Politik Kilang

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya cerita saya di publish.

Tujuan saya berkongsi cerita dan bertanya pendapat kepada pembaca semua apakah langkah seterusnya yang harus saya lakukan dan tindakan apakah yang saya perlu ambil untuk menyelesaikan masalah ini.

Harap maaf jika penulisan saya kurang baik kerana selama ini saya tidak pernah menulis. Tujuan saya menulis cerita ini juga bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Untuk pengetahuan semua saya berumur 30-an dan menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah kilang yang di utara tanah air.

Saya baru setahun bekerja dikilang tersebut dan pada permulaan yang agak bagus kerana boss dan rakan sekerja yang baik hati. Saya amat bersyukur sekali bila berada dalam persekitaran kerja tersebut.

Dikilang tersebut kebanyakan pekerjanya bekerja lama ada yang sampai mencapai usia 30 tahun berkerja dan saya mempunyai 10 orang staff bawahan.

Di dalam jabatan saya terdapat 2 orang pekerja yang senior (yang mana telah berkerja lebih dari 20 tahun) dan mereka berasal daripada level operator dan dinaikkan pangkat sehingga ke status eksekutif. Seorang bernama Suzi dan seorang lagi bernama Yaya (bukan nama sebenar).

Suzi merupakan seorang yang peramah dan banyak bercakap. Dia bijak mengambil hati. Setiap hari dia datang ke tempat kerja meja, dan tempat saya dia akan kemas kan dahulu. Padahal terdapat cleaner tapi dia amat rajin sekali kerana katanya dia suka melakukan kerja tersebut.

Pada permulaan saya di layan seperti raja sehingga satu tahap saya risau kerana dia membancuh kopi untuk saya dan rajin membeli sarapan untuk saya walau tidak disuruh. Pada permulaan saya menolak tapi saya terpaksa terima kerana saya tidak mahu Suzi berkecil hati.

Selepas 2 bulan bekerja majikan telah mengambil jurutera sebagai pembantu saya dan perangai Suzi mula berubah.

Setiap hari ada bermacam laporan berkenaan jurutera tersebut dan Suzi suka mengada-adakan cerita dan mengapi-api kan majikan saya sehingga satu tahap jurutera tersebut berenti dengan sendirinya.

Beliau hanya bekerja selama dua minggu dan kerana tidak tahan dengan perangai Suzi.

Yaya dan Suzi berkawan baik kerana mereka berdua sudah bekerja bsersama-sama agak lama. Dan Yaya apa yang Suzi katakan Yaya akan mengiyakan sahaja.

Selalunya aktiviti Suzi dan Yaya setiap pagi ialah mengumpat dan mengata pasal orang lain. Saya tak berani menegur mereka kerana hubungan mereka dengan majikan agak erat dan kerana sejarah mereka yang lama yang membuatkan saya mendiam kan diri.

Suzi sudah berumur 50-an dan dia menunggu masa untuk pencen sahaja tetapi cara pemakaian, pertuturan, perangai tak seperti orang yang berumur seperti itu.

Waktu kerja Suzi dari 8 sehingga 5 petang hanya dihabiskan dengan bermain tiktok, facebook dan Instagram. Saya tidak berani cakap apa-apa kerana setiap kerja yang diberikan oleh saya atau majikan selalu Suzi akan siapkan.

Selepas sebulan majikan lagi sekali mengambil seorang jurutera dimana untuk menbantu Suzi membuat kerja. Dan Suzi tidak berpuas hati kerana dia perlu melaporkan setiap kerjanya kepada jurutera tersebut.

Saya namakan dia fara ( bukan nama sebenar ) sebelum fara masuk majikan sering memuji-muji fara tentang kebolehan nya dan itu telah membuatkan Suzi tidak senang duduk.

Apabila fara masuk kerja sekali lagi Suzi menfitnah fara. Fara telah dimalukan di hadapan khalayak ramai oleh Suzi.

Pada hari ketiga Fara bekerja di syarikat tersebut fara telah bertanyakan hal kerja kepada Suzi dan dia telah menjerit kepada fara seolah-olah mahu memalukan fara.

Fara hanya mendiam kan diri dan tidak bercakap apa-apa. Selepas pulang dari kerja fara telah menulis email kepada majikan saya tentang perkara yang dilakukan oleh Suzi kepadanya.

Oleh kerana Suzi mempunyai sejarah yang lama dengan majikan saya sekali lagi Suzi menang.

Dia Berjaya buat majikan saya untuk memecat fara padahal fara Ketika itu amat memerlukan kerja untuk menyara keluarganya. Saya amat sedih sekali kerana tidak dapat memujuk majikan daripada memecat fara.

Tidak lama selepas itu sekali lagi majikan saya memgambil seorang jurutera senior untuk membantu saya di dalam melakukan tugas harian. Saya nama kan dia sebagai Nor ( Bukan nama sebenar ),

Nor seorang yang lemah lembut dan pandai mengambil hati Suzi dan Yaya. Setiap hari Nor akan membawa sarapan pagi buat mereka berdua. Nor seorang peniaga MLM part time dan Nor bijak berkata-kata.

Setiap hari masa Nor bukan lah dihabiskan untuk membuat kerja. Setiap hari Nor akan mempromote produknya di whatsapp dan facebook.

Oleh kerana Nor pandai bermain kata-kata dan bijak mengambil hati Suzi dan Yaya Cuma mendiamkan diri akan tetapi di belakang Nor bermacam- macam Suzi,

Dan Yaya membuat cerita sehingga satu tahap saya tidak tahan dan saya telah menegur Nor untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan didalam masa yang ditetapkan.

Permainan Suzi dan Yaya melaga-laga kan saya dengan Nor telah Berjaya dan sekarang Nor telah bermasam muka dengan saya.

Selepas Nor berjumpa dengan majikan kerana tidak berpuas hati dengan teguran saya Nor telah ditukarkan ke jabatan lain.

Selepas peristiwa itu majikan dengan saya menjadi agak rengang dan saya tidak tahu puncanya. Saya kerap dimarah dan diherdik dihadapan rakan sekerja yang lain.

Sekarang juga Suzi dan Yaya telah memulau saya dan seperti benci dengan saya. Mereka telah menjadi rapat dengan Nor seolah-olah apa yang mereka lakukan sekarang sebenarnya hendak menjerat saya.

Setiap hari saya hadir bekerja ade sahaja topik untuk Suzi dan Yaya berbisik-bisik dan memerli saya.
Saya rasa sangat sedih sekarang dengan keadaan ekonomi yang kurang baik amat sukar untuk saya mendapatkan peluang pekerjaan yang lain.

Saya sepatutnya tidak mempercayai Suzi dengan Yaya terlalu awal. Tetapi nasi dan menjadi bubur sekarang. Inilah dikatakan mainan politik di kilang.

Yang pandai berlakon dan bermain kata-kata akan menang dan boleh bekerja lama di sana. Siapa yang kurang arif dan tidak pandai bermuka-muka akan dipulaukan dan diberhentikan kerja.

Mohon doa pembaca semua untuk saya di jauh kan dari orang yang zalim dan saya cepat mendapat kerja yang lain.

Dalam masa yang sama minta pendapat semua apa yang harus saya lakukan untuk menghadap perangai manusia-manusia yang jahat dan hasad dengki di tempat kerja tersebut.

Akhir kata terima kasih Admin sebab sudi menerbitkan cerita saya. Mohon maaf jika ada tersalah kata dan tatabahasa didalam penulisan saya.

– Emyliana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *