Kisah bermula di sini..
Aku sudah berkahwin selama 10 tahun.
Tapi sejak anak ku sudah membesar,
Aku lihat ruang hati ku masih lagi kosong.
Bukan sahaja ruang hati.
Ruang kehidupan aku pun begitu.
Aku mempunyai isteri yang bagus.
Cuma…… bila ku lihat isteriku,
Aku merasakan dia akan merasakan,
Yang aku memang mencari sesuatu yang baru,
Baru maksudnya bukan meninggalkan dia,
Tapi menambahkan lagi watak-watak dalam kehidupan,
Aku serba salah,
Tapi itu sunnah,
Orang mengeji,
Tapi tak tahu bagaimana di akhirat nanti,
Tuhan pun suka.
Sebagai ummat muhammad,
Kita lelaki digalakkan sekiranya mampu dan mahu bertanggungjawab,
Jika tidak mampu,
Usah pasang angan-angan,
Sebab derita dan sengsara yang akan menanti,
Bukan sahaja diri,
Tetapi anak dan isteri,
Kebahagiaan itu sangat rumit……..
Ops…… terlajak jauh,
Kita kembali ke asal,
Aku mula mencari,
Isi-isi yang mampu menambahkan ruang hidupku,
Akhirnya..
Aku ketemu,
Dengan seorang anak gadis,
Walaupun beza pada umur,
Hati kami seperti terikat sama,
Dia sangat memahami hidup ku,
Walaupun aku ini dah bergelar suami,
Tetapi dia menerima,
Asalkan aku dapat mengisi ruang hidupnya,
Dan membimbingnya,
Dia sudah lama menunggu,
Asal kan ada ‘green light’
Dia mahu,
Bab keluarga, dia akan usahakan,
Kerana apa yang kami hadapi ini,
Dibenarkan cuma,
Luar dari fitrah manusia berpasangan,
Aku melihat pada isteriku,
Adakah dia sanggup menerima,
Sedangkan dia tahu hatinya akan terluka,
Aku cuma memberi gambaran,
Kehidupan yang akan kami lalui,
Memang ditakdirkan Tuhan,
Dan hakikatnya Dia suka,
Dan ini antara sebahagian dari Sunnah,
Memang pahit bagi seorang wanita untuk menerima.
Tetapi jika kegembiraan dan kebahagiaan dikongsi bersama,
Bukan sahaja dunia,
Bahkan kehidupan d akhirat pun,
Jauh lebih baik,
Keluarga isteriku memberi tohmahan,
Seolah aku penyondol,
Tetapi ada dari keluarganya terima,
Asal tanggungjawab diberi sama rata,
Elok jika aku bernikah,
Dari aku bersekedudukan di hotel,
Elok jika berterus terang,
Dari main dari belakang,
Perjalanan cerita sangat panjang..
Untuk ku titipkan,
Tetapi kesudahannya,
Walaupun pahit,
Tetapi itulah ubat dan penawar,
Akhirnya kami diijab kabulkan,
Isteri dan anak ku gembira,
Adakah gembira itu benar-benar suka,
Apa-apa pun,
Aku membahagi tanggungjawab dengan saksama,
Dan hasilnya,
Aku menjadi lelaki yang lebih matang,
Dan tidak mudah koyak,
Walaupun banyak masalah melanda,
Kerana ‘tongkat’ ku banyak,
Dan mereka membantu ku selalu,
Aku bersyukur ya Tuhan..
– Leman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bang, perhubungan bf and gf itu haram dan tak dibenarkan dlm Islam.
Kalau pandai jangan gunakan alasan ‘takut jatuh pada zina’ bila ckp kat bini. Sedangkan isteri pun boleh jatuh pada zina brother. Lelaki hensem pun ujian pada wanita.
Takut yang diinginkan tak seindah yang dimimpikan dan yang digendong berciciran.
Assalammualaikum, I tersalah faham intipati post ni. Anyhow I apologise for my brash comment. And semoga Allah bless you and your families and may Allah aid you and your wives and grant the reward of Jannah for upholding the Sunnah.