Politik Pejabat

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sebab siarkan luahan hatiku ini. Aku berharap sangat-sangat agar ianya disiarkan. Maaf jika tulisanku sedikit berterabur.

Namaku Yani (nama samaran). Masih single dan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Aku bekerja di sebuah jabatan kerajaan di negeri pantai timur sedangkan aku berasal dari negeri utara. Aku tinggal menyewa bersama pelajar-pelajar IPT yang belajar berdekatan dengan tempat kerjaku.

Aku merupakan pelajar kelulusan Phd di sebuah universiti tempatan, alhamdulillah.

Setelah tamat Phd aku diserap masuk ke sektor awam dengan Gred 41 setelah lulus peperiksaan online dan temuduga. Dan aku telah pun menjejakkan kaki ke dalam sektor awam ini 5 tahun yang lepas.

Selama 5 tahun aku berkhidmat, aku sangat tertekan. Aku penat. Sangat-sangat penat. Sebulan setelah aku lapor diri di tempat kerja, aku dihujani dengan pelbagai kerja oleh pihak atasan.

Kadang-kadang kerja tersebut di luar tugas hakikiku sendiri. Alasannya “Yani bijak, Yani lulusan Phd. Yani mesti boleh buat punya”.

Boleh dikatakan hampir setiap hari aku terpaksa balik kerja lewat sebab perlu menyiapkan tugasan di pejabat yang bertimbun. Kadang-kadang pukul 9 malam barulah aku balik.

Aku solat di dalam bilik kecilku di pejabat jika pulang lewat malam.

Setiap hari minggu aku perlu menghadap laptop di rumah sewaku untuk siapkan tugasan yang aku tidak sempat lakukannya di hari pejabat! Sungguh aku tertekan.

Pegawai-pegawai senior di jabatan tempat aku berkhidmat ni ramai kaki bodek, kaki kipas pengarah. Bila diorang buat kerja tak perfect, akulah yang jadi mangsa pengarah suruh settle kan.

Bila diorang tahu aku lulusan Phd, diorang akan kipas pengarah dan timbalan pengarah supaya aku mengambil alih tugas yang sepatutnya mereka buat.

Allahu. Sejak negars kita dilanda pandemik Covid-19, hampir setiap hari terdetik di hatiku, bilakah agaknya aku akan dijangkiti Covid-19 juga macam orang lain?

Bolehlah aku berehat di hospital tanpa gangguan oleh pihak jabatan.

Bila kerjaku bertimbun, makan minumku entah ke mana. Kadang-kadang waktu rehat pun aku tak sempat rehat.

Bayangkan, boleh dikatakan setiap hari pukul 12 tengahari barulah aku berpeluang untuk sarapan di kantin.

Setiap kali aku menaiki tangga pejabat, terdetik di hatiku nak terjun. Biar aku mati, ataupun sekurang-kurangnya masuk wad. Supaya aku dapat berehat di hospital.

Setiap kali aku memandu kereta sewaktu pulang ke rumah, aku pernah terfikir untuk sengaja terbabas, biar aku kemalangan supaya aku dapat berehat di hospital.

Bila nampak pisau aku rasa macam nak hiris nadi. Nampak lori di jalanraya, terdetik rasa nak berlari di atas jalanraya supaya aku dilanggar lori.

Kadang-kadang aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku ni tiada phd. Orang sekelilingku akan menggunakan title ‘Phd’ yang aku miliki untuk memudahkan kerja mereka.

Aku terfikir mahu berhenti kerja kerajaan tetapi apakan daya, aku perlu menanggung adik-adikku yang masih belajar memandangkan aku adalah anak sulung dalam keluarga.

Aku perlukan nasihat dan motivasi daripada kalian. Tolonglah aku.

– Yani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *