Assalamualaikum semua, sebenar saya dah lama nak berkongsi pengalaman poligami saya tapi saya takda kekuatan untuk menulis sehingga saya terbaca confession daripada ‘Saya Sangka Saya Redha Berpoligami’.
Untuk part I, (https://iiumc.com/saya-sangka-saya-redha-berpoligami/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/saya-sangka-saya-redha-berpoligami-ii/).
Sebagai pengenalan pendek, saya berkawan dengan suami selama 7 tahun, sejak saya berumur 19 tahun.
Sewaktu kami bertunang, bermulalah semua episode dugaan ‘bertunang’. Saya bertunang pada tahun 2015 (ketika saya berumur 25 tahun) dan merancang pernikahan pada awal 2016.
Namun, pada akhir tahun 2015, beberapa bulan sebelum pernikahan, tunang pada masa tu (sekarang suami) mengaku yang dia dah berlaku curang. At first, saya macam dalam denial, sebab takda sikit pun saya rasa kelainan pada dia.
Kami dah biasa PJJ. Saya memang sentiasa bagi ruang dan sentiasa percayakan tunang. Sehinggalah saya buat keputusan tekad untuk putus tunang dan teruskan kehidupan sendiri. Sakit dia, hanya Allah SWT yang tahu.
Bayangkan, beberapa bulan nak bernikah, girlfriend atau gf (perempuan yang bercinta dengan tunang saya) message saya mintak izin untuk menjadi madu saya.
Apa agaknya perasaan reader bila kita belum kawin lagi, tapi ada orang dah beratur nak bermadu dengan kita? Allahuakbar. Sebab tu saya buat keputusan untuk putus tunang sebab saya relakan tunang saya bersama gf yang dia sayang. Maaf jadi panjang pulak.
Pada malam saya buat keputusan untuk putus tunang, saya tanya tunang saya betul-betul, pilih yang mana satu. Saya redha kalau dia tak pilih saya, tapi dia tak bagi keputusan dan tetap nak saya dan gf dia tu.
Jadi, saya undur diri. Saya bagi kata terakhir saya. Saya text bakal mak mertua saya, saya dah cuba pujuk tunang saya tapi tak berjaya.
Pada waktu ni, saya kerap mintak nasihat dari bakal mak mertua (pada masa tu, sekarang tetap menjadi mak mertua saya) dan agak rapat dengannya.
Saya berada di KL ketika itu. Saya off-kan handphone untuk mencari ketenangan sepanjang malam tu tapi saya bangun solat malam, berlama-lamaan dengan Allah SWT, allahuakbar, rindu jugak waktu-waktu tu.
Rasa terlalu dekat dengan tuhan. Dalam doa saya dengan penuh kesungguhan malam tu, saya minta petunjuk pada Allah SWT, andai kuat jodoh antara saya dan tunang berikan petunjuk, percepatkanlah pernikahan kami.
Kenapa saya doa untuk percepatkan? Sebab pada waktu kejadian adalah pada Januari, kami merancang untuk bernikah pada bulan Mac.
Allahuakbar, sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar, pada esoknya, kakak yang tinggal serumah dengan saya di KL maklumkan untuk saya call mak ayah saya di kampung, sebab ada hal emergency.
Bila saya call, parents mintak saya balik ke kampung dengan segera sebab ex-tunang dan family akan datang ke rumah jumpa parents saya tapi tak bagitau atas alasan apa.
Mungkin nak putus tunang secara official, tekaan saya. Jadi, saya pun bergegas balik ke kampung dan tunggu ketibaan ex-tunang dan family.
Bila tiba je ex-tunang dan mak dia, saya hanya tunggu dalam bilik. Hanya parents saya je berjumpa dan bercakap dengan ex-tunang.
Rupa-rupanya, ex-tunang minta maaf secara terbuka dan mengaku yang dia telah berlaku curang dengan saya dan buat keputusan untuk meneruskan pernikahan.. tetapi lebih awal. Allahuakbar.
Bila saya dengar je request tu, saya tak tau nak gambarkan perasaan saya. Saya je yang tahu apa yang saya minta dengan Allah SWT.
Pernikahan tu diminta untuk berlangsung 2 minggu dari hari kejadian ni. Saya diberi peluang untuk bercakap secara personal dengan ex-tunang, sama ada setuju atau tidak dengan request tu.
Saya sayang dia, 7 tahun bersama dia. Susah senang, technically membesar dengan dia. Akhir ye, saya setuju.
Sepanjang 2 minggu persiapan untuk pernikahan, saya takda perasaan. Happy takda, nervous pun takda. Saya macam blur. Mungkin sebab terlalu sakit dikhianati.
Walaupun dia dah mintak maaf dan berjanji untuk putus dengan gf dia. Sehingga hari pernikahan, habis majlis pernikahan, alhamdulillah, saya bergelar isteri kepada bekas tunang yang putus satu hari je. Haha. Kami solat maghrib berjemaah pertama kali bersama-sama.
Selepas solat, suami pandang saya, salam saya, dan sincerely minta maaf dan berjanji akan mulakan hidup baru. Saya rasa, itulah moment saya paling indah. Saya dapat rasa betapa ikhlas suami minta maaf dan nak hidup dengan saya.
Selama 2 minggu selepas pernikahan, saya sangat bahagia. Sama macam orang lain yang baru kahwin. Berkepit ke sana sini. Sehinggalah satu hari tu, suami tertinggal ipad di umah, ipad suami rupa ye connected dengan Apple ID dekat Iphone suami.
So, bila ada orang call nombor suami, secara automatic akan naik dekat ipad jugak. Saya rasa tak sedap hati dan saya angkat panggilan tu.
Saya dengar suara perempuan, bermanja-manja panggil nama suami. Astagfirullahazim. Saya terus minta perempuan tu berterus terang, tapi perempuan tu minta suami saya jelaskan ke semuanya. Jadi, saya terus call suami untuk tau perkara sebenar.
Suami memang sangat terkejut, dan akhirnya minta saya berjumpa dengan perempuan tu di kedai makan. Kami berjumpa 3 orang secara berdepan.
(Allahuakbar, tak sangka menitis jugak air mata saya menaip pada waktu ni). Rupa-rupanya, perempuan tu adalah gf suami ketika dia curang sewaktu kami bertunang dulu.
Yang paling saya rasa terduduk, gelap dunia, bila suami kata, gf dia mengandung anak luar nikah, dan anak tu anak dia. Allahuakbar. Tapi saya tak nangis dekat situ, saya marah tapi marah bukanlah sampai hilang iman.
Ni bukan drama, saya betul-betul menghadapi benda ni. Dorang berdua kata dah cuba macam-macam cara nak gugurkan anak tu, tapi tak berhasil, dan gf suami buntu jadi terpaksa mencari suami saya semula.
Bayangkanlah perasaan saya, yang baru 2 minggu bernikah, bersanding belah saya pada bulan Mac, iaitu beberapa bulan dari hari saya tau suami saya ada anak luar nikah.
Sepanjang tu saya buntu, menangis tu, saya tak boleh kira dah. Suami kadang-kadang hilang bila saya mandi.
Keluar umah tanpa bagitau. Kadang-kadang pukul 4 pagi keluar umah, berjumpa dengan gf. Apa perasaan saya sebagai isteri?
Saya tetap teruskan majlis resepsi di kampung, dengan hati punah, pecah retak berderai. Apa saya fikir, saya teruskan majlis, untuk kebahagiaan saya sendiri.
Suami ada pergi kaunseling dengan ustaz/ ustazah untuk nasihat atas situasi kami.
Ustaz/ ustazah kata, keputusan untuk teruskan pernikahan tu terletak pada saya, sama ada saya nak bercerai atau saya nak terus jadi isteri. Suami tau dia berada di pihak yang salah jadi dia malu nak pujuk saya untuk terus bersama dia.
Saya pulak takda rasa pun nak minta suami pilih antara saya dengan gf dia tu sebab saya tau, suami kena bertanggungjawab, perempuan tu dah mengandung anak dia. Sayalah orang paling layak untuk berundur.
Saya tetap bangun solat malam, menangis pada-NYA. Saya minta petunjuk, setiap kali saya istikharah, saya akan mintak dengan permintaan yang direct dan jelas.
Contoh pada kali ni, saya minta Allah SWT berikan saya petunjuk, andai jodoh saya dengan saya dan suami kuat, izinkan saya juga untuk mengandung dalam masa terdekat. Sebagai tanda kekuatan saya untuk terus bersama suami dan bermadu.
Saya ulang doa yang sama setiap hari sehinggalah sehari sebelum majlis resepsi saya, saya rasa saya mengandung sebab saya muntah-muntah teruk.
Allahuakbar. Allah SWT bagi jelas pada saya petunjuk dalam setiap doa saya. Sedikit sebanyak saya gembira. Saya juga mengandung. Alhamdulillah. Bahagia jugak saya sewaktu saya bagitau suami pada malam majlis resepsi dekat sebelah suami.
Saya minta maaf, rasa ye sudah agak panjang tapi takpalah, kalau coretan saya tidak disiarkan, saya okay je).
Saya teruskan cerita ya. Selepas habis majlis resepsi di kedua-dua belah pihak, saya dan suami honeymoon di Korea.
Suami saya tau saya suka sangat melayan Running Man jadi suami hadiahkan honeymoon dekat tempat favorite saya. Saya ketepikan semua perasaan sedih, pedih saya, saya bahagia kan diri saya sepanjang honeymoon, plus saya pun pregnant.
Saya minta suami manjakan saya sepanjang dekat sana memandangkan kami jauh dari keluarga. Dalam penerbangan balik, naluri seorang isteri, saya dapat rasa, sebaik je saya touch down dekat Malaysia, saya tau suami akan bernikah satu lagi.
Saya tau, saya takkan jadi ‘the only wife’, saya tau saya akan bermadu. Saya coretkan satu perenggan khas untuk suami, supaya suami buat yang terbaik untuk saya dan bakal anak kami. Seakan-akan hati ni bersedia menghadapi apa sahaja.
Betul tekaan saya, 3-4 hari saya pulang dari honeymoon, suami pulang ke kampung sendiri bersama gf menaiki bas dan saya yang hantar mereka berdua ke stesen bas.
Suami tak pernah bagitau pun intention dia balik ke kampung, betul ke nak bernikah, atau sebaliknya.
Tapi saya dengan hati yang kosong, melihat kelibat suami dan gf dia hilang dari pandangan berdua-duaan, ke arah stesen bas dan kuat hati saya ketika itu, meneka suami akan pulang bernikah di Thailand.
Reason being suami nikah cepat-cepat sebab mereka cuba untuk membin/ bintikan anak luar nikah tu dengan nama suami tapi menunggu honeymoon saya selesai.
Betul-betul lah saya honeymoon, balik honeymoon dapat madu. Jadi, genap 2 bulan saya bernikah dengan suami, saya dimadukan.
Sebenarnya, saya tak dapat nak ringkaskan, sebab cerita saya ni merangkumi pengalaman saya selama 4 tahun bermadu.
Selepas saya dimadukan, saya keguguran dan hilang pekerjaan. Dan bermulalah kisah pahit saya mencari redha poligami.
Saya bukan berniat nak berkongsi pahit nya bermadu, tapi saya sebenar nya nak cerita kan apa hikmah dalam hidup saya sepanjang apa yang berlaku selama 4 tahun bermadu ni.
Cuma, saya perlu ceritakan betapa pahit ye proses saya mencari keredhaan dalam poligami untuk pembaca nampak betapa besarnya hikmah yang besar dan baik, di sebalik pahit ye sebuah poligami.
Apa yang saya baru ceritakan hanya permulaan bagaimana saya terpaksa bermadu seawal umur 26 tahun.
Sekarang saya dah berada dalam tahun ke-4 bermadu, saya dan madu berada di tahap, beraya bersama dengan keluarga suami, tidur sekatil dengan anak-anak, dan macam kawan sebab madu saya setahun muda dari saya.
Suami juga sangat adil dan alhamdulillah, kami sentiasa belajar dari semasa ke semasa.
Cuma, andai ada yang nak saya kongsikan pengalaman saya lagi, disebalik apa yang terjadi selepas cerita di atas, dan macamana saya menghadapinya, in shaa Allah, saya akan cuba mengarang lagi.
Sampai disini sahaja buat kali ni, andai disiarkan, alhamdulillah dan terima kasih kerana membaca. Jazakillahu Khairan.
– Yang Pertama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit