Poligami & Karma

Hi semua pembaca IIUM Confession. Saya ada terbaca berkaitan poligami beberapa hari yang lepas berkaitan isteri ketiga daripada seorang lelaki. Yang mungkin adalah karma si isteri.

Teringat kisah diri sendiri tapi tiada kaitan dengan mereka. Maaf tulisan ini mungkin sedikit panjang.

Saya telah berkahwin dengan suami selama lebih kurang 5 tahun dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulung pada April yang lepas.

Rezeki pkp la kot macam tu hihihi saya dan suami berkahwin bukan atas dasar suka sama suka dan tak bercinta langsung sebelum kahwin,

Tapi kami saling mengenali semasa zaman study disebabkan persatuan adalah sama namun, nak dijadikan cerita suami juga merupakan sepupu yang jauh dari belah ayah.

Zaman study dulu kami masing2 mempunyai pasangan. A adalah cinta pertama suami begitu juga sebaliknya. Ok saya flashback sikit ye.

Suami adalah senior saya pada zaman study. saya turut mengenali kekasih suami yang saya gelarkan sebagai A kerana roomate saya, C bersahabat baik dengan A.

Mereka cukup rapat dan boleh dikatakan sahabat till jannah kerana mereka telah berkawan since sekolah lagi sehingga sekarang. A tidak belajar di Universiti yang sama dengan saya dan suami. A seorang pelajar di Universiti yang berbeza.

Walaupun berjauhan di antara utara dan selatan, namun mereka sangat setia. Suami sering menjaga hati untuk A.

Saya melihat sendiri bila ada wanita yang cuba untuk mendekati suami, suami akan mengelak dan tanpa segan silu mengaku telah berpunya. A juga turut setia.

Pada pandangan saya, A cukup cantik dan manis orangnya tanpa perlu memakai makeup untuk kelihatan cantik dibandingkan saya haha. A selalu berkongsi masalah dengan C.

C pula suka berkongsi cerita berkaitan percintaan A dengan suami yang menjadikan saya seperti mengenali A secara dekat.

A memang gadis baik dan peramah. Disebabkan sifat peramahnya, mereka selalu bergaduh disebabkan suami berasa cemburu.

Tahap sayang suami kepada A sehinggakan sanggup mencari syarikat di selatan tanah air ketika LI dan juga pekerjaan untuk tetap dekat dengan A.

Semasa mereka berdekatan, suami sering membuat surprise untuk A, weekend ajak A date di tempat2 best dan paling best bila A nak balik ke kampung, suami tak benarkan A untuk naik bas.

Suami akan membelikan tiket flight untuk A pulang ke kampung dengan alasan tak nak A penat.

Oh ya, suami dan A berasal dari kampung yang sama dan kadangkala mereka akan balik bersama2.

Disebabkan perbuatan suami yang pada pandangan saya adalah seorang yang sweet and caring, saya menjadi cemburu dan iri dengan A,

Dan ingin mengetahui bagaimanakah rasanya mendapat kekasih seperti suami kerana kekasih saya pada ketika itu sangatlah menghampakan.

Kekasih saya turut curang kepada saya walaupun kami belajar di universiti yang sama. Nak suprise tu mimpi saja la.

Long story short, disebabkan iri hati saya meminta bantuan pak ngah saya untuk mendapatkan suami. Pak ngah tidak mempunyai anak dan menganggap saya sebagai anak kandungnya. Semua kemahuan saya akan pak ngah turuti.

Pak ngah dan ayah adik beradik manakala mak suami adalah sepupu yang jauh namun pernah bertemu semasa majlis perkahwinan saudara.

Saya memberitahu pak ngah untuk menyatukan kami atas alasan untuk mendekatkan silaturrahim keluarga. Agar tidak terpisah jauh dan sentiasa mengenali.

Pak ngah setuju dengan idea saya dan telah menyuarakan hasrat kepada mak suami. Pada mulanya mak suami menolak kerana mak suami tahu hubungan suami dan A.

Suami juga turut merancang dan telah mengumpul duit untuk berkahwin dengan A selepas A tamat belajar tak lama lagi.

Namun Pak ngah sentiasa memujuk mak suami sehingga akhirnya mak suami bersetuju.

Mak suami juga memujuk suami dengan memberikan alasan mak sakit dan ingin cepat melihat suami berkahwin. Kami akhirnya disatukan dan saya sejujurnya telah jatuh hati pada suami.

Tapi, semua angan2 saya tidak kesampaian. Suami tidak melayan saya sebagai isteri.

Suami dan A telah berpisah namun suami masih tidak moveon pada ketika itu. saya membayangkan suami berkelakuan sweet dan caring terhadap saya namun semuanya hampa.

Suami turut tidak menyentuh saya selama setahun usia perkahwinan namun suami tidak pernah culas memberikan nafkah zahir.

Saya menjadi malu dan terasa hati apabila orang sekeliling bertanya tentang anak. Pernah suami ditanya begitu namun dia menjawab belum rezeki.

Nak rezeki macamana lah suami oi kalau awak tak sentuh saya?

Saya terasa seperti hidup dengan patung. Ya saya memang telah mendapatkan jasad suami seperti rencana saya namun saya tidak mendapat hati dan jiwanya.

Saya turut menyambung master secara full time dan duduk di asrama tetapi, suami tidak pernah melawat saya seperti mana yang dia lakukan ketika bersama A. saya sedih dan kecewa.

Saya melihat A melalui cerita2 roomate saya, A telah move on daripada suami meskipun tidak mempunyai kekasih baru.

Namun suami seperti seorang yang tidak waras. Suami berubah kelakuan apabila melihat saya menguruskan Mak suami yang lumpuh ketika itu.

Suami memberitahu bahawa dia lihat keikhlasan di wajah saya ketika membantu maknya.

Saya akhirnya mendapatkan nafkah batin tetapi suami memberitahu untuk tidak mempunyai anak dahulu. Luluh hati saya pada ketika itu mendengar kata2 suami.

Tapi saya abaikan perasaan dan melayan suami seperti biasa kerana perlakuan suami juga telah berubah. Namun, sangkaan saya silap.

Suami tidak menyayangi dan mencintai saya seperti kata2nya. Dia masih menyimpan semua kenangan bersama A didalam hard disk milik peribadi suami.

Saya pernah membuka dan melihat semua gambar2 serta video A yang suami ambil walaupun Suami pernah memberitahu jangan sentuh hard disk tersebut kerana itu berkaitan kerja.

Oh ya, selepas berkahwin suami berhenti kerja dan duduk dikampung bersama maknya. saya turut duduk bersama mertua dan suami telah berkerja sendiri sebagai photographer untuk any event termasuklah wedding.

Semasa C berkahwin, suami mempelawa diri untuk menjadi photographernya dengan bayaran cukup murah. Namun saya tahu alasan suami.

Majlis persandingan C juga tidak dapat saya hadiri kerana suami melarang atas alasan menjaga emaknya dan saya turuti. Suami dan A bertemu semula selepas terpisah beberapa tahun dan bermula lah semula cerita mereka.

Selepas pertemuan itu, mereka menjadi rapat semula namun suami tetap melayan saya dirumah seperti biasa.

Saya merasa pelik dengan sikap suami yang happy dan akhirnya mengetahui puncanya apabila melihat telefon suami. Namun saya pendamkan selama lebih kurang setahun.

Suami jarang berada dirumah dan sering keluar atas alasan kerja. Namun pkp 1.0 pada tahun 2020 menyebabkan suami terpaksa stay at home selama 24hrs.

Saya merancang pelbagai strategi untuk mendapatkan semula hati suami dan cuba untuk mendapatkan zuriat.

Pada jun 2020 saya disahkan hamil dan sangat bersyukur dengan kekuasaan Allah.

Saya beritahu suami namun tidak ada kegembiraan pada wajahnya dan akhirnya saya memberitahu bahawa saya sdh mengetahui hubungannya yang terjalin dengan A.

Suami sedikit terkejut namun tiada yang berubah. Dia tetap melayan A seperi biasa juga tetap melayan saya sebagai isterinya yang membuatkan hati saya terpikat semula.

Suami juga melarang saya untuk menghubungi A klu nak perkahwinan selamat. saya turuti kehendak suami.

Bagi saya, A tetap menjaga batasnya kerana berdasarkan chatting mereka yang saya lihat hanya suami yang beria2 dengan A.

Suami sering mengajak A keluar namun A menolak dengan pelbagai alasan. A hanya menjadikan suami tempat untuk meminta pertolongan apabila mempunyai masalah.

saya membaca semua chat apabila suami tidur kerana suami jenis tidak lock telefon hihihi oh ya suami juga berlakon didepan A. Suami seolah2 menjadi orang yang tidak berani dengan isteri kerana A sering bertanya “kenapa chat kalau dirumah”

Namun suami menjawab bahawa saya sedang keluar padahal saya berada disebelah suami sahaja ataupun saya sedang tidur padahal saya sedang menonton tv.

Lahirnya anak sulung kami memberikan kegembiraan buat suami. Ayah saya menegur suami untuk mempost gambar kami bertiga kerana semenjak berkahwin malah gambar kahwin juga tidak pernah di post suami. Suami akur dan mempost gambar tersebut.

Namun membuatkan hubungannya dengan A hancur. A tidak ingin merosakkan hubungan keluarga kecil kami dan meminta memutuskan hubungan. Suami menjadi tidak keruan dan hilang arah.

Saya telah mencadangkan untuk suami berkahwin dengan A sahaja iaitu berpoligami namun suami mengatakan dia tahu hati A dan tahu A tidak bersetuju disamping keluarga A juga turut menolak suami atas perbuatan yang lepas. Suami tidak mahu A terluka lagi.

A telah memblock suami dari semua tempat. Suami tidak boleh menghubungi A dan keadaan suami sangat membimbangkan. saya menasihati suami bahawa ini adalah takdir dan berharap suami faham bahawa jodohnya adalah saya walaupun terpaksa.

Susah sangatkah untuk menerima dan berdamai dengan takdir?

Saya merelakan untuk berpoligami kerana menurut saya ianya adalah karma yang harus saya terima dan bayar kerana telah menghancurkan hubungan mereka.

Saya tidak mahu melepaskan suami disebabkan anak yang masih berusia 6 bulan. Saya kasihankan anak saya. Apa yang patut saya lakukan?

– Izah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *