Sebelum itu saya nak ucapkan terima kasih kepada admin kalau artikel saya ini disiarkan kelak. “Office Politic” tajuk artikel ini dalam English tapi isi kandungannya saya buat dalam bahasa Melayu. Lupa nak kenal diri saya. Saya Xandra bekerja di sebuah syarikat swasta di satu bandaraya di Sarawak.
Saya dah bekerja di syarikat ini selama setahun lebih. Teringat waktu masa mula-mula temuduga dulu, Senior HR Executive itu pernah tanya saya macam ni, “Apa yang saya akan buat sekiranya ada terdengar orang bercakap yang tidak baik tentang satu sama lain (atau bermusuhan) di dalam syarikat ini?” Jawapan saya senang, “Kalau perkara yang baik, kita boleh percaya. Kalau perkara yang tidak baik, lebih baik diam saja lepas terdengar.” Dan waktu itu ialah kali pertama saya dengar tentang apa itu ‘Office Politic’. Sudah pasti saya yakin dengan jawapan saya itu.
Sekarang selepas lebih setahun bekerja di sini, baru saya mula memahami apa itu ‘Office Politic’ yang sebenarnya. Terkejut rasanya melihat orang menikam satu sama lain. Orang ini saya namakan sebagai Sammy. Depan macam kawan baik, rupanya dengan kawan lain, dia dok cakap yang bukan-bukan tentang kawan baik merangkap ketuanya itu. Ketuanya pula aku namakan sebagai Reen. Seriously, saya yang melihat perkara ini dari awal amat sedih.
Pelbagai perkara yang tidak baik dan satu per satu aib ketuanya itu dibukanya kepada staff yang lain. Staff department mereka pun mula terpengaruh dengan si Sammy. Sampai kucar kacir juga department mereka ni saya tengok. Staff pun dah kurang hormat dengan Reen disebabkan termakan dengan kata-kata serta hasutan Sammy. Siap ada staff daripada department mereka berhenti kerja.
Perkara itu juga sampai ke telinga General Manager serta HR Manager. Saya kesian kerana Reen itu terpaksa berhenti kerja sebab tidak tahan kena buli oleh Sammy. Ya, ketua berhenti kerja disebabkan dibuli oleh staff. Perkara ini jarang berlaku tapi itulah hakikatnya. Paling teruk si Sammy rupanya dalam diam juga bercakap atau membawang pasal saya. Sebelum Sammy dengan Reen ni bergaduh, Sammy pernah warning Reen supaya jangan percaya sangat dengan saya. Katanya saya banyak mulut dan tak boleh dipercayai.
Kat sini saya tak faham sebenarnya. Saya bekerja di syarikat ini untuk mencari rezeki dan berkawan dengan semua orang. Tapi tak sangka ada orang itu labelkan saya sebagai “mak cik bawang” tanpa sedar dia sendiri yang macam itu. Dan untuk pengetahuan pembaca semua, saya dengan Sammy ni tak rapat sangat okay. Dalam sebulan itu, boleh kira dua tiga kali la bertegur. Malah saya tak berminat pun untuk tahu hal peribadi dia yang buat dia rasa insecure dengan kehadiran saya di pejabat ini.
Apa yang dapat saya pelajari dari apa yang berlaku dalam syarikat atau pejabat ini, kita jangan mudah percaya orang. Kadang-kala kita tidak sedar apa yang kita buat dan perkatakan, itu boleh dijadikan senjata untuk jatuhkan kita. Malah, lebih teruk kalau orang dengkikan kita pelbagai cara dia akan lakukan untuk singkirkan kita baik dalam kehidupan mahupun di pejabat. Lebih baik kita layan rakan sekerja ini natural. Memang kadang-kadang kita akan terbuka cerita peribadi pada kawan-kawan di pejabat. Tapi saya nasihatkan supaya berceritalah biar berpada-pada.
Okaylah, itu saya nak kongsikan kepada para pembaca. Harap semua mengambil iktibar dari perkara yang saya ceritakan.
Nota Kaki: Semua nama yang gunakan dalam artikel ini adalah bukan nama sebenar.
– Xandra
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit