Hi semua. Aku Nia, nama samaran. Sedikit sebanyak aku nak ulas sikit pasal isu lelaki kahwin 2, 3, 4. Lelaki yang komen ‘poligami kan sunnah, hal yang baik, kenapa nak larang bla bla bla’. Yang tak komen macam tu, boleh abaikan.
Isu poligami ni lelaki memang suka. Ya suka. Banyak jugak individu pempengaruh yg kahwin kali ke dua. Yang viral kann.
Isteri pertama? Mostly meroyan, bising, bergaduh. Kaum lelaki? ‘Tak perlu nak marah marah, lelaki boleh kahwin 4’
Ya. Lelaki boleh kahwin 4. Even Rasulullah pun berpoligami. Tapi, most of the kes dekat Malaysia ni berbeza.
1) Rasulullah tak tipu isteri pertama.
Lelaki sekarang, kata pergi kerja, rupa rupanya dating dgn bakal isteri no 2 ( Aku panggil betina la eh).
Lelaki sekarang, kata ada meeting, balik lambat, ada ride, ada kerja, bini 1st pun percaya, rupa rupanya keluar dengan betina tu. Wife ajak pergi beli barang, pergi jalan jalan, tak nak, tapi keluar dengan betina lain, boleh.
Kau rasa Rasullullah nak dapat isteri ke 2 ke 3 ke 4, dengan cara macam tu ke?
Menipu dan mengkhianati. Itu kebanyakan lelaki sekarang buat untuk kahwin kedua.
Rasullullah kalau nak kahwin lain, takde dating dating kat padang pasir wey. Takde berdua duaan makan even dekat tempat public. Takde lah nak berbaby baby, bersayang sayang, ber uhibbuka uhibbuki bagai.
2) Rasulullah guna orang tengah nak berkenalan dengan perempuan lain.
Kalau korang serius nak berpoligami, ikutlah cara Rasulullah wey. Guna org tengah, Bila , Umar etc.
Bilal Umar yang settlekan selidik tanyakan untuk Rasulullah. Bukan macam kau, DM PM Whatsapp, ‘Hi apa khabar, dah berpunya?’ ‘Cantiknya macam bidadari’, ‘Tak sihat ke, saya boleh tolong bwk klinik’ Anak bini kat rumah demam, takde pulak tanya khabar.
Lepas tu, isteri kau tengah berpantang, tengah jaga anak, kau enjoy pegang pegang betina lain, bawak jalan jalan. Ini yang kau kata boleh poligami?
Rasululullah tu nak poligami tengok tapak tangan dengan muka je wey. Hat kau? nak mandi tunjuk gambar, nak tidur tunjuk gambar.
Yang betina pun sama, whatsapp la gambar kan, gambar sopan? A BIG NO HAHHAHAHAHA. Melentik, melirik, mendada eh semua laaa pakej betina. Selagi boleh tunjuk, tunjuk. Ini kau kata poligami sunnah kau?
3) Rasullullah kahwin untuk tolong wanita.
Rasulullah kahwin bukan fun fun. Penuh tanggungjawab. Satu satunya wanita yg masih dara adalah Aisyah R.A. Kau? Isteri pertama sampai ke empat nak yang virgin je.
Berbelas belas lagi isteri Rasullullah tu balu kematian suami dalam perang. Rasulullah bantu. Kau?
Kalau betul laa lelaki kat Malaysia ni nak poligami sebab nak bantu wanita, akak rider Food Panda ke apetah yang bawak anak OKU naik motor masa buat kerja tu, nape takde sape yang nak poligami. Kan sunnah tu?
4) Katanya poligami nak elak zina.
Eh kau. Bini 1st tu org gaji ke bibik ke? Sekadar jaga anak, kemas rumah, masak, tu? 1st thing 1st, jaga kemaluan, jaga pandangan. Kalau tak jaga, tak payah sembang poligami lah geli.
Aku takde lah nak suruh korang jadi macam Rasulullah sangat. Tapi tak payah laa salahgunakan kesucian poligami tu. Geli tau nak poligami tapi harey 1 pun tak ikut cara Rasulullah.
Few yang viral, ada perempuan lain masa isteri berpantang wey. Kau kenapa wey? Kau ingat Rasulullah punya poligami macam tu ke? Pastu kata takpe, sunnah.
Tak kisah laa kau mampu dari segi financial ke. Kau mampu sekalipun, tapi kau nak poligami dengan cara jijik tu, baik tak payah la.
ITU SEMUA CURANG, PENGKHIANATAN, PENIPUAN, TAKDE BELAS KASIHAN, MENGANIAYA.
Sila jawab di akhirat nanti dan tak perlu nak fun fun ‘takpe, lelaki boleh kahwin 4’.
GELI! Ko*e kau yang gatal tak reti nak jaga kemaluan as perkara yg diwajibkan dlm islam, kau nak bagi alasan poligami sunnah.
Kbye!
– Nia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Yg point no 3 tu, pernah dulu staff lelaki kat opis aku ckp dia nak kawen dgn staff department sebelah sbb kesian janda anak 1, lgpom dia mampu katanya. Aku cakap la kat abg tu, janda tu ade keje lgpom anak sorg je, xde masalah dia nak tanggung anak dia. Aku tambah lg aku ckp klu btl nak tolong cri janda anak 10 yg xde keje tu. Dan2 dia ckp xpernah jumpa janda anak 10. Aku pom jawab la, kat kg saya ade sorg bang, klu abg nak sy tolong pinangkan. Terus senyap member.
Moralnya xyah la cakap nak tolong janda, cakap je gatal nak bernikah. Xyah acah2 tunggang agama.