Aku seorang wanita yang berumur 25 tahun. Baru memulakan karier pada tahun lepas, jadi ini tahun kedua dalam bidang pekerjaan.
Dalam hidup ni biasalah akan ada dunia sekolah, universiti dan akhir sekali pekerjaan di mana setiap dunia tersebut akan ada drama dan cabaran yang tersendiri.
Di awal dunia pekerjaan, aku berasa agak seronok dan bersyukur sebab colleagues kebanyakannya nampak tak sombong dan upper management nampak supportive.
Aku kekalkan sikap observant, humble dan tak malu bertanya untuk kekal resilient dalam company ini.
Tentang colleagues dan boss bangsa apa tu tak perlulah aku tekankan di sini sebab tak penting dan berbalik kepada sikap jugak.
Bila masuk dunia pekerjaan, expectation aku lebih kepada sikap professional semua pihak dalam organisasi tersebut. Tapi, meleset sekali.
Tak sangka ada juga colleagues yang bertalam bermuka-muka dan yang tak tahannya, ada juga boss gatal. Aduh.. aku nak cari pengalaman dan rezeki saja kat sini.
Tak cukup hal kerja, pasal perangai orang pulak nak kena fikir. Tapi tulah, namapun kerja, mestilah dikelilingi manusia. Layan jelah. Lainlah kalau kau freelancer, buat hal sendiri.
Dalam banyak-banyak drama, of course akan berdepan dengan orang yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Dan mostly berlaku dalam circle colleagues perempuan itu sendiri.
Sejujurnya aku takdela desperate nak berkawan sangat. Rapat seorang dua saja settle la.
Tapi dah kalau time lunch diajak makan bersama takkan aku nak poyo tak nak join tanpa sebab pulak kan. Dari situlah ‘friendship’ terbina.
Mula-mula sembang benda general, lepas tu hal lain pulak, senang cerita dah rapatlah konon, mulalah bergosip.
Aku lebih banyak mendengar dan adalah jugak tambah-tambah perisa. Itu silapnya. Lain aku cakap, lain pulak pemahaman orang lain.
Nak dipendekkan cerita, berlakulah salah faham sesama colleague sebab ada yang menyampaikan. Nasib baik problem tu sesama colleague saja dan tak melibatkan pihak atasan. Habis periuk nasi aku kalau tahap itu.
So, tak sangkalah si A ni yang huru-harakan keadaan. Benarlah orang kata, sebenarnya wanita jugalah yang menjatuhkan wanita. Yelah, ingatkan cakap situ, habis situ.
Sejak kejadian itu, si B jadi tak nak bertegur dengan aku disebabkan perbuatan si A
. Aku pun jumpalah si B acah-acah ‘man-to-man’ dan minta maaf sajalah. Aku nak pergi kerja dengan tenang, so aku rendahkan ego cerita hal sebenar dan settle situ.
Tentang si A ni aku just buat biasa sebab katanya dia tak sengaja, so aku pun OK kan aje dan slow-slow tak involve dalam circle dia lagi.
Pergi kerja, balik kerja. Kalau terserempak, senyum seperti biasa jelah. Ini antara drama yang aku hadapi. Banyak lagi drama lain. Jealousy. Favouritisme. Dissatisfaction. You name it.
Situasi tu macam masih dalam high school kan? Adoi kelakar bila teringat.
So, sebelum aku kena kecam dengan judgemental comments, aku memang mengaku aku ada salah jugak.
And I’ve learnt my lesson very, very well. Tahun kedua baru sedar kira OK la tu kan? Ada orang umur 30’s pun terpaksa hadap drama camni lagi.
Firstly, seeloknya pergi kerja, balik kerja sajalah. Kalau nak lepak hilang stress nak meluah itu ini, you have your own best friend/ boyfriend/ girlfriend/
Tunggu weekend saja lepak ataupun call la. Aku bukan suruh kau jadi anti-social kat tempat kerja tu, cuma set your boundaries sekadar hubungan professional sahaja.
Dengan itu, orang tak berani nak carik pasal dengan kau dan kau akan jadi lebih produktif settlekan kerja on time. Lastly, aku nak mention sekali lagi, memang betul jadi depan mata, wanita jugalah yang menjatuhkan wanita.
Women empowerment? Kirim salam sajalah. Tengok dari komen-komen pun dah tahu. Rata-rata kecaman mostly sesama perempuan gak lempar. Buat hal sendiri saja demi kesihatan mental.
fHati-hati dalam berkawan kalau nak jugak rapat dengan colleague tu, tak kisahlah laki ke perempuan. At your own risk lah senang cerita. If you can’t be kind, be professional. Itu sahaja.
Sesungguhnya dunia pekerjaan dah sememangnya getir dan mencabar, usahlah biar ia ditambah dengan unnecessary drama. Sekian sahaja luahan.
– Mikayla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit