Kecam kecam kecam dan terus kecam… Sampai bila??? Jangan sampai kita nak rasa diri lebih hebat dari kalamullah….
Sang cerdik pandai kaunselor ye yang yang membuat statement begini. “Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri”
Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji dot dot yang peti kan ini saya copy paste teruss dari post FB M*ngguan W*nita..
Sedangkan bukan semuanya berakhir begitu kenapa terus nak keluar statement pukul rata macam ni kenapa?
Berhenti dan renung sejenak dulu andai kata perkahwinan poligami itu memberi kebaikan raikan saja… Tak perlu menambah perasa.. Biarlah yang mengamalkannya saja yang tahu dan memberi kata dan fakta…
Saya rasa setakat ini sajalah penulisan dan isi hati saya seorang andartu.
Ada banyak kisah saya dengan suami-suami orang yang saya rasakan elok lah poligami di terima dalam masyarakat jika puan-puan tahu apa yang suami puan-puan secara bersembunyi buat di belakang puan-puan.
Tapi saya bimbang confession saya ni terlalu panjang dan menambah kecaman saja. Biar hati saya sangat memberontak untuk cerita saya simpan sendiri saja rahsia besar suami-suami puan2..
Dear admin saya minta sangat confession saya disiarkan agar membuka mata dan minda masyarakat kita dari bangsa dan agama yang sama. Agar perkara2 yang lebih buruk dan keji dapat dihindari bila lebih ramai yang terbuka minda dan menerima dengan redha itu saja..
Sekian Salam dan Salam Maaf dari,
Yang bersalah dan andartu.
– Alya Izhar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit