Salam semua. Maaf aku sangat negatif sekarang ni. Sangat sakit tapi terpaksa tenang di depan suami & anak.
Macam mana poligami zaman ni terjadi? Boleh bagitahu tak poligami tanpa curang kecil atau curang besar ni wujud ke zaman ni?
Sebelum buat keputusan nak kahwin kali kedua, mesti wajib curang kecil dulu kan.
Satu, curang di hati. Hati berkenan ke perempuan lain. Curang kecil yang pertama sebab dah ada isteri tapi hati jatuh ke wanita lain.
Dalam fikiran pun mesti asyik fikir perempuan tu kan? Kira macam jatuh cinta sebelum kahwin dengan isteri pertama la. Orang jatuh cinta ni, faham2 la macam mana.
Kedua, text di belakang isteri pertama. Selepas jatuh hati atau sebelum jatuh hati, macam mana boleh berkenalan? Selain jumpa depan2, mesti ada text juga kan?
Tak kan la hari2 jumpa face to face calon kedua tu, mesti ada text. Macam first2 text isteri pertama sebelum kahwin la.
Ketiga, buat keputusan untuk kahwin kali kedua ni, sebelum atau selepas bagitahu isteri pertama?
Dah buat keputusan dengan calon kedua, baru bagitahu isteri pertama? Kalau buat keputusan dulu, ni pun curang kecil la kan?
Banyak betul soalan aku.
Adakah sesi jatuh cinta suami dgn calon isteri kedua tu dikira curang atau tak? Ada dosa tak nak situ? Curang kecil.
Aku dah susah senang bersama suami. Dari dia gaji RM800 sebulan sampai gaji RM15k sebulan. Aku setia.
Aku baru 28 tahun, anak satu dengan dia tapi suami dah ada calon isteri kedua umur 25 tahun.
Aku tak tahu calon isteri kedua tu penyondol atau dia disondol oleh lelaki aku.
Apa salah aku? Bagitahu aku kalau aku salah. Aku betulkan.
Setiap kali aku tanya, suami kata aku baik & perfect dah. Habis tu??
Hari2 update gambar & video sayang aku. Hari2 update pasal hargai aku, cinta aku, tak akan lukakan aku di socmed.
Aku tak nak gaduh bila suami aku bagitahu nak kahwin lagi. Aku tenang. Hati aku dah hancur bila aku fikir SESI PERKENALAN MEREKA.
Berapa lama dia curang kecil belakang aku sebelum bagitahu aku. Aku tahu keputusan nak nikah bukan kejap, mesti lama dia curang belakang aku.
Aku bagi izin. Tapi jangan harap aku restu.
Aku plan nak hancurkan dia, sebab aku yang “siapkan” dia bagi dia nampk perfect di mata calon kedua tu.
Dia dulu tu dengan gaji RM800 macam pengemis pun ada.
Maaf aku bukan remehkan orang gaji RM800 ye. Komen ni specific untuk suami aku yang pernah bergaji RM800.
Aku je kot bodoh. Suami aku ingat dia yang dulu tu macam pengemis, calon kedua tu pandang ke?
Bodoh betul aku ni.
Tunggu revenge aku. Tunggu mereka berdua kahwin, aku mulakan plan aku.
Aku akan hisap sampai kering harta2 kau sampai kau tak ada apa2, tengok isteri kedua tu setia ke tak?
Diam bukan tanpa bodoh.
Penat betul jadi baik di mata suami ni. Kena pijak rupanya.
Aku harap admin approve confession aku ni. Risau juga di tendang sebab berbaur negatif kan.
~Wifey engkau (Ma)
– Ma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit