Poligami Itu Takdir?

Assalamualaikum. Cerita ini panjang tapi akan disingkatkan sebaik mungkin,

Mengisahkan seorang lelaki, digelar N, yang sama dengan kebanyakan lelaki dimana permulaan hidup yang susah, berkahwin dan kemudian Allah kurniakan kemewahan dan gatal nak mengamalkan poligami.

Cliche bukan? Ya, tapi bukan itu yang nak disampaikan.

N seorang lelaki yang ego. Bermula bekerja sebagai kerani bank sahaja.

Entah bagaimana, atas usaha dan rezeki dari Allah N dicurahkan kemewahan setelah berjinak dengan dunia perniagaan, mula bermain saham, memulakan syarikat pembinaan kelas A, mempunyai pasaraya sendiri, dan banyak terlibat dengan dunia politik.

Dek kerana kesibukan dunia, N banyak tinggalkan keluarga.

Anak anak juga telah selesa dan biasa hidup tanpa kewujudan ayahnya. Dan N mula didekati wanita bujang tak bermaruah.

Bermula dengan wanita bernama F. Berkesedudukan dan kantoi dengan isteri.

Diselesaikan dengan adanya pelbagai drama hingga si isteri ada percubaan bunuh diri. Pada waktu itu, seperti dalam drama, si isteri mengandung anak keempat.

Tak jadi berpoligami kerana isteri berjumpa dengan keluarga F untuk mohon tidak lagi berhubungan. Maka selesailah satu episod.

Tak lama kemudian, muncul Z. Wanita yang asalnya seorang setiausaha kepada N.

Jatuh cinta kemudian Z berhenti kerja dan buka bisnes bersama N. Dengan pelbagai konflik dan drama mereka berjaya berkahwin walau isteri tak bersetuju.

Perkahwinan disokong oleh ibu N dan adik beradiknya. Mungkin doa orang teraniaya ini Allah makbulkan seperti janjiNya, N mengalami masalah dalam kesemua perniagaan dan diisytihar muflis.

N dengan Z sudah mempunyai 2 anak lelaki. Hidup jadi semakin susah hingga susu anak pun tak mampu beli dan terpaksa minta adik bongsu N jadi ibu susuan.

Beberapa tahun kemudian, N bawa lari anak balik ke rumah isteri pertama.

Tiba tiba sahaja N dan Z bergaduh besar dan akhirnya bercerai.

Maka, kembalilah N tinggal bersama isteri pertama setelah bertahun ditinggalkan tanpa berita, tanpa nafkah pada isteri pertama.

Anak anak N bersama isteri pertama seakan tidak selesa kerana ayah mereka tidak pernah ada bersama mereka bertahun lamanya,

Tiba tiba muncul membawa seribu satu masalah termasuk hutang perniagaannya yang telah lingkup!

Adakah N telah insaf setelah kesemua kejadian dan drama ini? Hahaha!

Tidakkkk ye tuan puan sekalian! Tidakkk!

Makan beras cap apa entah, manusia seperti N seolah olah tidak mengenal erti syukur, tak kenal erti serik!

Dalam diam N berkahwin di sempadan bersama S pula.

S adalah janda anak 2. S menjadi janda kerana gilakan N sekian lama.

S juga asalnya sahabat baik dengan Z. Kebodohan apakah melanda pemikiran S ini?

Memang anak anak N tak boleh brain dengan sikap S. Setelah beberapa tahun, sekali lagi N diduga dengan perniagaannya yang lingkup.

S tidak berpuas hati pada isteri pertama N kerana hidupnya telah stabil, memiliki rumah dan kereta mewah serta anak anak yang bijak,

Kesemua 5 anaknya melanjutkan pelajaran ke universiti menjadikan S cemburu dan mula menyerang isteri pertama dengan menuntut pembahagian harta.

Sedangkan kemewahan isteri pertama N adalah hasil usaha wanita itu sendiri, tiada sumbangan langsung oleh N.

Hasil perkahwinan N dan S, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak anak N bersama isteri pertama dah besar dan sudah berkerjaya.

N masih serabut hidupnya dengan anak kecil bersama S. Seperti yang sebelumnya, perkahwinan N dan S berakhir jua.

Kembalilah N pada isteri pertama. Pada masa itu kesemua perniagannya bermasalah, N mula menghidapi sakit jantung n kencing manis.

Siapa yang menjaganya? Tentulah isteri pertama.

Anak anak isteri pertama selalu ajukan soalan kenapa ibunya tak bercerai sahaja kerana N memang bermasalah.

Hutang piutang N ditanggung oleh anak anak dan isteri pertama membuatkan anak anak terasa jauh hati dan mohon N untuk minta maaf pada mereka atas segala perkara yang berlaku.

Tapi N masih dengan egonya. Masih memaki hamun isteri pertama.

Masih menagih bantuan kewangan dari isteri pertama dan anak anaknya. Malah menghalau anaknya yang tinggal serumah dengan isteri pertama.

Anak anak hanya mahukan N rendahkan ego sahaja. Tapi N tidak peduli.

Pernah ditengking anaknya dengan panggilan anak haram dan haram jadah. Tapi anak itulah juga menanggung hutang N dan menjaga sakit demamnya.

Haih! Kepada N,

Anak anakmu tidak mempunyai banyak permintaan. Anak anak mu ini hanya mahukan ucapan maaf yang tulus dari mu.

Juga mungkin ucapan terima kasih kerana kembali menerima mu. Anak anak mu ini hanya mahukan N turunkan ego, berhenti marah2 dan maki hamun terutama pada mama mereka.

Itu sahaja. Dengan segala kejadian, susah payah anak anak N hadap tanpa kehadiran figura seorang ayah, mereka masih menghormati N kerana mereka percaya seburuk dan sejahat manapun N tetap ayah mereka.

N patut berbangga kerana hasil didikan isteri pertama beliau, anak anak masih mahu menjaga N sehingga sekarang.

Semoga Allah membuka hati N untuk mohon maaf, bersyukur dan berterima kasih pada keluarganya yang masih terima keberadaan N.

– Bell (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ya Allah, kenapalah ada manusia or lelaki or suami jenis macam ni yer. Tak reti bersyukur 1 hal.. dah macam2 Allah duga pun tak sedar diri lagi.. bukan nak mengeruhkan keadaan, tapi dari terseksa dari kena bela dan menampung hutang piutang pulak jantan tak guna tu, baik cerai lagi baik.. hidup je bahgia dgn anak-anak.. lagi tenang hidup. Allahu.. geram lak aku baca.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *