Hi, assamualaikum. Thanks admin jika confession aku ini disiarkan. Maaf andai susun kata berterabur.
Hi. Aku perkenalkan diri aku sebagai LENNY. Aku seorang yang pasif plus naive. Umur dalam 20+ dan sedang struggle untuk teruskan hidup sendirian dikala orang lain makin jauh kehadapan bersama cita-cita dan impian.
Actually aku sangat perlukan kekuatan daripada dalaman dan juga luaran. Termasuk orang sekeliling yang sentiasa support aku dari belakang.
Dalam dunia ni kita hanya punya dua unsur POSITIVE atau NEGATIVE. Persamaan antara BAIK dan BURUK.
Dalam kehidupan kita sekarang ni kita amat memerlukan dua unsur ni. Untuk kita membentuk diri kita jadi lebih baik dan seterusnya.
Dan dalam dunia ni ada jugak manusia yang character or personality yang POSITIVE dan juga NEGATIVE. Tanpa dua character ni maka sepi lah dunia.
Dan aku antara salah satunya character yang NEGATIVE tu.
Aku tak tahu kenapa negative tu bersarang dalam diri aku even aku dah cuba nak usaha ubah diri aku untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa. Kadang aku gagal lalu ‘jatuh hampir tersungkur’.
Aku tak pernah mintak dilahirkan untuk manusia tak suka dan menjauhi diri aku. Datang kepada ku hanya bila memerlukan sesuatu lalu pergi meninggalkan aku jika aku terdapat suatu kesalahan atau kesilapan yang kecil dan tak masuk akal.
Aku dalam dilema sebenarnya. Kadang aku tertanya kenapa aku masih dihidupkan hingga kehari ini?
Ya aku usaha cuba melakukan yang terbaik dalam hidup aku which means kepada orang² yang berada disekeliling ku.
Tapi aku tak tahu dimanakah silapnya kesalahan yang telah aku lakukan sehingga aku dihina hampir down kan diri aku sendiri sedangkan aku dah cuba lakukan untuk puaskan hati² manusia disekeliling ku.
Aku amat memerlukan kekuatan dan sokongan oleh orang² yang tersayang dan jugak daripada orang² disekeliling ku actually. Aku hanya perlukan dua benda tu saja. Cukup untuk aku teruskan hidup normal seperti orang lain.
Andai kata aku yang terlalu negatif. Tunjukkanlah kepada aku supaya aku mampu mengubah cara fikir aku dan jugak diri aku. Bukannya dengan buat aku down dengan kata² yang menghina dan memperlekehkan aku.
Kadang aku selalu tertanya bagaimana untuk aku memuaskan hati semua orang disekeliling ku? Apakah ada cara lain untuk aku memuaskan hati semua manusia disekeliling aku?
Tersangat panjang jika nak diluahkan lagi tapi cukuplah sampai disini saja coretan aku pada malam ini.
BTW sepotong pesanan daripada aku.
“Jadilah manusia yang membahagiakan maka kita akan dibahagiakan.” Keep moving forward and Qowwiy Lillahi Taa’ala. Allah ada bersama dengan orang yang tak pernah melupakan-Nya.
“Ya Rabb. Aku amat memerlukan pertolongan dan juga kasih dari-Mu. Ampunilah aku diatas segala kekhilafan diri aku selama ini.
Andai kata Kau mahu mengambil diri ku kembali. Maka kau ambil lah tika aku dalam sujud dan mengingati-Mu. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aa’laamiin.”
– LENNY (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit