Polis Pun Tak Kisah

Apa perasaan korang kalau korang terbangun tengah malam nampak ada lelaki mabuk tak pakai seluar kat dalam bilik korang?

Lepas tu bila buat laporan polis, polis gelak je dan tak ambil serius langsung.

Geram tak?

Sadly enough, inilah yang jadi pada aku dengan 2 orang kawan aku baru baru ni.

Kitorang sewa apartment dekat Kota Kinabalu masa bercuti kat sana over the weekend.

Oh yeah, kami bertiga semua perempuan.

Aku terjaga dari tidur malam tu bila dengar kawan aku jerit. Kitorang bertiga tidur satu bilik. Aku ingat ada binatang berbisa ke apa.

So aku cepat cepat bangun. Tengok pintu bilik terbuka luas. Bau busuk semerbak dalam bilik. Aku tengok ada menda melepek depan pintu bilik. Aku pakai specs tengok, jeans dengan spender.

Aku rasa cam nak gugur jantung ni.

Time tu pukul 2.30 pagi.

Cepat cepat aku call agent yg sewakan apartment tu tapi missed call, tak angkat.

Kawan aku seorang turun ground floor panggil pakcik guard. Aku stay atas dengan seorang lagi.

Time tu aku baru perasan bau busuk tu sebenarnya bau najis.

Seluar yang melepek tu penuh dengan najis cirit. Habis lantai apartment tu.

Tak tahu kenapa. Aku pergi ke tandas. Cuba buka, tak boleh. Kunci dari dalam. Aku ketuk suruh keluar.

Ye aku tahu, sepatutnya aku tunggu pakguard dari bawah datang before buat apa apa. Mana la tahu orang dalam tu agresif ke apa kan. Tapi waktu tu 2.30pagi. Otak aku tak rasional.

Aku senjata apa pon takde.Kawan aku pegang pepper spray time tu.

Anyways, ngam ngam dia buka pintu pak guard sampai. Keluar lelaki cina bau beer campur diarrhea semerbak. Nak muntah aku rasa. Tak pakai seluar. Pakai t-shirt polo je.

Aku tanya u siapa? Kenapa masuk rumah kami? Dia tak jawab. Terus lari keluar.

Pakguard tangkap.

Then aku terus call 999 inform pasal break in. Dalam 15 minit 2 orang anggota polis sampai. Seorang muda seorang tua sikit.

Dia tanya apa jadi. Aku dengan kawan cerita la. Belum habis cakap, dia tanya pintu kunci tak. Kitorang tergamam time tu sebab tak sure. Semua orang tak perasan samada ada check locked atau tidak.

Aku admit part ni kecuaian kitorang la sebab tak check.

Bila pakcik polis ni tahu yang si mabuk ni masuk bilik sebab pintu tak kunci, dia gelak.

Then dia tak mahu dengar dah cerita kami.

Dia just cakap oh orang ni mabuk biasala salah masuk rumah.

Aku keep on cakap, encik saya tahu pintu mungkin tak locked tapinya dia masuk dalam bilik yang ada 3 orang perempuan.

And dalam keadaan tak pakai seluar.

Mungkin kejadian ni biasa untuk kau seorang polis. Tapi kitorang ni defenceless women okay.

Kami call polis dengan harapan polis boleh bagi reassurance ke apa.

Tapi polis datang dengar cerita,gelak gelak and dismissed apa yang berlaku.

Aku naik geram la. Sampai air mata dah keluar. Aku cakap lagi encik kalau anak encik yang tengah tidur malam malam kemudian lelaki tak pakai seluar masuk dalam bilik, encik akan gelak gelak macam ni juga ke?

Dia keep on cakap, orang ni mabuk je. Dia tersilap masuk, kamu la yang silap tak kunci pintu. Kalau kamu report pon takde apa yang kami akan buat dia cakap.

At that point aku jadi sakit hati and sedih sangat. Dahtu, kalau kitorang kena rogol tadi camna? Still salah kitorang la sebab tak kunci pintu?

Oh by the way, polis 2 orang yang datang ni langsung tak masuk pon apartment kitorg.

Dia berdiri dekat hallway je.

Bukan sepatutnya kau kena investigate ke tempat kejadian.

Also, pakguard apartment yang datang tolong tu aku rasa lebih profesional.

Diorang tahan si mabuk.

Apparently si mabuk duduk floor yang sama, silap masuk bilik.

Pakguard cakap pada si mabuk, ya kami faham kamu silap, tapi ini salah kamu buka seluar di rumah orang.

Then aku cakap takpa, saya nak report je.

Aku cam buntu dah time tu. Kitorang tiga orang semua perempuan. Takde sedara ke kawan lelaki pon dekat Kota Kinabalu ni.

So kami drive la pergi Pejabat Polis Trafik Kota Kinabalu, tepi Atkinson Tower tu.

Sampai sana kami cerita semula dekat 2 orang anggota polis kat sana. Yang ini perempuan. Diorang gelak juga.

Mungkin funny la kot sebab orang mabuk berak dalam apartment orang kot.

Aku tak faham la.

Then dia call inspektor diorang. Inspektor dia cam tak mahu terima case tu.

So polis pejabat tu suruh kami drive pergi IPD Kota Kinabalu dekat Karamunsing pula jumpa dangan inspektor kat sana.

Waktu tu dah almost 4 pagi.

Sampai sana same story la basically.

Dia pujuk kami untuk tak report sebab honest mistake.

Also, he laughed again sambil hisap2 rokok.

Aku tak faham kenapa benda ni funny sangat.

Still funny ke kalau kitorang dah kena sexually assaulted.

Ye mungkin si mabuk tu masuk sebab nak cari toilet. Tapi lepas tu camna. Bila dia realize ada 3 perempuan sana, camna kalau dia rasa nak assault kitorang?

So kitorang tunggu sana dalam 30 minit sementara inspektor tu soal siasat si mabuk which dah sobered up.

Then dia panggil kitorang semula.

Beritahu dia akan tahan si mabuk tu malam ni.

So kitorang leave the police station and decide untuk pindah keluar malam tu jugak.

Iyela rumah bau cirit macam mana nak tidur sana.

And bila dah balik baru aku realize, kitorang takda dapat salinan report polis pon.

Maksudnya diorang tak failkan pon kejadian malam tu.

Just sweep everything under the rugs.

Aku bukan la nak suruh si mabuk tu masuk penjara ke apa.

At least dengan ada buat report,at least benda ni tak berulang lagi la.

Rasa disappointed sangat. Macam ni pihak polis Sabah handle victims ye, i wonder.

Al maklumla kami ni nobody je kat Sabah. So tak perlu layan la.

Nak minta tolong siapa siapa pon kami tak kenal di KK.

Nak tunggu ada yang terkorban dulu baru naik fail report.

Serius aku kecewa.

– DRA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *