Polig4mi Orang Sekarang Tak Sama Dengan Polig4mi Nabi

Tiap kali naik isu poligami disebabkan orang terkenal, ramai netizen kata baguslah ikut sunnah Nabi.

Siap kecam bini pertama, kecam ibu bapa sendiri yang tak merestui anak berpoligami. Konon lawan tuntutan agama.

Mereka lupa fakta:

1. Dalam Al Quran, ayat berkaitan poligami tujuannya untuk membela nasib golongan yatim.

Sama ada anak yatim piatu atau janda yang kematian suami, hilang tempat bergantung. Bukan berpoligami untuk puaskan nafsu kemaluan sendiri.

2. Isteri pertama Nabi iaitu Siti Khadijah tidak pernah dipoligamikan. Nabi hanya berpoligami setelah kematian isteri yang paling dicintainya itu.

3. Semasa Nabi berpoligami, Nabi telah dilantik menjadi pemimpin tersohor yang perlu berurusan dengan ramai pemimpin lain.

Perkahwinan dengan Aisyah juga adalah untuk menjaga hubungan rapat sahabat.

4. Kesemua isteri Nabi yang dipoligamikan adalah janda kecuali Aisyah dan Mariah. Ini kerana Nabi mahu meringankan beban isteri² para sahabat yang telah mati syahid dalam peperangan.

Mereka tiada tempat bergantung. Memandangkan Nabi adalah pemimpin tertinggi, Nabi ada keupayaan untuk membantu mereka.

Ini bertepatan dengan ayat dalam Al Quran di mana poligami adalah untuk membantu yatim piatu.

5. Mariah pula adalah hamba cantik yang dihadiahkan oleh gabenor Mesir kepada Nabi. Kalau kita jadi pemimpin pun, kita takkan menolak hadiah demi jaga perhubungan.

Mariah pula sudah maklum, kalau jadi hamba pada zaman tersebut, memang tugasnya melayan kehendak tuan. Jadi dia dikira termasuk menjadi isteri dan dipoligamikan walaupun asalnya hanya hamba.

6. Nabi sendiri tak suka anaknya Fatimah dipoligamikan oleh Ali. Jadi tak salah sebenarnya kalau seorang isteri atau ibu bapanya menolak poligami.

7. Manusia ni hanya akan sayang seorang insan melebihi yang lain. Disebabkan itu, ayat Quran sendiri sudah bagi warning yang tak akan ada sesiapa mampu berlaku adil bab hati dan perasaan.

Memang akan sentiasa ada konflik. Kalau mampu adil pun hanya bab material (bagi yang mampu sahaja).

8. Ramai orang lelaki zaman sekarang hanya nak berpoligami kerana mahu kumpul ramai bini cantik untuk pertandingan, untuk berlawan sesama lelaki tunjuk macho siapa mampu nikah lebih dari satu,

tidak mahu belajar menahan nafsu (sex addicted) yang boleh merosakkan tubuh badan, tidak faham sejarah Nabi dan ayat Al Quran lalu memfitnah baginda Nabi dengan sesuka hati mengatakan poligami itu sunnah Nabi.

Sunnah Nabi yang sebenarnya adalah bertahan hidup dengan isteri pertama sehingga isteri pertama meninggal dunia.

Adakah yang berpoligami sekarang ni sama macam Nabi? Tak sama langsung sebab semuanya mendua, tiga dan empatkan isteri pertama.

Jadi janganlah mencemar nama baik Nabi Muhammad junjungan kita dan ayat suci Al Quran dengan fitnah yang semakin berleluasa.

Kalau kita hidup di zaman Nabi yang selalu berperang, memang poligami adalah sangat mustahak. Ramai mati syahid meninggalkan balu dan anak yatim.

Tapi zaman ni umat manusia terlalu overpopulated dan di Malaysia sendiri, bilangan lelaki melebihi wanita. Kalau kerajaan halang poligami pun lebih afdhal demi menjaga kesejahteraan umat.

Sekian.

– Rahim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *